1) Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk fail? 2) Bagaimanakah cara untuk mencari kategori penjodoh bilangan di dalam laman web ini? Adakah ia termasuk dalam tatabahasa? | 1. Untuk makluman saudara, tidak semua benda perlu dibubuh penjodoh bilangan, walaupun penggunaan penjodoh bilangan kadangkala dilihat dapat mengindahkan lagi bahasa. Kebiasaannya bagi benda yang berbentuk pipih dan nipis, keping digunakan, seperti sekeping fail. 2. Saudara boleh merujuk laman web www.prpm.dbp.gov.my dan merujuk pada kata yang boleh menjadi penjodoh bilangan seperti buah, keping, biji, pucuk dan utas. | Tatabahasa | 17.03.2011 |
Salam sejahtera, apakah maksud peribahasa yang berikut? 1. yang bulat tidak akan bergolek, yang pipih tidak datang melayang 2. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air 3. Rokiah _________ apabila disergah oleh rakannya ketika dia sedang asyik membaca nove. A terkial-kial B terpinga-pinga apakah jawapan yang tepat? 4. atlet yang tersohor itu tidak dapat berlari dengan LANCAR kerana halangan angin yang bertiup kencang dari arah bertentangan. tepatkah penggunaan kata LANCAR dalam ayat di atas? 5. (a) kereta yang dipandu secara BERANSUR dapat mengelakkan kemalangan. (b) kami sekeluarga BERANSUR dari majlis kenduri itu ketika hari sudah lewat petang. betulkah penggunaan kata 'beransur' dalam kedua-dua ayat di atas? terima kasih | Saudara, Maksud peribahasa yang dikemukakan adalah seperti yang berikut: i. Orang yang bertuah mendapat keuntungan dari mana-mana saja ii. Tak usah takut-takut, kerana sama-sama mempunyai kekuatan dan alat syaratnya. iii. terpinga-pinga iv. Antara makna lancar ialah terlalu pantas dan licin (pergerakan sesuatu benda, percakapan, dll), laju, tidak tersangkut-sangkut: nya ~; bas itu berjalan dgn ~nya; bergerak dgn laju (motokar, kapal, dll): kereta itu ~ dgn lajunya meninggalkan tempat itu; memulakan (menggerakkan) sesuatu dgn cepat, menyebabkan berjalan dgn cepat (licin). Berdasarkan makna yang diberikan perkataan "lancar" boleh digunakan. Makna beransur-ansur :1. sedikit demi sedikit (melakukan sesuatu atau berlakunya sesuatu), (dgn) berdikit-dikit: hutang itu dibayar ~; keberaniannya datang ~; dgn ~, guru menambah pengetahuan murid-murid; dgn berhentinya pengeluaran majalah itu, maka gerakan itu pun beransur-ansur ghaib; 2. sedikit demi sedikit bertukar kpd sesuatu keadaan, semakin: tenaganya ~ pulih; demamnya ~ kebah; hari ~ gelap; 3. bergerak meninggalkan sesuatu tempat sedikit demi sedikit (tidak serentak): mereka mulai ~ dr tempat itu; 4. bergerak (berengsot dsb) sedikit-sedikit atau perlahan-lahan: mereka ~ ke depan; | | | | Oleh itu, penggunaan perkataan "beransur-ansur dalam ayat 5(a) tidak sesuai, tetapi sesuai dalam ayat 5(b). | Lain-lain | 15.10.2010 |
1. penggunaan perkataan 'ia' adakah untuk manusia sahaja (kata ganti nama diri ke-3) atau boleh juga diguna untuk ganti nama merujuk kepada benda seperti maksud yang terdapat dalam kamus dewan edisi ke-4. Contoh ayat: Kereta itu Baharu. Ia berwarna biru. salah atau betul sila berikan ulasan. bolehkan ia disamakan dengan 'it' dalam bahasa inggeris. 2.Apakah penjelasan bagi penjodoh bilangan 'keping' dan 'papan'. 3. perbezaan penggunaan kata seru 'wah' dan 'amboi" tolong berikan ulasan. 4. Partikel 'lah' dan'tah' apakah ulasan dan penggunaannya. | 1. Kata "ia" boleh digunakan untuk orang, perkara dan benda, tidak boleh digunakan untuk binatang. "ia" boleh disamakan dengan "it" dalam bahasa Inggeris. 2. Penjodoh bilangan keping digunakan untuk benda yang pipih atau nipis seperti papan, roti, gambar, tiket, duit, kertas/syiling, getah. Penjodoh bilangan papan pula digunakan untuk benda-benda seperti mercun, asam jawa, petai, kerdas. 3. Kata seru "wah" ialah kata seru utk menyatakan kehairanan (terkejut, kagum, dll): Wah, dahsyat sungguh!; 'Amboi' ialah kata seruan utk menyatakan rasa hairan (kasihan dll) atau utk mengusik seseorang: Amboi, lajunya kereta ini! Amboi cantik sungguh awak hari ini! Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. 4. Partikel -lah dan -tah digunakan untuk memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Kehadiran -lah dan -tah sebagai kata penegas frasa predikat hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian-bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 261. | Tatabahasa | 03.08.2009 |