selonggok pinggan atau setimbun pinggan ( beberapa keping pinggan yang tersusun) | Longgok bermaksud himpunan atau timbunan. Oleh itu, selonggok pinggan sama maksudnya dengan setimbun pinggan. | Tatabahasa | 01.02.2012 |
Di dalam pinggan / dalam pinggan? | Puan, Jawapan yang tepat ialah dalam pinggan. | Tatabahasa | 13.10.2011 |
boleh tak kalau guna sobek untuk pinggan | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, sobék bermaksud koyak (pakaian dll), cabik, carik, robek: kemejanya telah ~; tidak sesuai digunakan untuk pinggan. Untuk pinggan, lebih tepat digunakan perkataan pecah atau retak. | Istilah | 07.10.2009 |
bagaimana hendak terjemahkan 'tableware' dalam bahasa? saya semak dalam laman DBP, diterjemahkan kepada 'pinggan mangkuk meja'. mengapa kena ada 'meja'? sila berikan nasihat. terima kasih. | Untuk makluman, dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, padanan untuk tableware ialah pinggan mangkuk meja. Dalam kamus yang sama juga terdapat contoh tableware made of china yang padanan bahasa Melayunya ialah pinggan mangkuk tembikar. Oleh itu, kedua-dua istilah, iaitu pinggan mangkuk meja dan pinggan mangkuk boleh digunakan. | Istilah | 18.05.2012 |
penjodoh bilangan untuk pinggan | Penjodoh bilangan yang sesuai untuk pinggan ialah buah. | Tatabahasa | 14.04.2013 |
Apakah penjodoh bilangan yg tepat bg pinggan kaca | Cadangan kami ialah sebiji pinggan kaca. | Tatabahasa | 25.11.2009 |
Doktor itu menjalankan pemindahan buah pinggan ke atas pesakit itu. tuan, adakah ke atas boleh digunakan? tq | Ayat yang betul ialah Doktor itu menjalankan pemindahan buah pinggan terhadap pesakit itu. Farasa ke atas digunakan apabila merujuk tempat. | Tatabahasa | 01.02.2012 |
pengangkutan awam ialah kata majmuk ke? ibu bapa ialah kata majmuk atau merupakan frasa nama seperti pinggan mangkuk? | Pengangkutan awam dan pinggan mangkuk ialah kata majmuk, manakala ibu bapa ialah frasa nama. | Tatabahasa | 09.05.2012 |
Terima kasih atas jawan sdr. Apakah penjodoh bilangan utk topi, cangkul, telefon bimbit, dan pinggan? biji atau buah?TQ | Penjodoh bilangan bagi topi, telefon bimbit dan pinggan ialah buah manakala bagi cangkul ialah batang. | Tatabahasa | 07.12.2007 |
Salam tuan di talian. Saya ingin memastikan penggunaan koma (,) yang sebenarnya. Contohnya: (a) Kamu perlu membawa pakaian mandi, pinggan, dan sudu ketika berkelah ATAU (b) Kamu perlu membawa pakaian mandi, pinggan dan sudu ketika berkelah. Ayat manakah yang menggunakan tanda koma yang sebetulnya? Diharap pihak tuan dapat memberi jawapan dengan kadar yang segera. Terima kasih. | Tanda koma tidak diperlukan sebelum kata 'dan' kerana ayat tersebut merupakan ayat majmuk biasa (setara). Walau bagaimanapun, tidak salah sekiranya tanda koma digunakan kerana tidak menimbulkan perubahan dari segi makna. | Ejaan | 05.07.2011 |