Salam sejahtera, tuan/puan. Maaf, saya ingin bertanya mengenai nama pine tree dalam bahasa Melayu. Adakah pokok pain jika diterjemahkan di dalam bahasa Melayu? Sekiranya tidak apakah perkataa yang tepat untuk "pine tree"? Harap pihak DBP boleh menjawab pertanyaan saya. Saya sangat menghargai sekiranya pihak tuan sudi menjawab pertanyaan saya dalam waktu yang singkat. Terima kasih. | Pokok pain boleh digunakan bagi pine tree. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.08.2020 |
Pihak kami (KKM) sedang menyiapkan risalah maklumat ubat untuk pengguna dalam Bahasa Malaysia. Terdapat beberapa jenis ubat yang mana nama-nama generik ubat tersebut dalam Bahasa Inggeris diakhiri dengan perkataan pine seperti amlodipine, carbamazepine, nevirapine dll. Terdapat nama dagangan bagi ubat-ubat tersebut. Adakah bila dialihkan kepada bahasa Malaysia nama-nama generik ini menjadi amlodipina, karbamazepina, nevirapina? Terima kasih. | Untuk makluman, nama generik ubat perlu disesuaikan dengan ejaan bahasa Melayu, contohnya, amlodipina, karbamazepina dan nevirapina. Walau bagaimanapun, nama dagang ubat tersebut tidak perlu diubah. | Istilah | 06.09.2011 |