Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pintu besar yg di sebelah atasnya kedapatan satu binaan melengkung, gapura; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pintu besar tempat keluar masuk dr atau ke sesuatu kawasan (kota dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : pintu besar di sesebuah kota dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pintu (kata nama)
Bersinonim dengan pintu masuk, pintu pagar, pintu gerbang, gapura, lawang, wijil, regol, bambangan.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya sedang mencari nama yang sesuai untuk penjenamaan semula bilik-bilik khas di sekolah saya. Contohnya untuk perpustakaan, makmal bahasa dan studio seni. saya agak teruja apabila mendengar perkataan gapura. adakah ia sesuai. contoh penggunaannya - gapura ilmu untuk perpustakaann, gapura linguistik untuk makmal bahasa dan gapura artistik untuk studio seni. Adakah ia sesuai? terima kasih.

Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan gapura sebagai pintu gerbang (istana, kuil, dll); ~ ilmu ki institusi, pertubuhan, dll yg berjuang membina dan mengembangkan ilmu: ilmu sastera berkembang bukan sahaja dr ~ ilmu malah melalui gagasan persendirian. Berdasarkan takrifan tersebut, istilah gapura tidak sesuai untuk penamaan sebuah bilik.  

Istilah01.04.2010
salam saya mempunyai masalah mengenai mencari tema untuk majlis makan malam konvokesyen 2011. terdapat beberapa tema yang di uatrakan.. namun tidak mendapat sambutan. bolehkan oihka tuan dapat memberi sedikit idea istilah-istilah sastera yang ada kena mengena tentang graduan agar kami dapat membina ayat untuk majlis makan malam kami.... mohon perhatian pihak tuan/puan

Perkataan yang dicadangkan  boleh dikaitkan dengan ilmu dan masa hadapan iaitu: 1. Mengungkai (mencari-cari untuk diselidiki) 2. Merentas 3. Meranduk (menempuh), misalnya Meranduk ranjau, meranduk arus  4. Mengorak   5. Gapura, Lawang (Pintu Gerbang)  6. Menyemai 7. Citra (imej)

Istilah22.04.2011

Kembali ke atas