Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ping.gang] | ڤيڠݢڠ

Definisi : bahagian badan antara rusuk dgn pinggul; ~ bukit (gunung) Mn lereng bukit atau gunung (kawasan bukit antara puncak dgn kaki); bercekak (berkerak, bertolak) ~ berpegang pd pinggang dgn kedua-dua belah tangan; buah ~ ginjal, kerinjal; hutang sekeliling (selilit) ~ terlalu banyak hutang; ikat ~ = tali ~ pengikat kain atau seluar, sabuk; sakit ~ sakit pd ba­hagian pinggang; ~ ramping bagai ketiding prb ejekan kpd perempuan yg gemuk dan besar pinggangnya; (tinggal) sehelai se~ prb habis hartanya kerana kecurian atau kerugian dlm perniagaan dll; berpinggang mempunyai pinggang; tidak ~ bp terlalu gemuk; peminggang bahagian tengah-tengah pera­hu, lambung perahu; dayung ~ dayung di bahagian tengah-tengah perahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ping.gang] | ڤيڠݢڠ

Definisi : bahagian badan di antara tulang rusuk dgn pinggul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pinggang

Puisi
 

Baju hitam kancingnya tujuh,
     Berikat kain di pinggang;
Kalau tuan berhati sungguh,
     Boleh ikut kami dari belakang.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Berkain tak cukup sebelit pinggang.

Bermaksud :

Kemiskinan yang amat sangat. (Biasa juga: Berkain tiga hasta).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bahagian pinggang, pula melambangkan "nusakancana" iaitu Tanah Melayu. Adakah penggunaan tanda petik tersebut betul dan adakah perkataan awal huruf "Nusakancana" perlu dibesarkan seperti itu?Penggunaan tanda petik pada perkataan "nusakancana" adalah betul. Perkataan ini dieja dengan huruf kecil ("nusakancana") sama seperti perkataan "nusaratang".Ejaan04.03.2020
Apakah penjodoh bilangan bagi tali pinggang?Pihak kami mencadangkan penjodoh bilangan bagi tali pinggang ialah utas.Istilah02.08.2009
tuan, Doktor ini menjalani pemindahan buah pinggang ke atas pesakit itu. adakah ayat ini betul? TQAyat yang betul ialah Doktor menjalankan pemindahan buah pinggang terhadap  pesakit itu.Tatabahasa18.01.2012
Assalamualaikum Apakah kata kerja yang sesuai bagiperbuatan membawa pedang di pinggang ?Kata kerja yang paling hampir bagi perbuatan membawa pedang di pinggang ialah menyisipkan.Tatabahasa15.06.2020
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat terdapat banyak ungkapan dan ayat contoh “hingga ke”. Antara ungkapan itu ialah “panjangnya hingga ke pinggang” (di bawah masukan blaus, hlm. 195), “dari selatan hingga ke utara” (di bawah masukan daksina, hlm. 305) dan “dari pinggang hingga ke paras lulut” (di bawah masukan samping II, hlm. 1382). Antara ayat contoh yang mengandungi “hingga ke” terdapat pada halaman 617 (di bawah masukan jejak, menjejaki), 1418 (di bawah masukan selak, menyelak) dan 1392 (di bawah masukan sara, menyara). Susunan berturutan “hingga ke” dalam ungkapan dan ayat contoh itu gramatis atau tidak?Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa. Contoh: Pegawai itu berjaga hingga pagi. Anaknya belajar hingga peringkat universiti. Berdasarkan contoh tersebut, kata sendi nama tidak berdampingan dengan kata sendi nama (ke) yang lain. Oleh itu, penggunaan hingga ke berdampingan dalam satu ayat dianggap tidak gramatis.Tatabahasa06.12.2009
Adakah ayat-ayat berikut betul dari segi tatabahasa atau tanda baca? Andainya salah, apakah jawapan yang betul? 1. Kain tersebut diikat dan dililitkan pada bahagian pinggang. Kemudian, disangkutkan ke bahu. 2. Aiman menyambut hari Deepavali di Kampung Jublee.1. Kain tersebut diikat dan dililitkan pada bahagian pinggang, kemudian disangkutkan ke bahu.
2. Aiman menyambut Hari Deepavali di Kampung Jublee.
Tatabahasa25.06.2012
Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 2. (muka surat 78) Betulkan kesalahan ejaan dan tanda baca. 1. Kain tersebut diikat dan dililitkan pada bahagian pinggang kemudian disangkutkan ke bahu. (perlu betulkan apa-apa tanda baca lagi?)Selamat tengah hari. Berdasarkan ayat tersebut, oleh sebab ayat terlalu panjang, dicadangkan tuan/puan memasukkan tanda koma selepas perkataan pinggang untuk memberikan jeda pada ayat. Terima kasih.Lain-lain23.05.2012
menggendong.Menggendong bermaksud mendukung (di belakang, di pinggang,dll) dengan kain yang disangkutkan ke leher.Makna06.08.2008
Salam sejahtera. Menurut kamus, menggendong/gendong bermaksud membawa sesuatu di belakang atau di pinggang dgn kain. Sekiranya saya ingin menterjemah perkataan "piggy-back", adakah perkataan "menggendong" sesuai? Jika tidak, perkataan apa yang lebih sesuai? Sekian, terima kasih.Perkataan menggendong boleh digunakan untuk terjemahan piggyback.Penyemakan dan penterjemahan30.06.2019
Assalamualaikum Tuan, Saya mempunyai menuskrip buku berkaitan dengan pengalaman menjaga isteri sakit buah pinggang kronik. yang menjalani dialisis lebih satu tahun. Bagaimanakan cara jika saya ingin terbitkan melalui DBP. Terima kasih.

Waalaikumussalam WBT dan Salam Sejahtera. Saudara boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi  editor di Bahagian Buku Umum talian telefon 03-21479000.Terima kasih.

Lain-lain19.03.2019
123

Kembali ke atas