Pisau yang tajam itu baru diasah oleh ayah. (Adakah struktur ayat ini betul ?) | Struktur ayat "Pisau yang tajam itu baru diasah oleh ayah" tidak sesuai maknanya, kerana pisau yang tajam tidak perlu diasah kecualilah perbuatan itu disengajakan untuk menajamkan lagi pisau. | Tatabahasa | 23.06.2009 |
Salam sejahtera. 1. Ibu memotong sayur dengan pisau. 2. Ibu memotong sayur dengan menggunakan pisau. Ada pihak yg berpandangan ayat 1 ialah ayat tunggal dan fungsi " dengan" dlm ayat 2 menjadikannya ayat majmuk. Mohon pandangan tuan. Terima kasih. | Ayat 1 "Ibu memotong sayur dengan pisau" merupakan ayat yang gramatis dan betul. Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata sendi nama "dengan" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud memakai atau menggunakan, iaitu sebagai alat. Oleh itu, perkataan "menggunakan" tidak perlu ditulis kerana perkataan ini akan membawa kelewahan dalam ayat. Ayat "Ibu memotong sayur dengan pisau" merupakan ayat tunggal yang terdiri daripada subjek (Ibu) dan predikat (memotong sayur dengan pisau). "Memotong" ialah kata kerja, "sayur" ialah objek dan "dengan pisau" ialah keterangan. Ayat ini bukanlah ayat majmuk kerana ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cata tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. | Tatabahasa | 23.04.2018 |
Kata ganti nama ia bolehkah diguna untuk benda seperti pisau dll cth ayat . Pisau itu tajam kerana ia baru diasah oleh datuk. | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, ia merupakan kata ganti diri ketiga untuk manusia, juga untuk benda, perkara dan sebagainya. | Lain-lain | 27.01.2014 |
bolehkah "dengan menggunakan" diguna bersama? contohnya: a) Emak memotong daging dengan menggunakan pisau. b) Emak memotong daging dengan pisau. c) Emak memotong daging menggunakan pisau. ayat manakah yang betul? | Tuan, Rangkai kata “dengan menggunakan” boleh digunakan bersama-sama kerana perkataan “dengan” dalam contoh ayat yang diberikan merupakan kata sendi yang membawa maksud memakai atau menggunakan, iaitu sebagai alat. Sehubungan dengan itu, ketiga-tiga contoh ayat betul. | Tatabahasa | 15.04.2019 |
ibu menggunakan pisau tajam untuk menghiris timun.apakah jawapannya? | Sila kemukakan soalan tuan dengan jelas. Soalan yang diberi ialah ayat penyata dan tidak memerlukan jawapan. | Tatabahasa | 02.08.2016 |
Yang mana satukah betul penggunaan tanda baca? Bahan-bahan yang perlu dibawa seperti roti, pisau, sudu dan cawan. atau Bahan-bahan yang perlu dibawa seperti roti, pisau, sudu, dan cawan. | Penggunaan tanda baca yang betul ialah pada contoh ayat pertama: ...seperti roti, pisau, sudu dan cawan. | Tatabahasa | 01.04.2014 |
adakah betul: saya mempertajam pisau itu kerana sudah tumpul. atau mempertajam pisau yang sudah tumpul itu. Arang itu diperalat oleh ali untuk melukis gambar. | Kesemua contoh ayat yang dikemukakan oleh saudara adalah betul Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat terperinci berkaitan ayat-ayat di atas, saudara boleh membuat rujukan pada Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan DBP. | Lain-lain | 05.03.2007 |
Pisau itu tajam kerana ia baru diasah oleh ayah. (Adakah struktur ayat ini betul ?) | Salah, struktur yang betul ialah "Pisau itu tajam kerana baru diasah oleh ayah." | Tatabahasa | 23.06.2009 |
Salam.Saya ingin bertanya apakah terjemahan bagi 'Descaling Knife'? terima kasih | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu khusus untuk "descaling knife" dalam pangkalan data istilah kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pisau buang sisik atau pisau sisik. | Istilah | 08.04.2013 |
Pak Tua __________ buluh untuk membuat nyiru itu dengan pisau sehingga nipis.(meraut, mengasah) Adakah perkataan membuat itu betul? Atau perlu diganti dengan dibuat? Apa perbezaan dua perkataan tersebut? | Meraut ertinya melicinkan sesuatu (spt buluh, rotan) dgn pisau: ~ rotan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) manakala mengasah pula ertinya menggosokkan pisau dsb pd sesuatu atau menggosoknya dgn sesuatu supaya tajam Jawapan yang sesuai ialah meraut Untuk keterangan lanjut saudari boleh rujuk laman web http://prpm.dbp.gov.my/ | Tatabahasa | 11.05.2020 |