Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pinjam
Kata Terbitan : meminjamkan, pinjaman, peminjaman, peminjam,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Apakah ciri-ciri imbuhan awalan pinjaman? 2. Ada berapa jenis imbuhan awalan pinjaman dalam bahasa Melayu? 3. adakah imbuhan awalan pinjaman lain selain awalan pinjaman inggeris, sanskrit, arab-parsi dan yunani? 4. bolehkah pihak tuan memberi cadangan buku atau bahan yang sesuai dijadikan sebagai bahan rujukan berkaitan dengan imbuhan awalan pinjaman?Salam sejahtera,

Imbuhan pinjaman dalam bahasa Melayu terdiri daripada imbuhan awalan dan akhiran1
">
Contoh: Imbuhan awalan ialah awalan  maha yang bermaksud sangat, amat atau teramat. Contohnya Mahaguru dan Mahasiswa manakala imbuhan akhiran ialah akhiran wan yang bermaksud pelaku atau pemilik. Contohnya Angkasawan dan Bangsawan.

Awalan asing (pra-, pasca-, maha- dan sebagainya) apabila digabungkan dengan kata nama am hendaklah dieja dengan satu perkataan seperti prasiswazah, pascasiswazah. Walau bagaimanapun ejaan ini berubah apabila awalan tersebut digabungkan dengan kata nama khas, seperti pra-Malaysia (bukan pramalaysia/praMalaysia). Awalan 'pra-' ialah awalan yang produktif yang menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutinya. Awalan 'pasca' ialah bentuk imbuhan yang menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian sesudah.

Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan buku Tatabahasa Dewan oleh Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmod terbitan DBP.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa21.10.2017
1. kaunter pinjaman / peminjaman 2. Murid-murid sedang menyusun meja dengan kemas / hingga kemas.Ayat yang betul ialah: 1. kaunter pinjaman   2. Murid-murid sedang menyusun meja dengan kemas,  dengan kemas - merujuk cara kerja itu dilakukan. Tatabahasa31.03.2010
penggunaan imbuhan pinjaman bi-. 1. Apakah contohnya dalam bahasa Melayu? 2. Apakah maksud imbuhan bi-?Untuk makluman, tidak ada penggunaan imbuhan pinjaman bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu. Yang ada hanyalah penggunaan awalan asing, seperti "multi", "supra", "pra" dan banyak lagi. Tatabahasa03.08.2019
1) sebutan baku kata pinjaman dari bahasa arab dalam istilah agama 2) transkripsi sebutan dan penyukuan yang mengandungi vokal1. Untuk makluman puan tidak ada satu keluaran khusus tentang sebutan baku kata pinjaman daripada bahasa Arab dalam istilah agama dalam pangkalan data kami. Untuk maklumat lanjut, puan boleh menyemak Buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi dan menyemak helaian demi helaian buku tersebut bagi mencari kata pinjaman daripada bahasa Arab.
2. Tidak ada maklumat tentang transkripsi sebutan dan penyukuan yang mengandungi vokal  dalam pangkalan data kami. Sila rujuk buku atau makalah yang berkaitan.
Lain-lain23.01.2013
1) Setiap hari perkataan pinjaman dari pelbagai bahasa (terutamanya B.Inggeris) masuk ke dalam kosa kata B.Melayu melalui media. Adakah DBP mempunyai perancangan untuk mengutip dan merekod perkataan-perkataan tersebut untuk kegunaan ramai contohnya spt Kamus Oxford (http://www.oed.com/news/updates/newwords0806.html) yang mempunyai kemaskini perkataan baru setiap bulan. 2) Sekiranya tiada perancangan spt (1), kenapa dan apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh DBP untuk mengadakan laman web perkataan TERKINI dlm B.Melayu seperti yang dilakukan oleh Oxford Dictionary? 3) Bahasa merupakan sesuatu yang hidup dan bergerak dengan sendirinya, terutamanya bidang kosa kata. Apakah polisi DBP berkenaan perkataan2 pinjaman yang baru yang wujud secara spontan terutamanya di media massa?Kerja-kerja perekodan perkataan sama ada perkataan pinjaman ataupun perkataan bahasa Melayu jati dilaksanakan melalui pengumpulan data melalui data korpus oleh Bahagian Perkamusan.  Perkataan-perkataan yang terkumpul dalam data korpus tersebut akan dikaji dan dinilai kesesuaiannya sebelum dirakamkan di dalam kamus. Hal ini sama juga dengan perkataan pinjaman yang baharu yang wujud secara spontan di media massa. Lazimnya perkataan pinjaman  yang  terdapat padanan kata dalam bahasa Melayu bagi perkataan tersebut dan sudah mantap penggunaannya maka kata dalam bahasa Melayu disyorkan digunakan.   Lain-lain14.07.2008
1. saya ingin bertnyakan soalan, bagaimanakah saya boleh mendapatkan maklumat mengenai kata pinjaman bahasa asing yang digunakan dalam bahasa Melayu? 2.selain itu, bagaimanakah saya ingin mengetahui asal-usul kata pinjaman tersebut dan kelaskan mengikut pinjaman dari pada bahasa apa.. adakah tempat rujukan yang boleh saye dapati..?

DBP tidak menyediakan khidmat penyenaraian Kata Pinjaman Asing tetapi saudara mungkin boleh merujuk kamus terbitan DBP (seperti Kamus Dewan) yang ada melabelkan kata serapan daripada perkataan Arab sebagai (Ar) yang boleh membantu saudara. Sila rujuk juga buku/makalah yang berkaitan dengan etimologi untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

Tatabahasa17.03.2010
Tuan, Adakah perkataan PENERIMA BIAYA sesuai digunakan kepada pelajar yang menerima pembiayaan pendidikan? Sebelum ini pihak kami menggunakan perkataan PEMINJAM bagi pelajar yang menerima pinjaman PTPTN. Walaubagaimanapun perkataan tersebut dicadangkan ditukar kepada PENERIMA BIAYA selaras dengan pertukaran kaedah pinjaman kepada pembiayaan berasaskan syariah (perkataan "pinjaman" juga ditukar kepada "pembiayaan"). Sekian, terima kasih.

Encik Mohamad Nasdi, terima kasih kerana menggunakan khidmat Nasihat DBP.

Jika melihat daripada makna yang diberikan oleh kamus DBP, ternyata   perkataan pinjaman lebih tepat dibandingkan dengan biaya. Kerana biaya tidak perlu membayar balik sementara pinjaman perlu memulangkan balik apa yang dipinjam.

memberi ~ memberi sesuatu utk digunakan buat sementara (dgn janji akan dikembalikan apabila sampai tempohnya): siapa boleh ~ saya pisau raut? 2. = minta ~ meminta menggunakan sesuatu buat sementara (dgn maksud mengembalikannya apabila sampai tempohnya): buku ini baru saya ~ dr perpustakaan; ~ sewa membeli dgn membayar beransur-ansur (dan sebelum selesai bayarannya barang itu dianggap barang sewaan sahaja); syarikat ~-meminjam syarikat yg memberi pinjaman (wang dll); ~ kayu ara prb meminjam barang orang dgn tidak berniat utk memulangkannya; meminjam 1. menggunakan barang (buku, wang dll) orang lain utk sementara waktu, minta pinjam: kedatangannya pd saat itu adalah kerana hendak ~ sedikit wang; 2. mengambil dan menggunakan (perkataan, konsep dll) yg dipetik dsb drpd sesuatu sumber: penasihat UNESCO itu ~ konsep Majlis Penyeliaan ini dr agensi berita Perancis AFP;

perihal (perbuatan) membiayakan atau membiayai: ~ gerakan keamanan akan merumitkan kewangan negara;

Makna01.04.2009
salam.. 1. Apakah perbezaan kaunter pinjaman buku dan kaunter peminjaman buku? yang mana satukah yang betul? 2. Ali makan nasi yang dipesan olehnya @ Ali makan nasi yang dipesannya. Adakah kedua-dua ayat ini betul? 3. Mereka sedang mengulang kaji pelajaran di atas meja @ Mereka sedang mengulang kaji pelajaran di meja. Ayat manakah yang betul? sekian terima kasih1. Tiada perbezaan antara kaunter pinjaman buku dan kaunter peminjaman buku, kedua-duanya betul dan boleh digunakan. 
2. Ali makan nasi yang dipesannya. 
3. Mereka sedang mengulang kaji pelajaran di meja.
Tatabahasa06.07.2014
Assalammualaikum, Saya inginkan maklumat yang berkaitan assal usul bahasa Melayu. Bahasa Melayu kaya dengan bahasa pinjaman, tolong senaraikan bahasa Melayu asli ( nukan pinjaman )

1. Bahasa Melayu ialah bahasa Melayu - Polesia daripada rumpun bahasa - Austronesia. Dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, klasik dan moden. Tahap pertama dari abad 7 hingga abad 13, iatu pada zaman kerajaan Srivijaya sebagai bahasa lingua-franca dan pentadbiran. Terdapat pengaruh bahasa Sankrit. menggunakan tulisan Pallawa. Tahap kedua dari abad 13 hingga abad 19. Terdapat pada batu bersurat Pagar Ruyung (Minangkabau), Minye tujuh (Acheh) dan Kuala Berang (Terengganu). Tulisan Jawi. Perkembangan tiga tahap,iaitu zaman Melaka, Acheh, dan Johor-Riau. Seterusnya, zaman moden bermula pada abad 19. Sebelum kedatangan British, bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan dan pengantar sekolah agama Islam. Pada zaman pemerintahan British, bahasa Melayu dipinggirkan. Selepas merdeka, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Pusat Dokumentasi Melayu (DBP) dan Perpustakaan Negara Malaysia.

2. Bahasa Melayu asli ada 4 sahaja iaitu: padi, besi, babi, ubi.

Lain-lain08.04.2009
Adakah benar tokoh bahasa Melayu hari ini telah banyak menginggeriskan bahasa Melayu dan banyak mengambil perkataan serta istilah saduran dan pinjaman dalam bahasa Inggeris. Benarkah bagi apa-apa perkataan atau istilah saduran dan pinjaman daripada bahasa Inggeris yang ada akhiran ''tion'' maka perkataan atau istilah yang dimelayukan akan berakhiran dengan ''si''. Mengapakah perkara ini boleh berlaku sedangkan bahasa Melayu itu sendiri banyak dan kaya dengan perkataan, istilah,perbendaharaan kata serta kosa kata yang boleh dipilih, direka, diperbaharui dan digubal.Saya sebagai dan selaku pencinta bahasa Melayu sungguh kecewa dan mohon penjelasan yang sewajarnya dari pihak DBP.Perkara sebegini perlu dipandang sungguh-sungguh oleh tokoh-tokoh bahasa yang bijak pandai lagi dihormati. Saya juga mohon supaya mengurangkan perkataan, kosa kata serta istilah saduran dan pinjaman bahasa Inggeris dan Eropah. Pada pandangan saya, bahasa Melayu akan lebih berdiri megah dengan perkataan , kosa kata, perbendaharaan kata dan istilahnya sendiri tanpa banyak pinjaman. Masyarakat juga lebih memahami serta dapat mengerti dalam melontarkan dan mengucapkan kata-kata.Untuk makluman, salah satu cara pembentukan istilah bahasa Melayu adalah melalui penyerapan. Penyerapan istilah asing menjadi istilah behasa Melayu bermakna mengambil keseluruhan istilah asing dengan atau tanpa penyesuaian ejaan dan sebutan. Kaedah ini digunakan apabila; 1. Istilah asing yang akan diserap memperlihatkan mudahnya pemindahan timbal balik antara istilah asing dengan istilah Melayu dalam konteks keperluan pemindahan ilmu pengetahuan. 2. Istilah asing yang akan diserap mempermudah pemahaman teks asing oleh pembaca Malaysia kerana memberi ciri transparensi teks. 3. Istilah asing yang akan diserap lebih ringkas jika dibandingkan dengan terjemahan Melayunya. 4. Istilah asing yang akan diserap mempermudah kesepakatan antara pakar jika padanan terjemahannya terlalu banyak sinonimnya. 5. Istilah asing yang akan diserap lebih sesuai dan tepat kerana tidak mengandungi konotasi buruk. Akiran "-tion" pada istilah bahasa Inggeris boleh dipadankan menjadi "-si" dan "-syen". Contohnya: tradition- tradisi, variation - variasi, convention - konvensyen, convocation - konvokesyen. Untuk maklumat lanjut tentang perkara di atas, sila rujuk buku "Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu Edisi Baharu" terbitan DBP.Istilah20.01.2014
123456

Kembali ke atas