Contoh tanda pisah dalam Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu (DBP Malaysia, 1992: 49): “1910–1954” dan “Taiping–Seremban” (tiada ruang sebelum dan selepas tanda pisah). Contoh tanda pisah dalam Gaya Dewan (1995: 70): “Jun – Oktober” dan “Dia tinggal di bandar itu dari tahun 1977 – 1980” (ada ruang sebelum dan selepas tanda pisah). Contoh tanda pisah Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu (DBP Brunei, 2010: 42): “1910 – 1954” dan “Bandar Seri Begawan – Seria” (persis Gaya Dewan). Panduan mana menjadi pegangan DBP Malaysia untuk saya ikuti? | Seperti yang tuan maklum, penggunaan tanda baca dalam buku Gaya Dewan, Edisi Ketiga betul dan digunakan dalam buku terbitan DBP. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul dan hal ini akan dikemukakan kepada pihak yang berkaitan. | Lain-lain | 14.01.2013 |
Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu (1992: 48) mengatakan panjang tanda pisah dua kali sempang dan tidak diapit oleh ruangan. Saya beranggapan bahawa ungkapan “tidak diapit oleh ruangan” bermaksud tanda pisah itu satu unit, iaitu tiada ruangan di antara sempang pertama dengan sempang kedua. Adakah anggapan saya betul? | Dalam buku Gaya Dewan, Edisi Ketiga terbitan DBP, Tanda pisah ialah tanda baca yang panjangnya satu en dan memenuhi fungsi yang berikut, iaitu memisahkan keterangan bagi sesuatu idea, menunjukkan aliran fikiran penulis dan menggantikan perkataan hingga. Contoh yang mudah ditemui adalah seperti "Jun - Oktober", kedua-dua perkataan tersebut dan tanda baca (tanda pisah) dikira tiga unit yang berlainan. Tanda baca yang tidak diapit oleh ruangan ialah tanda sempang. | Lain-lain | 14.01.2013 |
Gaya Dewan (1995: 70) menyatakan bahawa tanda pisah ialah tanda baca yang panjangnya satu en. Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan en (én) sebagai ukuran yang sama dengan setengah saiz poin taip yang digunakan ataupun setengah em. Soalan: (1) Adakah en itu sama lebarnya dengan huruf n? (2) Jikalau tanda pisah satu en, adakah tanda sempang hanya setengah en? | - Dalam penerbitan, en merupakan unit ukuran yang lebarnya setengah huruf em, tetapi tidak semestinya sama lebar dengan huruf "n".
- Jika tanda pisah satu en, tanda sempang tidak semestinya hanya setengah en.
Dalam penerbitan, en, em dan tanda sempang mempunyai fungsi yang berbeza. Sdr boleh merujuk buku yang berkaitan, seperti Copy Editing oleh Judith Butcher (Cambridge University Press) atau melayari Internet untuk mendapatkan maklumat mengenainya. | Lain-lain | 14.01.2013 |
Dalam bahasa Inggeris terdapat tanda "dash"(---) yang berupa seperti tanda sempang(-) tetapi lebih panjang sikit. Menurut wikipedia bahasa Indonesia, ia dikenali sebagai "tanda pisah" yang fungsinya berbeza dengan tanda sempang. Soalanya, adakah tanda baca ini wujud dalam bahasa Melayu? Sekirannya ia wujud, apakah namanya? | Dalam buku Gaya Dewan, tanda baca tersebut ialah Tanda Pisah yang berfungsi memisahkan keterangan bagi sesuatu idea atau sesuatu siri idea dan menggantikan perkataan hingga.
| Ejaan | 11.06.2012 |
saya nak tanya pasal suami.kami dah pisah selama 2tahun dan anak kami dia yg jaga.saya ada aduan mengenai suami saya.dia tak nak bagi saya jumba anak saya dan ada sekali saya nak jumba anak saya dia datang untuk memukul saya,sbb takut saya tak jumba anak saya..kalau saya jumba pun saya pergi ke sekolah mereka.saya belum cerai dgn suami saya tapi kami berpisah selama dua tahun.masalahnya dua hari lepas dia memukul anak saya sampai mukanya cedera...saya minta dia,yang saya nak jaga anak,dia tak nak bagi.saya skg kerja kat kuala lumpur dan saya tak tahu macam mane nak tangani masalah ini.. dan saya skg dah memeluk islam dgn suka hati..keluaga saya tak tahu mengenai memeluk islam.bolehkah saya ambil hak jaga anak saya?dan bagai mana?saya dah memeluk islam bagaimana nak cerai dgn suami saya??saya confuse tak tahu cara macam mane nak tangani masalah ini!!!tolong saya!!! | Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hanya memberi jawapan kepada soalan yang berkenaan dengan Bahasa, Sastera, dan perkara-perkara yang berkaitan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka sahaja. Soalah puan berkenaan rumah tangga, tidak ada kena mengena dengan pihak DBP, jadi kami tidak dapat melayani pertanyaan puan. Saya sarankan puan mengadu ke pejabat agama tempat tuan memeluk Islam, atau ke pejabat PERKIM, saya pasti mereka akan membantu. Berkenaan anak puan yang dipukul oleh suami, jika ternyata benar, dan puan mempunyai bukti, puan boleh membuat pengaduan ke balai polis terdekat supaya anak puan boleh dilindungi. Berkenaan keluarga puan yang tidak mengetahui tentang keadaan puan yang telah memeluk Islam mungkin boleh juga puan bincangkan dengan pejabat agama. Mungkin pejabat agama juga boleh memberi bantuan dari segi bantuan guaman untuk membantu puan dalam menangani masalah penjagaan anak. Saya bagi pihak DBP berharap puan dapat menyelesaikan masalah puan dengan baik, kerana sememangnya masalah puan tidak dapat kami tangani kerana di luar bidang kuasa kami. | Lain-lain | 01.08.2009 |
Saya Aibrahem Sa-u sedang belajar bahasa Melayu dasar, pisah di universiti Fatoni selatan Thailand, ingin bertanya DBP tentang tata bahasa apakah kata Arah? terima kasih. | Kata arah lazimnya hadir sebelum frasa nama atau sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Contoh kata arah ialah atas, bawah, dalam, belakang dan lain-lain. Tuan boeh merujuk buku Tatabahasa Dewan untuk lebih lanjut. Contohnya: Buku itu ada di atas meja | Tatabahasa | 08.12.2013 |
Salam sejahtera, Apakah perbezaan penggunaan sengkang em (em dash) dan sengkang en(en dash)? Mohon penjelasan lanjut dari pihak tuan/puan. Terima kasih. | Sengkang em lebih panjang daripada sengkang en juga dikenali sebagai tanda pisah yang berfungsi: 1. Memisahkan keterangan bagi sesuatu idea atau satu siri idea sama ada di tengah ayat atau di akhir ayat: Segala impiannya - wang, nama dan kuasa musnah akibat perbuatannya sendiri. 2. Menunjukkan aliran penulis yang terganggu, terhenti, berpindah-pindah, atau berubah-ubah. Untuk menyisipkan perkataan, frasa, atau klausa lain di celah ayat, tanda ini digunakan. Semasa saya di kampong dahulu - saya sudah menyatakan hal ini tadi - saya pernah dilantik sebagai Ketua Kampung. 3. Menggantikan perkataan "hingga" Jun - Oktober Dia tinggal di Bandar itu dari tahun 1977 - 1980 Sengkang en pula dipanggil tanda sempang biasa. Umumnya digunakan untuk : 1. Menegaskan ejaan sesuatu perkataan k-a-m-p-u-n-g bukan k-a-m-p-o-n-g 2. Menunjukkan pertuturan yang tidak lancer. "M-m-maksud saya begitulah," katanya dengan gugup. 3. Memisahkan angka yang berbeza fungsi. 03-2481011 3016280-07-1 4. Menggabungkan kata dasar yang dipendekkan untuk menyatakan sifat. Indo-Belanda anglo-China 5. Menggabungkan kata awalan dengan kata nama khas. anti-Rusia 6. Menunjukkan kata ganda. beribu-ribu guru-guru anak-anak kecil 7. Pelbagai fungsi. Ulang tahun ke-25 Tahun 60-an | Lain-lain | 11.06.2015 |
mengapakah di dalam kamus dewan edisi keempat ,perkataan ' Siaratul' dan 'mustakim' dieja dekat?.. manakah yang betul ejaan 'siratul' dan 'mustakim'? adakah dipisahkan atau didekatkan? kerana khidmat pihak tuan menjawab soalan saya dan memberikan perkata 'siratul' dan 'mustakim' dieja pisah..sangat berbeza dengan kamus dewan.. arap tuan dapat selesaikannya. | Ejaan yang betul ialah siratulmustakim, iaitu frasa daripada bahasa Arab yang bermaksud jalan yang lurus. Walau bagaimanpun dalam bentuk patah perkataan ejaan sirat dan mustakim juga betul, sirat bermaksud jalan atau titian, manakala mustakim bermaksud lurus. | Ejaan | 28.03.2012 |
Bagaimanakah penggunaan tanda sempang (-) di dalam perkataan berganda apabila menulis? Adakah perlu dijarakkan antara perkataan dan tanda sempang. Contoh : haiwan - haiwan atau haiwan-haiwan terima kasih. | Tanda sempang (-) yang digunakan dalam kata ganda tidak perlu dijarakkan. Ejaan yang dijarakkan ialah tanda pisah ( - ) seperti yang digunakan dalam ayat bagi memisahkan keterangan idea atau mengganti perkataan hingga seperti Jun - September. | Tatabahasa | 19.07.2012 |
Saya ingin mencari istilah untuk alat yang dipanggil "floor splitter plate". Alat ini digunakan untuk mengurangkan pusaran di dalam aliran pengambilan pam. Tanpa pemasangan alat ini, aliran pam akan menjadi berpusar. Saya cuba menterjemahkannya kepada "plat pemisah aliran lantai" berdasarkan terjemahan DBP untuk split = pisah, plate = plat dan floor = lantai. Saya tambahkan perkataan aliran bagi menunjukkan alat tersebut digunakan untuk memisahkan aliran air dan bukan lantai walaupun terma asal tiada perkataan flow = aliran. Apakah pandangan DBP berkenaan istilah ini? Adakah boleh diterjemahkan atau perlu digunakan terma asal di dalam Bahasa Inggeris? Saya sertakan gambarajah yang menunjukkan alat tersebut untuk membantu pemahaman. Terima kasih. | Istilah bahasa Inggeris floor splitter plate boleh diberikan padanan plat pemisah aliran lantai dalam bahasa Melayu. Kami bersetuju tanpa ‘aliran’ makna istilah ini tidak akan mengelirukan kerana ‘pemisah lantai’ berbeza dengan ‘pemisah aliran lantai.' | Ejaan | 25.02.2019 |