Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Kl sengaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pertanyaan berhubung penggunaan tanda "-" sama ada dijarakkan atau dirapatkan dengan contoh-contoh seperti berikut: (i) Lebuh Raya Kuantan-Segamat atau Lebuh Raya Kuantan - Segamat? (ii) "...laluan penerbangan Kuala Lumpur-Singapura" atau ...laluan penerbangan Kuala Lumpur - Singapura"? (iii) perkhidmatan bas ekspres Kuala Lumpur-Johor Bahru atau perkhidmatan bas ekspres Kuala Lumpur - Johor Bahru?Pengunaan tanda pisah (–) dalam ketiga-tiga contoh ayat yang diberikan perlu dijarakkan. Tatabahasa30.11.2020
Mel Ahmad Bagaimana tentang tanda sempang - dengan 90-an, hamba-NyaPenggunaan sempang i. kata ulang contoh anak-anak, ii. menyambung suku kata yang dipisahkan oleh penggantian baris,iii. memperjelaskan ungkapan,iv. merangkaikan huruf besar dgn huruf kecil, contoh hamba-Mu, pro-Malaysia, v. merangkaikan ke dengan angka, contoh, ke-125, ke-2000. vi. hubungan antara kata-kata pada rangkai kata setara tertentu atau istilah contoh alat pandang-dengar. Tanda sempang (-) juga digunakan dalam kata ganda tidak perlu dijarakkan. Ejaan yang dijarakkan ialah tanda pisah ( - ) seperti yang digunakan dalam ayat bagi memisahkan keterangan idea atau mengganti perkataan hingga seperti Jun - September.Ejaan09.01.2017
1) Terangkan dengan lebih terperinci penggunaan perkataan sengkang. 2) Adakah penggunaan perkaatan sengkang yang mewakili (-) masih diguna pakai pada masa kini? 3) Maksud dash (-) dalam Basa Melayu.

1)    1)  Penggunaan tanda sengkang adalah seperti yang berikut:

i.  Kata ulang (contoh: anak-anak).
ii. Menyambung suku kata yang dipisahkan oleh penggantian baris.
iii.Memperjelaskan ungkapan (contoh: k-a-m-p-u-n-g bukan k-a-m-p-o-n-g).
iv.Merangkaikan huruf besar dengan huruf kecil (contoh: hamba-Mu, pro-Malaysia).
v. Merangkaikan “ke” dengan angka (contoh: ke-25).
vi.Hubungan antara kata-kata pada rangkai kata setara tertentu atau istilah (contoh: alat pandang dengar).

Tanda sengkang yang digunakan dalam kata ganda tidak perlu dijarakkan.

Ejaan yang dijarakkan ialah tanda pisah ( - ) yang digunakan dalam ayat bagi memisahkan keterangan idea (contoh: Segala impiannya – harta dan pangkat musnah akibat perbuatannya sendiri) atau menggantikan perkataan hingga, seperti Jun – September.

2) Tanda sengkang masih diguna pakai sehingga kini.

3) Maksud dash (-) dalam Bahasa Melayu ialah sengkang atau sempang. Sengkang dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ialah tanda yang menceraikan suku kata dan lain-lain, sempang.

3)  

Lain-lain06.05.2020
Assalam Adakah boleh menggunakan tanda baca noktah bertindih diikuti dengan sempang (:-)? Kalau boleh bilakah digunakan? Terima kasih.

Berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu dan Buku Gaya Dewan,  terbitan DBP, terdapat 17 tanda baca yang telah digunakan dengan mantap, iaitu tanda koma(,), tanda noktah(.), tanda pisah (-), tanda sempang(-),   tanda elipsis (...), tanda titik bertindih (:), tanda koma bertitik (;), tanda soal (?), tanda seru (!), tanda kurung dan kelompok ({[( )]}), tanda kurung (( )), tanda kurung siku  ([ ]), tanda kurung dakap ({ }), tanda petik (" "), tanda petik tunggal (' '), tanda garis miring (/) dan tanda penyingkat ('). Setiap simbol/tanda baca ada fungsinya.

Tanda titik bertindih (:) digunakan seperti yang berikut : (1) pada akhir suatu penyataan apabila diikuti (a) rangkaian atau pemerian, atau (b) penjelasan. Contohnya: (a) Yang kita perlukan sekarang ialah barang-barang yang berikut: kertas, dakwat dan pen. (b) Ketua: Abdullah Salleh    Hari : Isnin
(2) di antara jilid atau nombor dengan halaman, (ii) di antara bab dengan ayat dalam kitab-kitab, atau (iii) di antara judul dengan anak judul.
(3) Digunakan dalam teks drama sesudah kata yang menunjukkan pelaku dalam percakapan. Contohnya: Ibu: “Bawa bungkusan ini, Mir!”

Tanda koma bertitik (;) digunakan untuk (1) memisahkan bahagian-bahagian ayat yang sejenis dan setara. Contohnya: Malam makin larut; kamu belum selesai juga.  Juga digunakan (2) memisahkan ayat yang setara dalam suatu ayat majmuk sebagai pengganti kata penghubung. Contohnya: Ayah menyiapkan kertas kerjanya, ibu sibuk memasak di dapur; adik menghafal nama pahlawan nasional; saya sendiri asyik mendengar siaran pilihan pendengar.

Tatabahasa08.01.2020
Soalan saya berkaitan tanda bacaan. Antara waris yang terlibat ialah: Atau; ( titik bertindih : atau koma bertindih; selepas iaitu? a. Datuk terdindig oleh bapa si mati. b. Nenek sebelah ibu. c...., Soalan saya juga adakah rincian tersebut perlukan tanda noktah, atau koma atau tidak perlu?

Berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu dan Buku Gaya Dewan,  terbitan DBP, terdapat 17 tanda baca yang telah digunakan dengan mantap,iaitu tanda koma(,), tanda noktah(.), tanda pisah (-), tanda sempang(-), tanda ellipsis (...), tanda titik bertindih (:), tanda koma bertitik (;), tanda soal (?), tanda seru (!), tanda kurung dan kelompok ({[( )]}), tanda kurung (( )), tanda kurung siku  ([ ]), tanda kurung dakap ({ }), tanda petik (" "), tanda petik tunggal (' '), tanda garis miring (/) dan tanda penyingkat ('). Setiap simbol/tanda baca ada fungsinya.

Tanda titik bertindih (:) digunakan seperti yang berikut:

 (1) pada akhir suatu penyataan apabila diikuti
      (a) rangkaian atau pemerian, atau
      (b) penjelasan.

Contohnya:
    (a) Yang kita perlukan sekarang ialah barang-barang yang berikut: kertas, dakwat dan pen.
    (b) Ketua: Abdullah Salleh    Hari : Isnin

(2) di antara jilid atau nombor dengan halaman, (ii) di antara bab dengan ayat dalam kitab-kitab, atau (iii) di antara judul dengan anak judul.

(3) Digunakan dalam teks drama sesudah kata yang menunjukkan pelaku dalam percakapan.      Contohnya: Ibu: “Bawa bungkusan ini, Mir!”

 

Tanda koma bertitik (;) digunakan untuk

(1) memisahkan bahagian-bahagian ayat yang sejenis dan setara. Contohnya: Malam makin larut; kamu belum selesai juga.
(2) memisahkan ayat yang setara dalam suatu ayat majmuk sebagai pengganti kata penghubung. Contohnya: Ayah menyiapkan kertas kerjanya, ibu sibuk memasak di dapur; adik menghafal nama pahlawan nasional; saya sendiri asyik mendengar siaran pilihan pendengar.

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut tentang tanda baca, saudara boleh merujuk Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu dan Buku Gaya Dewan, terbitan DBP.


Tatabahasa24.04.2023

Kembali ke atas