Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pintu (kata nama)
Bersinonim dengan pintu masuk, pintu pagar, pintu gerbang, gapura, lawang, wijil, regol, bambangan.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon semak istilah atau frasa dalam Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia yang telah diterjemahkan. Soalan 1: Pembuka Pintu Kecemasan (Emergency Door Release) Soalan 2: Pintu Dibolehkan Membuka (Door Unlocked) Soalan 3: Buka Penutup (Open the Cover) Soalan 4: Putar pemegang ke arah "Pintu Dibolehkan Membuka" (Turn handle to "Door Unlocked" position) Soalan 5: Tunggu ART berhenti sepenuhnya (Wait for ART to come to a complete stop) Soalan 6: Tolak pintu untuk membuka (Push door to open) Soalan 7: Berhati-hati dengan kenderaan lalu lintas semasa menurun (Be aware of oncoming traffic when alighting) Soalan 8: Denda akan dikenakan sekiranya berlaku penyalahgunaan (Any misuse will be subject to a fine)

Berikut merupakan senarai frasa yang telah diberikan penambahbaikan:

  1. Pembuka Pintu Kecemasan (Emergency Door Release)
  2. Pintu Dibuka (Door Unlocked)
  3. Buka Penutup (Open the Cover)
  4. Putar Pemegang untuk Membuka Pintu (Turn handle to "Door Unlocked" position)
  5. Tunggu ART Berhenti Sepenuhnya (Wait for ART to come to a complete stop)
  6. Tolak Pintu untuk Membuka (Push door to open)
  7. Berhati-Hati dengan Kenderaan Lalu Lintas Semasa Turun (Be aware of oncoming traffic when alighting)
  8. Denda akan Dikenakan Sekiranya Berlaku Penyalahgunaan (Any misuse will be subject to a fine)

Walau bagaimanapun, penggunaan frasa bahasa Melayu tersebut haruslah bersesuaian dengan konteks dan bidang yang dilambanginaya.

Penyemakan dan penterjemahan27.09.2024
1.Mencungkil pintu rumah yang terkunci atau mengumpil pintu rumah yang terkunci.Mana yang betul. 2.dua ekor kerang atau dua biji kerang. 3.Ayah memboncengkan atau menunggangkan adik dengan motosikal ke sekolah. Terima kasih.

1. Mengumpil pintu rumah yang terkunci. - Mengumpil bermaksud menanggalkan, mencabut dan sebagainya sesuatu yang terlekat atau tertutup rapat dgn tuil dan sebagainya.

2. Dua ekor kerang. - Dalam kamus Dewan, penjodoh bilangan untuk binatang ialah ekor, manakala biji - penjodoh bilangan untuk benda kecil

3. Adik membonceng motosikal ayah ke sekolah.

Tatabahasa30.05.2009
Manakah bentuk ini adalah betul dan apakah sebabnya? 1. Tetapan ini akan mematikan secara automatik pintu. 2. Tetapan ini akan mematikan pintu secara automatik. Mohon jelaskan konsep bagi ayat "mematikan pintu" pada ayat yang diberikan agar pihak kami dapat memberikan penjelasan berdasarkan konsep yang diberikan. Ayat di atas hanya CONTOH. Tak perlu tahu konteks kerana hanya CONTOH. Soalan saya tentang ADVERBA. MENGAPA ADVERBA HADIR SELEPAS KATA NAMA dan BUKANNYA KATA KERJA? BUKANKAH ADVERVA ITU MENERANGKAN KATA KERJA? Saya tanya tentang ADVERBA, bukan kata kerja, kenapa asyik nak menjawab tentang kata kerja? Tak kisahlah kata kerja itu adalah mematikan, menutup, menjerit, menyiram dll., saya hanya gunakan itu untuk mengetahui lebih lanjut tentang ADVERVA and PELETAKANNYA. Adverba - secara automatik - MENGAPA KEDUDUKANYA ADALAH mematikan secara automatik dan bukannya mematikan secara automatik pintu Soalan yang mudah tapi saya tanya lain, anda jawab lain. Mohon pegawai yang lebih berpengalaman menjawab soalan.Bentuk ayat yang betul ialah "Tetapan ini akan mematikan pintu secara automatik." Rumus yang digunakan dalam ayat ini ialah kata kerja transitif (KKT). Kata kerja transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek, iaitu kata "pintu" sebagai kata nama. Klausa "secara automatik" pula merupakan keterangan cara dalam ayat.Tatabahasa01.09.2022
Manakah bentuk ini adalah betul dan apakah sebabnya? 1. Tetapan ini akan mematikan secara automatik pintu. 2. Tetapan ini akan mematikan pintu secara automatik. Ayat yang betul ialah "Tetapan ini akan menutup pintu secara automatik". Penggunaan perkataan "mematikan" tidak sesuai digunakan kerana bermaksud membunuh atau menjadikan mati. Maka perkataan "menutup" lebih sesuai digunakan untuk pintu. Anda tidak memberikan penjelasan sebabnya. Fokus pada adverba bukan kata kerja sebab soalan saya ialah tentang peletakan adverba bukan kesesuaian kata kerja yang digunakan sebab itu hanya contoh untuk peletakan adverba. Malah konteks mematikan sudah banyak digunakan dalam teknologi, IT mengapa tiba-tiba dikatakan tidak sesuai pula?Mohon jelaskan konsep bagi ayat "mematikan pintu" pada ayat yang diberikan agar pihak kami dapat memberikan penjelasan berdasarkan konsep yang diberikan.Tatabahasa26.08.2022
Pertukaran Perkataan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu1. Awas 2. Jangan Berhenti di Di Muka Pintu 3. Pintu Gelangsar AutomatikIstilah07.05.2014
Salam sejahterah, Tuan; Ayat-ayat yang berikut, manakah yang betul dari segi penggunaan kata perintahnya? 1. Tolong ketuk pintu sebelum masuk. 2. Sila ketuk pintu sebelum masuk. Sekian, terima kasih.Ayat yang betul 'Sila ketuk pintu sebelum masuk.'Tatabahasa21.02.2011
1. Pemuda itu telah menerjah pintu rumah tersebut.... @ 2. Pemuda itu telah menerjahi pintu rumah tersebut....Pemuda itu telah menerjah pintu rumah tersebut....Tatabahasa14.07.2014
Manakah bentuk ini adalah betul dan apakah sebabnya? 1. Tetapan ini akan mematikan secara automatik pintu. 2. Tetapan ini akan mematikan pintu secara automatik.Ayat yang betul ialah "Tetapan ini akan menutup pintu secara automatik". Penggunaan perkataan "mematikan" tidak sesuai digunakan kerana bermaksud membunuh atau menjadikan mati. Maka perkataan "menutup" lebih sesuai digunakan untuk pintu.
Tatabahasa26.08.2022
Mohon semak istilah atau frasa dalam Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia yang telah di terjemahkan. Soalan: 1. Pembuka Pintu Kecemasan (Emergency Door Release) 2. Buka Penutup (Open the Cover) 3. Putar Pemegang ke "1" dan tunggu ART berhenti (Turn handle to "1" and wait for ART to stop) 4. Putar Pemegang ke "2" dan tolak pintu untuk membuka (Turn handle to "2" and push door to open) 5. Jika tidak dapat putar pemegang ke "2". tunggu sebentar dan cuba sekali lagi (If handle does not turn to "2", wait and then try again) 6. Denda akan dikenakan diatas sebarang penyalahgunaan (Any misuse will be subject to a fine)

Cadangan terjemahan yang bersesuaian adalah seperti yang berikut:

1. Pembuka Pintu Kecemasan
    (Emergency Door Release)

2. Buka Penutup
    (Open the Cover)

3. Denda akan dikenakan terhadap sebarang penyalahgunaan.
    (Any misuse will be subject to a fine)

4. Putar pemegang ke arah angka "1" dan tunggu ART berhenti.
    (Turn handle to "1" and wait for ART to stop)

5. Putar pemegang ke arah angka "2" dan tolak pintu untuk membuka.
    (Turn handle to "2" and push door to open)

6. Jika tidak dapat memutar pemegang ke arah angka "2", tunggu sebentar dan cuba sekali lagi.
    (If handle does not turn to "2", wait and then try again)

Walau bagaimanapun, cadangan terjemahan di atas hendaklah bersesuaian dengan konteks penggunaan dalam bidang yang dimaksudkan.

Lain-lain19.08.2024
1. Ibu melonggarkan sedikit pintu bilik supaya udara masuk. Sila tanya melonggarkan sesuai digunakan dalam ayat di atas ? Terima kasih.Ayat yang betul ialah “Ibu membuka sedikit pintu bilik supaya udara masuk.”

Tatabahasa27.11.2022
123456

Kembali ke atas