salam. penggunaan yang man adalah betul? 1. pengikat kata Responden telah mengetahui kewujudan opsyen “Lepas Dengan Amaran” bagi tindakan saringan pengimportan pada tab “Pintu Masuk” dalam sistem. atau 2. italicise Responden telah mengetahui kewujudan opsyen Lepas Dengan Amaran bagi tindakan saringan pengimportan pada tab Pintu Masuk dalam sistem. Atau 3. penggunaan huruf besar sahaja Responden telah mengetahui kewujudan opsyen Lepas Dengan Amaran bagi tindakan saringan pengimportan pada tab Pintu Masuk dalam sistem. Sebagai maklumat tambahan, perkataan “Lepas Dengan Amaran”dan “Pintu Masuk” adalah perkataan yang perlu diklik/dipilih dalam tab di webpage. Terima kasih. | Pilihan perkataan yang dinyatakan boleh ditulis dengan: 1. tulisan tebal (bold) Lepas dengan Amaran, Pintu Masuk atau 2. menggunakan tanda petik "..." "Lepas dengan Amaran", "Pintu Masuk" | Tatabahasa | 27.03.2023 |
Sila semak struktur ayat-ayat berikut: 1. Jika ibu bapa hendak membawa anak keluar dari daerah Sandakan untuk bercuti semasa hari persekolahan, ibu bapa harus membawa surat memohon cuti berjumpa dengan guru besar. 2. Jika ibu bapa hendak membawa anak balik awal semasa hari persekolahan, ibu bapa harus berjumpa dengan kerani sekolah untuk mengisi Borang Kebenaran Balik Awal. Ibu bapa harus membawa Borang Kebenaran Balik Awal ke kelas anak dan menyerahkan borang tersebut kepada pengawal keselamatan sekolah sebelum keluar dari pintu sekolah. 3. Jika murid tidak dapat hadir pada kelas tambahan atau aktiviti kokurikulum. Ibu bapa harus membawa anak berjumpa dengan Penolong Kanan I (kelas tambahan) atau Penolong Kanan III (aktiviti kokurikulum) dan mengisi Borang Kebenaran Balik Awal. Borang tersebut hendaklah menyerah kepada pengawal keselamatan sekolah sebelum keluar dari pintu sekolah. 4. Semua alat persekolahan murid mesti menulis nama atau melekat nama. Setiap hari Isnin, ada seorang guru bertugas di kantin B untuk murid menemukan barang-barang yang tercicir di sekolah. 5. Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia diadakan oleh pihak sekolah pada 2 Julai 2011(Hari Sabtu) . | 1. Jika ibu bapa hendak membawa anak keluar dari daerah Sandakan semasa hari persekolahan, ibu bapa harus mengemukakan surat memohon cuti dan berjumpa dengan guru besar. 2. Jika ibu bapa hendak membawa anak balik awal semasa hari persekolahan, ibu bapa harus berjumpa dengan kerani sekolah untuk mengisi Borang Kebenaran Balik Awal. Ibu bapa harus membawa Borang Kebenaran Balik Awal ke kelas anak dan menyerahkan borang tersebut kepada pengawal keselamatan sekolah sebelum keluar daripada pintu pagar sekolah. 3. Jika murid tidak dapat hadir ke kelas tambahan atau aktiviti kokurikulum, ibu bapa harus membawa anak berjumpa dengan Penolong Kanan I (kelas tambahan) atau Penolong Kanan III (aktiviti kokurikulum) dan mengisi Borang Kebenaran Balik Awal. Borang tersebut hendaklah diserahkan kepada pengawal keselamatan sekolah sebelum keluar daripada pintu pagar sekolah. 4. Semua alat persekolahan murid mesti ditulis nama atau dilekatkan tanda nama. Setiap hari Isnin, seorang guru bertugas di kantin B dan murid-murid boleh menyerahkan barang yang dijumpai kepada guru tersebut. 5. Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia akan diadakan oleh pihak sekolah pada 2 Julai 2011(Hari Sabtu) . | Tatabahasa | 26.06.2011 |
Mohon nasihat nama yang sesuai untuk dipanggil struktur tersebut. Lokasi struktur tersebut - Ikonik FRIM di pintu masuk FRIM Kepong - Ikonik Panda di hadapan pindu masuk Pusat Konservertiori Panda | Kami berpendapat bahawa pengguna 'Ikonik Panda' dan 'Ikonik FRIM' tidak sesuai digunakan bagi merujuk kepada struktur tiang yang tersebut. seperti yang puan sedia maklum, 'ikonik' bermaksud mempunyai sifat menyerupai sesuatu ikon (gambar, lukisan, imej gambaran) memang tiada kena mengena dengan struktur yang didirikan. Sejenis tiang besar dan tinggi yang dibina daripada batu, bata marmar, dll; jika puan ingin nama yang lebih panjang, 'tunggu peringatan' juga boleh digunakan. | Tatabahasa | 07.05.2014 |
Saya ingin menyemak ejaan untuk bilik guru atau Bilik Guru begitu juga dengan bilik pengetua atau Bilik Pengetua? terima kasih. | Bilik guru dan bilik pengetua merupakan kata nama am dan tidak perlu ditulis dengan huruf besar apabila digunakan dalam ayat. Sekiranya perkataan tersebut dibuat sebagai penandaan dan ditampal pada pintu bilik orang tertentu, perkataan tersebut boleh ditulis sebagai Bilik Guru dan Bilik Pengetua. | Ejaan | 24.04.2012 |
Soalan: Assalamualaikum. Tuan DBP. Saya Encik Hisham Bin Othman @ Mohd bertugas di Unit Keselamatan, Bahagian Keselamatan Dan Pasport, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor. 5. Ejaan yang betul bagi pejabat cawangan adakah ditulis dengan Pejabat Cawangan? 6. Ejaan yang betul bagi pejabat cawangan Muar adakah ditulis dengan Pejabat Cawangan Muar? 7. Ejaan yang betul bagi Unit Cap Keselamatan kawalan pintu keluar masuk / cawangan adakah ditulis dengan Unit Cap Keselamatan Kawalan Pintu Keluar Masuk/Cawangan? 8. Ejaan yang betul bagi pejabat perwakilan Malaysia di luar negara adakah ditulis dengan Pejabat Perwakilan Malaysia Di Luar Negara? 9. Penggunaan ejaan baru dan baharu. Apakah perbezaannya ejaan tersebut dan pada masa penggunaannya yang sesuai? 10. Ejaan yang betul bagi Bahagian Keselamatan Dan Pasport, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor adakah ditulis dengan Bahagian Keselamatan & Pasport, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor | (a) Menurut data kami, ejaan yang betul ialah i. Pejabat Cawangan (pangkal perkataan ditulis dengan huruf besar sekiranya sebagai kata nama khas) ii. pejabat cawangan (ditulis dengan huruf kecil sekiranya dalam ayat). (b) Ejaan yang betul ialah i. Unit Cap Keselamatan Kawalan Pintu Keluar Masuk ii. Unit Cap Keselamatan Kawalan Cawangan (c) Ejaan yang betul ialah Pejabat Perwakilan Malaysia di Luar Negara (di- dieja dengan huruf kecil) (d) Menurut data kami, baharu ialah new dalam bahasa Inggerisnya, manakala baru pula dalam bahasa Inggeris disebut sebagai just. Contoh penggunaan baharu ialah Tahun baharu, kereta baharu atau rumah baharu. Manakala baru pula bolehlah digunakan dalam ayat seperti, baru-baru ini Pak mat kemalangan jalan raya atau baru sekejap tadi dia datang dengan ibunya, dan lain-lain lagi. (e) Ejaan yang betul ialah Bahagian Keselamatan dan Pasport, Jabatan Imigresen Johor. (dan dieja dengan huruf kecil) | Lain-lain | 08.04.2019 |
Apakah maksud kata ganda lebar-lebar? | Makna lebar-lebar berserta ayat contoh dalam Kamus Dewan Perdana (2020): lebar-lebar adv (membuka mata, mulut, pintu dll) dgn luas atau besar sekali: Dia membuka matanya lebar-lebar sambil menikmati keindahan alam.Semua tingkap dibuka lebar-lebar dan terasa angin nyaman menerjah masuk. | Makna | 23.04.2023 |
1)Apakah maksud bertatasusila dan bertatabahasa?(atau tidak ada dalam kamus?)Mengapakah dua perkataan ini tidak ada dalam Kamus Dewan atau Kamus Pelajar?Boleh memberikan saya contoh ayat bagi perkataan “bertatasusila dan bertatabahasa”?(Jika ada dalam kamus) 2)Apakah maksud”lebar-lebar”?(atau tidak ada dalam kamus?) Adakah “lebar-lebar” bermaksud lebar?Boleh jelaskan?Boleh memberikan contoh ayat? Terima kasih. | 1) Makna bertatasusila dan bertatabahasa berserta ayat contoh dalam Kamus Dewan Perdana (2020): tatasusila n adat sopan santun dan budi pekerti yg baik: Tamadun manusia yg tinggi nilai peradabannya ialah mereka yg menjaga adab dan tatasusila terpuji. bertatasusila ktt mempunyai tatasusila: Pelajar harus diajar utk menggunakan bahasa yg sesuai dan bertatasusila apb berhadapan dgn ahli keluarga, guru dan rakan. tatabahasa Lin n cabang ilmu linguistik yg berkaitan dgn sintaksis, morfologi, dan termasuk juga fonologi serta semantik; nahu; bertatabahasa ktt menggunakan atau mengikut tatabahasa: Sesetengah lirik lagu didapati mengabaikan kesantunan bertatabahasa. Bahasa baku persuratan ialah bahasa yg bertatabahasa dan gramatis yg dizahirkan dlm bentuk tulisan. 2) Makna lebar-lebar berserta ayat contoh dalam Kamus Dewan Perdana (2020): lebar-lebar adv (membuka mata, mulut, pintu dll) dgn luas atau besar sekali: Dia membuka matanya lebar-lebar sambil menikmati keindahan alam.Semua tingkap dibuka lebar-lebar dan terasa angin nyaman menerjah masuk. Semoga jawapan ini dapat memberi pencerahan kepada tuan/puan. Terima kasih. | Makna | 28.04.2023 |