Selamat sejahtera, Datuk Nicol Ann David telah menyumbangkan dua pingat emas kepada/untuk negara. (kata sendi nama mana satu betul?) | Kata sendi nama “kepada” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Kata sendi nama “untuk” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, dengan fungsi tertentu seperti menunjukkan kegunaan untuk sesuatu dan menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Ayat yang lebih sesuai ialah “Datuk Nicol Ann David telah menyumbangkan dua pingat emas untuk negara.” Kedua-duanya betul dan boleh digunakan bergantung pada konteks penggunaan ayat dan situasi tersebut. Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan kata sendi nama, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 265 hingga 277. | Tatabahasa | 15.06.2024 |
Contoh ayat : Atlet Malaysia yang merangkul pingat emas dalam Sukan Olimpik itu meraih wang tunai berjumlah satu juta Ringgit Malaysia. Soalan : Bagaimanakah cara penulisan untuk 'satu juta Ringgit Malaysia'? a. 1 juta ringgit b. 1 Juta Ringgit c. satu juta ringgit d. Satu Juta ringgit c. Ringgit Malaysia satu juta d. Ringgit Malaysia Satu Juta e. RM 1 Juta f. RM 1 juta g. RM 1000,000 mengapa? | Untuk makluman, tidak ada format yang ditetapkan berkenaan cara penulisan angka. Walau bagaimanapun, kami di Dewan Bahasa dan Pustaka menjadikan buku Gaya Dewan yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai panduan. Buku berkenaan menjelaskan sekiranya hendak menyatakan jumlah ringgit yang besar, eja unit bagi jumlah yang lebih daripada RM1 juta, atau turunkan semula nombor dengan menjarakkan setiap kelompok tiga digit terakhir. Namun demikian, jumlah tersebut boleh dieja sepenuhnya mengikut kesesuaian. Contoh: 1. RM1 juta 2. RM1 000 000.00 | Ejaan | 11.03.2020 |
Asnor tersenyum bangga apabila namanya dinobatkan sebagai pemenang Pingat Emas bagi kategori murid terbaik di sekolahnya. Adakah penggunaan perkataan "dinobatkan" sesuai digunakan dalam ayat di atas?terima kasih. | Sdr. Ming, Perkataan nobat tidak sesuai digunakan sebaliknya yang lebih tepat ialah diistiharkan atau diumumkan. | Tatabahasa | 28.09.2010 |
Soalan Bahasa Melayu Tahun 6 (UPSR) Haikal berjaya menggondol pingat emas dalam pertandingan memanah kerana semua.............panahnya menepati sasaran. a. busar b. busur c. baur d. sulur pada pandangan saya soalan ini salah sepatutnya anak panah yang menepati sasaran bukan nya busur(tempat melepaskan anak panah) atau juga baur yang mempunyai makna yang sama. Apa komen tuan.. | Saya sependapat dengan saudara. Perkara ini akan dikemukakan kepada Bahagian Buku Teks untuk perhatian mereka. | Istilah | 18.05.2011 |
Apakah nama khas bagi tempat penerimaan hadiah Johan, naib johan dan tempat ketiga bagi pemenang yang menerima pingat emas, perak dan gangsa dalam Kejohanan Olahraga / Sukan Tahunan Sekolah? | platform pemenang , rostrum pemenang. | Lain-lain | 13.05.2011 |
Q. Sultan kedah telah _____ pingat kebesaran kepada sasterawan tersohor yang berasal dari negeri itu. A.menyerahkan B.mengurniakan C.menyampaikan D.menganugerahkan Mengapakah jawapannya ialah 'B' ? Saya ternampak ayat ini di dalam buku. Yang di-Pertuan Agong menganugerahkan pingat PJK kepada orang-orang yang berjasa. Mengapakah sini letak menganugerahkan? | Dari aspek makna, mengurniakan juga bermaksud menganugerahkan dan begitu juga sebaliknya. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan dalam penggunaan kedua-dua perkataan berkenaan. a) Perkataan mengurniakan lazimnya dikaitkan dengan sultan/raja. Contoh: Sultan Kedah telah mengurniakan pingat kebesaran kepada sasterawan tersohor yang berasal dari negeri itu. b) Perkataan menganugerahkan boleh digunakan kepada raja dan bukan raja. Contoh: Baginda menganugerahkan pingat PJK kepada beliau. Kerajaan menganugerahkan sebidang tanah kepada pemenang pingat emas Sukan Olimpik. | Tatabahasa | 19.11.2021 |
Apakah perbezaan antara mengurniakan dan menganugerahkan ? | Dari aspek makna mengurniakan juga bermaksud menganugerahkan dan begitu juga sebaliknya. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan dalam penggunaan kedua-dua kata berkenaan. Perkataan mengurniakan lazimnya dikaitkan dengan sultan/raja, seperti Baginda mengurniakan bintang kebesaran kepada para penerima/Istiadat pengurniaan pingat sedang berlangsung di Balairung Seri, manakala perkataan menganugerahkan boleh digunakan kepada raja dan bukan raja, seperti Baginda menganugerahkan pingat PJK kepada beliau/Kerajaan menganugerahkan sebidang tanah kepada pemenang pingat emas Sukan Olimpik. | Tatabahasa | 19.11.2021 |
Saya ingin mengesahkan penggunaan pekataan yang betul bagi kemuskilan di bawah 1. Penggunaan perkataan sasaran dan menyasar, contoh PNB menetapkan sasaran mengumpul RM10 juta deposit atau PNB menyasarkan mengumpul RM10 juta 2. Perbezaan makna Baru dan Baharu... Contoh Saya balik kampung baru-baru ini Saya membeli kereta baharu | Sdri zaharah, Frasa yang betul ialah: PNB menetapkan sasaran mengumpul RM10 juta deposit. Hal ini demikian, kerana makna kata Sasaran ialah hasil drpd sesuatu usaha, tindakan dsb yg ingin dicapai, matlamat: kami harus mencapai ~ kerja bulanan yg telah ditetapkan; menetapkan sasaran (hasil, perolehan dsb yg ingin dicapai): syarikat ~ jualan bagi kedua-dua unit amanah ini mencecah sehingga RM30 juta menjelang bulan Jun depan; negara kita ~ 14 pingat emas bagi acara olahraga di temasya Sukan SEA itu; . Manakala ayat ( No.2) yang sdri kemukakan seperti di atas, iaitu penggunaan kata baru-baru dan baharu. Jika diteliti ayat tersebut, kata baru-baru menunjukkan masa perjalanan balik ke kampong, manakala kata baharu atau baru menunjukkan bahawa dia membeli kereta yang baharu/baru bukan yang lama. | Tatabahasa | 27.03.2009 |