Apakah penjodoh bilangan untuk pintu masuk. Contoh: Ada tujuh ___ pintu masuk ke bangunan itu. Terima kasih. | Saudara/saudari, Jawapan bagi penjodoh bilangan untuk pintu adalah 'buah'
| Tatabahasa | 24.08.2012 |
Salam sejahterah, Tuan; Ayat-ayat yang berikut, manakah yang betul dari segi penggunaan kata perintahnya? 1. Tolong ketuk pintu sebelum masuk. 2. Sila ketuk pintu sebelum masuk. Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul 'Sila ketuk pintu sebelum masuk.' | Tatabahasa | 21.02.2011 |
Salam, Mohon bantuan untuk menterjemahkan ayat seperti dilampiran. terdapat draf BM dilampirkan bersekali. Terima kasih | Persiaran Perdana terletak di lebuh berhias Putrajaya. Kami berkongsi jalan yang sama dengan bangunan mercu tanda seperti Palaceof Justice (POJ), Kementerian Kewangan (MOF) dan Perbadanan Putrajaya (PPJ). Pejabat Perdana Menteri dan Masjid Putrajaya adalah terletak di hujung jalan berhias tersebut. Laluan ke Presint3, Putrajaya Nota: Koordinat GPS:2.916511, 101.683260 Laluan ke lobi/pintu masuk ke tempat letak kereta bawah tanah | Tatabahasa | 08.05.2012 |
Dia berketuk pintu sebelum masuk. Kami terkejut kerana terdengar berketuk di dinding. Guru saya kata ayat ini betul. saya musykil kerana berketuk dalam kamus merujuk bunyi ayam sahaja. Mohon penjelasan pihak tuan. terima kasih. | Ayat yang betul ialah Dia mengetuk pintu sebelum masuk. Kami terkejut kerana terdengar ketukan di dinding. | Tatabahasa | 30.07.2009 |
Harap dapat memberitahu adakah ayat-ayat tersebut betul dan penjelasannya. 1. Orang ramai (berebut-rebut / berduyun-duyun) masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu utama dibuka oleh pengawal keselataman. ( mana yang tepat ) 2.Marina terpaksa menangguhkan niatnya menyambung pelajaran kerana kesempitan wang. 3. Serina menamai kucingnya Putih kerana bulu kucingnya itu putih. 4. Ikhwan dan Alif gemar betul membaca buku cerita. 5. Novel yang paling tebal itu tidak terbaca oleh saya dalam tempoh dua hari. 6. Mereka membincangkan lain-lain perkara dalam mesyuarat agung itu. 7. Yang muda hendaklah dinasihati dan yang tua hendaklah disayangi. Sekian, terima kasih. | 1. Orang ramai (berebut-rebut / berduyun-duyun) masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu utama dibuka oleh pengawal keselamatan. ( mana yang tepat ) Orang ramai berebut-rebut/berasak-asak masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu utama dibuka oleh pengawal keselamatan. (tepat) - dalam konteks ayat ini, situasi pintu dibuka oleh pengawal. 2.Marina terpaksa menangguhkan niatnya menyambung pelajaran kerana kesempitan wang. (Tepat) 3. Serina menamai kucingnya Putih kerana bulu kucingnya itu putih. (tepat) 4. Ikhwan dan Alif gemar betul membaca buku cerita. (TEPAT) 5. Novel yang paling tebal itu tidak terbaca oleh saya dalam tempoh dua hari. (TEPAT) 6. Mereka membincangkan lain-lain perkara dalam mesyuarat agung itu. frasa yang betul ialah perkara-perkara lain. 7. Yang muda hendaklah dinasihati dan yang tua hendaklah disayangi.(Tepat) | Tatabahasa | 13.08.2012 |
Sila semak ayat-ayat berikut: 1. Selepas waktu sesi persekolahan, ibu bapa harus menunggu anak di pintu pagar sekolah atau di dalam petak merah yang berhampiran dengan pondok keselamatan sekolah. Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan kantin sekolah untuk membawa anak pulang. 2. Ibu bapa tidak digalakkan menggunakan bekas polistirena untuk menyimpan makanan kepada anak semasa kelas tambahan. 3. Ibu bapa bagi murid Tahun 1 Sesi Persekolahan 2012 harus datang ke Bilik Pentadbiran SJK(C) Yuk Choi untuk membuat Pengesahan Penempatan Murid Tahun 1 Sesi Persekolahan 2012. | 1. Selepas waktu sekolah, ibu bapa harus menunggu anak di pintu pagar sekolah atau di dalam petak merah yang berhampiran dengan pondok keselamatan sekolah. Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan kantin sekolah untuk membawa anak pulang. 2. Ibu bapa tidak digalakkan menggunakan bekas polistirena untuk menyimpan makanan yang diberikan kepada anak semasa kelas tambahan. 3. Ibu bapa murid Tahun 1 Sesi Persekolahan 2012 harus datang ke Bilik Pentadbiran SJK(C) Yuk Choi untuk membuat Pengesahan Penempatan Murid Tahun 1 Sesi Persekolahan 2012. | Tatabahasa | 22.07.2011 |
Adakah ayat-ayat berikut betul? 1.Ibu bapa diminta jangan meletak kereta di sebelah kanan pintu sekolah kerana itu merupakan tempat letak bas sekolah. 2.Ibu bapa harus membawa anak menggunakan laluan yang beratap ke banggunan sekolah. 3.Ibu bapa tidak dibenarkan membawa anak pulang dari kawasan kantin. 4.Murid Tahap I ( Tahun 1, 2 dan 3) tidak dibenarkan menunggu ibu bapa di kantin semasa waktu lepas sekolah pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Murid Tahap I harus mengikut barisan berbaris ke tempat letak kereta dan menunggu ibu bapa di tempat letak kereta. 5.Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke bilik darjah anak tanpa kebenaran pihak sekolah. 6.Dilarang semua murid menunggu kereta di luar pagar sekolah. | Ayat yang betul ialah: 1. Ibu bapa dilarang meletakkan kereta di sebelah kanan pintu sekolah kerana petak itu dikhaskan untuk bas sekolah. 2. Ibu bapa hendaklah membawa anak menggunakan laluan yang beratap ke bangunan sekolah. 3. Ibu bapa tidak dibenarkan membawa anak pulang dari kawasan kantin sekolah. 4. Murid Tahap I ( Tahun 1, 2 dan 3) tidak dibenarkan menunggu ibu bapa di kantin selepas sesi persekolahan pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Murid Tahap I hendaklah berbaris dan menunggu ibu bapa di tempat letak kereta. 5. Ibu bapa dilarang masuk ke bilik darjah tanpa kebenaran pihak sekolah. 6. Semua murid dilarang menunggu kereta/bas di luar pagar sekolah. | Tatabahasa | 23.04.2011 |
Soalan 1. Kriss menyentuh sekumtum bunga matahari yang sedang mekar di taman itu. Perkataan berlawan bagi perkataan mekar ialah A. putik B. kuncup C. kembang D. layu Soalan 2. Ibu memberi abang minum air teh yang _____ untuk mengurangkan sakit cirit-birit. A. manis B. tawar C. kelat D. likat Soalan 3. Sila rujuk kepada fail yang disertakan. Perhatian harus diberi kepada tangga rumah ( pintu utama masuk rumah ). | Jawapan 1: B. kuncup Jawapan 2: D. likat Jawapan 3: A. tepi | Tatabahasa | 12.03.2013 |