Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pin.jam] | ڤينجم

Definisi : 1. = memberi ~ memberi sesuatu utk digunakan buat sementara (dgn janji akan dikembalikan apabila sampai tempohnya): siapa boleh ~ saya pisau raut? 2. = minta ~ meminta menggunakan sesuatu buat semen­tara (dgn maksud mengembalikannya apabila sampai tempohnya): buku ini baru saya ~ dr perpustakaan; ~ sewa membeli dgn mem­bayar beransur-ansur (dan sebelum selesai bayarannya barang itu dianggap barang sewaan sahaja); syarikat ~-meminjam syarikat yg memberi pinjaman (wang dll); ~ kayu ara prb meminjam barang orang dgn tidak berniat utk memulangkannya; meminjam 1. menggunakan barang (buku, wang dll) orang lain utk sementara waktu, minta pinjam: kedatangannya pd saat itu adalah kerana hendak ~ sedikit wang; 2. mengambil dan menggunakan (perkataan, konsep dll) yg dipetik dsb drpd sesuatu sumber: penasihat UNESCO itu ~ konsep Majlis Penyeliaan ini dr agensi berita Perancis AFP; meminjami 1. memberi pinjam kpd: kami tidak perlu membeli semua jenis buku, perpustakaan dapat ~ kami; 2. meminjam barang dll pd; meminjamkan memberikan barang dll utk dipinjam: dia pula tidak sepi drpd ~ beras atau wang kpd tetangganya; pinjaman 1. barang dll yg dipinjam (dipin­jamkan); 2. wang yg diberikan kpd seseorang dll utk sementara dan perlu dikembalikan kemudian, hutang; ~ bercagar (Eko) pinjaman yg bercagarkan sesuatu aset (mis rumah dan tanah) sbg jaminan terhadap pelunasan pinjaman berkenaan; ~ kenderaan pinjaman wang dgn kadar faedah tertentu yg diberikan oleh insti­tusi kewangan atau majikan utk memboleh­kan seseorang (pekerja dsb) membeli kenderaan sendiri, mis kereta dan motosikal; ~ peribadi = ~ persendirian pinjaman wang tunai dgn kadar faedah tertentu yg diberikan oleh institusi kewangan dsb kpd individu yg memo­hon, dgn syarat tertentu; ~ perumahan pin­jaman wang dgn kadar faedah tertentu yg diberikan oleh majikan atau institusi kewang­an kpd seseorang (pekerja dsb) utk membeli rumah; kata ~ (Lin) perkataan yg diambil drpd bahasa asing; peminjaman perihal (perbuatan dsb) memin­jam atau meminjamkan; peminjam 1. orang yg meminjam: ~ wang dr bank harus membayar bunga; 2. orang yg memberi pinjam: seorang ~ wang mengenakan bunga atas pinjamannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pin.jam] | ڤينجم

Definisi : ; memberi ~ memberikan sesuatu utk dipakai buat sementara waktu (sesudah itu dikembalikan). meminjam memakai barang orang utk sementara dan sesudah dipakai, dikembalikan kpd tuannya: ~ buku dr perpustakaan. meminjami memberi pinjam kpd: Kakak ~ saya jam tangannya. meminjamkan memberikan sesuatu utk dipinjam: Dia telah ~ sebuah buku hadis kpd saya. pinjaman 1 apa-apa yg dipinjam atau dipinjamkan: buku ~. 2 hutang. peminjaman hal (perbuatan dsb) meminjam, meminjami atau meminjamkan. peminjam orang yg meminjam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pinjam
Kata Terbitan : meminjamkan, pinjaman, peminjaman, peminjam,

Puisi
 

Halia ini tanam-tanaman,
     Ke barat juga akan condongnya;
Dunia ini pinjam-pinjaman,
     Akhirat juga akan sudahnya.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Utang (hutang) (= pinjam) kayu ara.

Bermaksud :

Hutang yang tak mungkin terbayar.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tolong beri penjelasan tentang ayat...Buku itu telah saya pinjam atau buku itu saya telah pinjam..terima kasihYang betul ialah buku itu telah saya pinjam.Tatabahasa05.11.2009
salam, saya bertanya berkenaa tanda slash (/). Dalam ayat bahasa melayu, perlukan ada space selepas tanda slash ini? cthnya: ....bergerak dan seumpamanya yang dibeli/sewa/pajak/pinjam atau yang diterima ... ATAU ....bergerak dan seumpamanya yang dibeli/ sewa/ pajak/ pinjam atau yang diterima ... Sekian, terima kasihDalam penerbitan, selepas tanda / , tiada jarak dan dieja rapat seperti "dibeli/sewa/pajak/pinjam".Tatabahasa22.10.2013
Saya ingin tahu penggunaan perkataan ïzinkan"dan "bolehkah" semasa bertanya dengan bertatasusila. Ayat mana adalah betul? Izinkan saya pinjam buku kamu? Atau sepatutnya Bolehkah saya pinjam buku kamu? terima kasihKedua-dua ayat tersebut boleh digunakan.Tatabahasa10.10.2013
Firdaus Syah SEL 5.36 PAGI Salam, cuma mahu bertanya, Bahasa Melayu ni memang kolot dan teruk sangat ke sebab hampir semua perkataan datang atau pinjam daripada bahasa inggeris. Macam tak ada kualiti orang cakap. kalau sesetengah perkataan tak ada maksud dalam bahasa melayu. Memang faham la boleh pinjam. Sekarang macam semua guna bahasa inggeris yang ditukar. Kawan dari Kaum lain tanya kenapa bahasa melayu banyak bahasa inggeris?Mana yang Melayu? Susah jawab. Jadi saya harap DBP pantau dan tegurla media massa/ cetak atau mana2 yang guna bahasa melayu dengan salah. saya pun bukan arif sangat bahasa melayu, cuma kesian tengok bahasa sendiri pun dah hilang identiti.Kami ambil maklum pandangan tuan. Walau bagaimanapun suka untuk kami berkongsi maklumat bahawa peminjaman bahasa sememangnya berlaku secara tabii apabila dua komuniti, bahkan juga dua komuniti dialek, bertemu antara satu sama lain. Ini bermakna akan berlaku pengambilan unsur bahasa daripada suatu bahasa lain ke dalam bahasa sendiri. Contohnya, perkataan fikir (bahasa Arab), ayu (dialek Jawa) dan almari (bahasa Portugis) telah lama diterima pakai dalam bahasa Melayu sehinggakan perkataan tersebut dianggap sebagai kata jati Melayu. Penggunaan kata pinjaman ini bergantung pada konteks penggunaan kata tersebut terutamanya penggunaan dalam bidang khusus (peristilahan). Kata serapan pula ialah kata daripada bahasa asing yang diambil masuk dengan hanya menyesuaikan bunyi dan ejaannya (jika perlu) supaya sesuai dengan bunyi dan ejaan Melayu. Peminjaman usur-unsur bahasa asing merupakan kelaziman atas beberapa alasan tertentu, iaitu: i. tiada perkataan dalam bahasa Melayu dan keperluan memberikan nama am atau khusus kepada benda atau perkara; ii. perkataan bahasa Melayu belum ada yang dapat menepati maksud semantik bahasa asing; dan iii. Perkataan asing sesuai dan kelihatan lebih bergaya berbanding dengan bahasa Melayu sedia ada yang mungkin sudah lapuk atau jarang-jarang digunakan, misalnya perkataan matematik menggantikan ilmu hisab. Dalam dunia tanpa sempadan, hakikat yang perlu diterima ialah peminjaman bahasa ini juga berlaku dalam semua bahasa dan semakin meluas. Bahasa Inggeris sendiri banyak meminjam bahasa daripada bahasa Latin, Greek dan Perancis. Berdasarkan semakan kami, perkataan bicycle itu sendiri merupakan gabungan daripada bi- (bahasa Inggeris) dan kuklos (bahasa Greek), diasimilasikan menjadi bicycle. Bahasa Arab juga meminjam perkataan bahasa Inggeris khususnya dalam bidang teknologi. Bahasa Melayu yang mempunyai ciri-ciri bahasa moden tidak dapat lari daripada fenomena sejagat ini. Penggunaan bahasa asing dalam bahasa Melayu juga dilihat semakin berleluasa dan tidak terkawal kerana sifat sesuatu bahasa itu sendiri yang sentiasa berkembang seiring dengan perubahan dari semasa ke semasa. DBP, melalui Jawatankuasa Istilah dan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (Mabbim) hanya menerima perkataan asing sekiranya mematuhi proses peminjaman unsur asing ke dalam bahasa Melayu.Lain-lain30.05.2017
Terangkan unsur-unsur asing dalam bahasa melayu.Unsur-unsur asing dalam bahasa Melayu, antaranya ialah kata atau istilah bahasa Inggeris atau bahasa lain yang dipinjam terjemah atau dipinjam terus (ditulis dengan huruf condong) misalnya komitmen (pinjam terjemah) atau espirit de corps (pinjam terus).Lain-lain22.08.2006
Saya agak keliru,adakah istilah " INTEGUMENTARI" merupakan kata pinjam daripada bahsa asing yang telah dimelayukan?? saya telah mencari perkataan ini dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga tetapi gagal menemuinya. Adakah terdapat istilah lain dalam Bahasa Melayu yang menerangkan maksud sebenar perkataan ini..terima kasih atas perhatian.

Dalam istilah, kata bahasa Inggerisnya ialah "integumentary" dan padanannya dalam bahasa Melayu ialah integumen, bukannya integumentari. Maksud integumen ialah membran atau tisu yang menjadi penyalut organ atau tisu.

Istilah17.02.2010
Salam sejahtera, "stapler" merupakan terjemahan langsung daripada bahasa Inggeris. Secara alternatifnya, terdapat padanan kata "pengokot" yang membawa maksud yang sama. Namun, apakah kata dasar "pengokot" dan adakah "pengokot" dikira sebagai pinjam terjemah? Mohon pencerahannya. Sekian, terima kasih.

Kata akar bagi pengokot ialah kokot, iaitu besi atau kawat yang bengkok seperti cangkuk atau kait. Oleh sebab itu, perkataan pengokot bukan merupakan kaedah pinjam terjemah kerana perkataan ini terdapat dalam kosa kata bahasa  Melayu. “Stapler” yang disesuaikan dalam bahasa Melayu pula merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa sumber (bahasa Inggeris) dan ini merupakan kaedah terjemahan secara pinjaman, iaitu perkataan atau frasa yang dipinjam daripada bahasa yang lain secara harfiah tanpa penyesuaian ejaan serta menggunakan kaedah terjemahan perkataan demi perkataan.

Istilah15.04.2020
Assalamualaikum wbt Tuan, a) Apakah status izin terbit n bilakah penerbitan semula Fiqh & Perundangan Islam, zuhaili, DBP? b) Bolehkah saya pinjam Fiqh & Perundangan Islam, zuhaili, DBP, dari pihak DBP, bagaimana caranya? c) Adakah masih diterbitkan Tafsir Mubin dan adakah boleh dibeli dari pihak DBP? d) Bolehkah pihak DBP berkongsi atau dibelu salinan digital Tafsir Mubin dan Fiqh & Perundangan Islam, memandangkan tiada lagi di pasaran Sekian, terima kasih, shaharSalam tuan,

Buku Fiqh dan Perundangan Islam,

Terima kasih atas maklum balas berkaitan dengan penerbitan buku terjemahan karya Profesor Dr. Wahbah al-Zuhayli, Fiqh dan Perundangan Islam.

Untuk makluman tuan, buku Fiqh dan Perundangan Islam tidak dapat diterbitkan semula kerana izin terbit buku tersebut telah tamat. Urusan permohonan izin tebit semula buku tersebut telah diuruskan oleh Bahagian Harta Intelek DBP. Walau bagaimanapun, faktor kos yang tinggi untuk mendapatkan semula izin terbit dan terjemahan beberapa jilid tambahan buku berkenaan menyebabkan penerbitannya terpaksa ditangguhkan.

Buku terjemahan Fiqh dan Perundangan Islam yang diterbitkan oleh DBP ada ditempatkan di Pusat Dokumentasi Melayu (PDM). Oleh itu, tuan boleh menghubungi Dr. Wan Khairoslinda Wan Mohd Khai melalui nombor telefon 03- atau e-mel linda@dbp.gov.my untuk urusan selanjutnya.

Urusan pembelian buku Tafsir Mubin boleh dilakukan di Kedai Buku DBP Hulu Kelang atau melalui portal DBPNiaga.my sekiranya masih ada stok.Tuan boleh berhubung dengan Encik Muhammad Rasul bin Abd Manan melalui nombor telefon 03-4100 0000 atau e-mel rasul@dbp.gov.my.bagi tujuan tersebut.

Untuk makluman tuan, buku terjemahan Fiqh dan Perundangan Islam dan Tafsir Mubin tidak diterbitkan dalam bentuk digital.

Sekian, terima kasih.

Lain-lain02.10.2021
Bilakah penggunaan 'yang' boleh atau tidak boleh digugurkan di dalam suatu ayat? Sebagai contoh, di dalam ayat "Buku yang Sarah pinjam itu mahal harganya." Bolehkah 'yang' di dalam ayat ini digugurkan?Dalam ayat tersebut, perkataan yang tidak boleh digugurkan kerana 'yang' berperanan sebagai kata hubung. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Tatabahasa01.07.2010
SongSong berkata kepada QQ dan BB, “Buku-buku yang kalian pinjamkan itu akan saya kembalikan nanti”. atau SongSong berkata kepada QQ dan BB, “Buku-buku yang kalian pinjam itu akan saya kembalikan nanti”. munsyi, yang manakah satu ayat sesuai digunakan? TKSongSong berkata kepada QQ dan BB, “Buku yang dipinjamkan kepada saya itu akan saya kembalikan nanti”.Tatabahasa09.03.2013
123

Kembali ke atas