Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj burung kecil, mentua pelanduk, Motacilla cinerea melanope; ~ anggerik sj burung kecil, kelicap berjambul, Yuhina zantholeuca interposita; ~ padang sj burung kecil, apit-apit, cak padang (tanah), lak padi, lancar-lancar, seri lancar, Anthus novaesee landiae malarensis; ~ padi = ~ uban sj burung kecil, cak padi, ciak, Munia maja maja; ~ pinang sj burung kecil, Munia punctulata fretensis; ~ rumah sj burung kecil, Passer montanus malaccensis; ~ tuli sj burung kecil, Munia striata subsquamicollis; ~ berperang dgn garuda prb orang kecil melawan orang besar; ~ bukan seeekor, jagung bukan sebatang prb jawaban utk me­nolak tuduhan tentang sesuatu kejahatan; ~ hendak jadi enggang prb ingin melakukan sesuatu yg melebihi kesanggupan; ~ meminang anak enggang prb orang kecil (hina) hendak meminang anak orang besar (mulia); ~ pekak makan berhujan prb sangat rajin; ~ menelan jagung prb orang miskin yg berlagak spt orang kaya akhirnya akan men­dapat kesusahan; ~ sama ~, yg enggang itu sama enggang juga = ~ sama enggang mana boleh terbang bersama prb a) perjodohan atau persahabatan akan sempurna kalau sama darjat; b) bergolong-golong mengikut taraf atau darjat masing-masing; ~ tuli makan berhujan, tak dihalau padi habis, hendak dihalau kain basah prb serba salah utk menyelesaikan pekerjaan yg sulit (jika diteruskan pun berbahaya); ~ yg makan padi, merbah terbawa rendong prb orang lain yg mendapat kesenangan, orang lain yg menanggung aki­batnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pipit I

Puisi
 

Burung pipit burung kedidi,
     Hinggap di pokok di tepi sawah;
Jika hidup tidak berbudi,
     Ibarat pokok tidak berbuah.


Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Yang enggang sama enggang juga,
     yang pipit sama pipit juga.

Bermaksud :

Setiap orang selalu mencari orang yang sama derajat (darjat, pangkat ataupun kedudukan) dengannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras, b. Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang, c. Yang pipit sama pipit, yang enggang, sama enggang).

 

Lihat selanjutnya...(20)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
enggang sama enggang, pipit sama pipit atau pipit sama pipit, enggang sama enggang. Yang manakah betul? Terima kasihDalam Kamus Peribahasa Bahasa Melayu: "Yang pipit sama pipit, yang enggang, sama enggang" dan "Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga".Tatabahasa14.08.2011
Mana yang betul? Lesung Pipi atau Lesung PipitBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kedua-dua lesung pipit dan lesung pipi boleh digunakan. Walau bagaimanapun, lesung pipit lebih popular dan lebih  banyak digunakan.
Lain-lain12.07.2012
Tuan, bolehkah kita menyebut helang bagi merujuk kepada burung helang atau perlu meletakkan perkataan burung di pangkalnya?Bagaimanakah dengan burung-burung lain seperti burung pipit, burung merpati dan lain-lain?Sewajarnya disebut burung helang, burung pipit, burung merpati dan sebagainya bagi merujuk burung untuk mengelakkan kekeliruan kerana nama-nama burung juga digunakan untuk benda-benda lain.Lain-lain15.11.2011
Pemancing itu .........(menyentak/menarik/merentap/merenggut) kailnya apabila umpan kailnya diragut ikan. Pilihan jawapan yang mana satu yang paling tepat kerana apabila saya merujuk kamus maksud kesemua perkataan berkenaan hampir sama terutama menyentak/ merentap dan merenggut. Terima kasih.

Saudara,

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:

Menyentak bermaksud menarik kuat-kuat, merengkuh, merenggut: di­sentak-nya nyiur gading dr mulut ular itu dgn tangan kiri; 2. menarik dgn pantas (keris, pedang, dll), mencabut, menyendal: maka Terung Pipit disentaknyalah keris panjang, dilambungnya naik ke perahu; 3. menarik (mengecut, mengendur) dgn tiba-tiba: mesti-lah ada sebab otot itu ~ semasa tersentuh pd tembaga atau besi

Menarik pula membawa maksud 1. menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri (maju ke hadapan, keluar, tercabut, dll), menyentak, menyeret: ~ perahu ke darat;

Merentap bermaksud menarik dgn paksa atau ke­kerasan, menyentak, merenggut: dgn marah, ia ~ tangan gadis itu;

Manakala, merenggut didefinasikan sebagai 1. menarik (mengambil, mencabut, menyentak, merebut) dgn ke­kerasan, merampas: perompak itu ~ beg dr tangannya; Ratna dgn tiba-tiba ~ surat khabar yg sedang dibaca Mansor; 2. meraih, merengkuh: ~ dayung; ~ kaki menarik-narik kaki, hampir mati.

Seperti yang diterangkan oleh saudara, ketiga-tiga perkataan iaitu menyentak, merentap dan merenggut  memiliki maksud yang hampir sama, jadi ketiga-tiga perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.

Tatabahasa05.08.2012
Ayat mana yang betul? A) Saya tertarik dengan keindahan pulau itu. B) Saya tertarik oleh keindahan pulau itu. Jawapan yang diberikan dalam arkib soalan DBP tidak konsisten kerana kedua-dua jawapan telah diberikan sebagai jawapan yang betul dan mengikut kamus dewan, tertarik yang membawa maksud terpikat sebenarnya diikuti dengan perkataan 'oleh' dan bukannya 'dengan'. Sila jelaskan. Terima kasih.Kedua-dua sendi nama "oleh" dan "dengan" boleh digunakan. Sendi nama "dengan" digunakan dalam teks sastera, manakala "oleh" dalam teks biasa. Contoh lain: Suasana sekeliling dipenuhi dengan bunyi loceng dan burung pipit, burung merbah dan sekali-sekala bunyi burung helang (petikan daripada novel Madu dalam Saringan). Dalam ayat tersebut "dengan" boleh juga digantikan dengan "oleh".Tatabahasa20.11.2009
saya ingin tanya tentang pelipur lara.jenis,bentuk,peranan dan lain-lain yang berkenaan dengan pelipur lara.harap anda dapat membantu.terima kasih

Pelipur lara ialah orang yang pandai bercerita dengan panjang lebar dan pandai menyampaikan cerita sehingga boleh menarik perhatian pendengar( khalayak). Secara umum, orang yang menyampaikan sesuatu cerita (pada waktu dahulu) dikenali sebagai penglipur lara, namun terdapat nama lain atau panggilan lagi kepada pencerita berdasarkan daerah atau negeri. Contohnya di Perlis dan Langkawi di panggil Awang Batil atau Awang Belanga. Di Kedah pula dipanggil Tuk Jubang, sedangkan di Kelantan digelar Tuk Selampit dan di Pahang di panggil Pencerita sahaja.

Jenis-jenis cerita penglipur lara yang selalu dituturkan ialah Hikayat Raja Muda, Hikayat Malim Deman, Hikayat Malim Dewa, Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Terung Pipit dan beberapa lagi hikayat yang sangat popular dalam kalangan masyarakat dahulu.

Bentuk cerita penglipur lara mudah dan lurus. pada umumnya bentuk ceritanya terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu kelahiran wira, pengembaraan wira dan kejayaan wira dalam pengembaraan dan pulang ke negeri asalnya.

 

Lain-lain23.04.2008
apakah Sastera Rakyat tulung jawabkan

Sastera rakyat atau sastera lisan ialah sastera yang bukan bercorak tulisan. Hasil sastera ini tersebar dari mulut ke mulut dan diperturunkan daripada satu generasi ke satu generasi. Sastera lisan berkembang dalam masyarakat yang mempunyai kebudayaan pinggiran yang bertamadun. Sastera rakyat adalah sebahagian daripada budaya rakyat (folklore) yang merangkum semua aspek kehidupan sesuatu masyarakat.

Sastera rakyat mempunyai beberapa cirinya yang tersendiri, iaitu:

i) Sastera itu diucapkan melalui perantaraan mulut.

ii) Sastera rakyat itu lahir dalam masyarakat yang belum mencapai taraf kehidupan yang maju atau bercorak bandaran.

iii) Sifat sastera rakyat itu menggambarkan ciri-ciri budaya satu-satu kumpulan masyarakat.

iv) Hasul sastera rakyat itu dianggap sebagai milik masyarakat tanpa diketahui siapa pengarangnya.

v) Sastera rakyat tidak mementingkan fakta dan kebenaran.

Antara yang termasuk dalam sastera rakyat ialah seperti:

a) Cerita hantu atau makhluk halus seperti hantu Pocong

b) Cerita binatang seperti cerita Sang Kancil

c) Cerita jenaka seperti cerita Pak Pandir, Lebai Malang, Si Luncai.

d) Cerita Lipur Lara seperti Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Malim Deman, Hikayat Terung Pipit, Hikayat Raja Muda, Hikayat Anggun Cik Tunggal.

Lain-lain01.09.2009

Kembali ke atas