merujuk kepada soalam saya sblm ini...saya jelas tentang penjodoh bilangan tentang meriam..tetapi ada satu lagi soalan yang blm dijelaskan iaitu bolehkah laras digunakan untuk pistol ? | Penjodoh bilangan bagi pistol ialah pucuk, iaitu sepucuk pistol. Terima kasih | Lain-lain | 01.02.2011 |
Salam.. Apakah istilah yang betul dalam Bahasa Melayu bagi "glue gun"? Gam pistol elektrik yang biasanya digunakan untuk kerja-kerja kraft. Terima kasih. | Padanan glue gun dalam bahasa Melayu ialah pistol gam. | Istilah | 30.01.2019 |
Assalamualaiukum.. Bolehkah penggunaan penjodoh bilangan "laras" digunakan untuk pistol dan meriam ? | Berdasarkan sumber rujukan kami tidak ada penggunaan penjodoh bilangan untuk meriam. Walau bagaimanapun melihat kepada bentuknya yang besar (dan tidak tentu saiznya) penjodoh bilangan yang sesuai ialah buah. | Tatabahasa | 26.01.2011 |
Saya ingin bertanya. i) adakah perkataan MEMICU wujud dlm bahasa kita? ii) adakah maksud MEMICU sama erti dengan MEMACU? iii) apakah maksud sebenar MEMICU dan bagaimana penggunaannya? | Memicu ialah kata terbitan daripada picu iaitu pemetik (pistol, senapang, dan lain-lain); memicu ialah menarik atau memetik picu pistol, senapang dsb. memacu dari kata dasar pacu membawa makna yang berbeza iaitu 1. menggesa (kuda) dgn menusukkan pacu supaya berlari deras: maka Arung Lenga pun ~ kudanya; 2. ki melarikan deras-deras (kereta dll): dipacunya motosikalnya dgn laju; 3. = memacukan memperlumbakan; 4. menggerakkan sesuatu kegiatan (ekonomi, pembangunan dsb) dgn lebih cepat atau pesat. oleh itu memicu dan memacu adalah kata terbitanyang membawa makna berbeza. | Tatabahasa | 05.02.2008 |
Soalan 1 : bergantung pada ...... ( adakah ia digunakan untuk orang @ benda @ kedua-duanya sekali ? ) Soalan 2 : bergantung ( pada , kepada ) keputusan pengadil ? Soalan 3 : sepucuk @ selaras pistol ? Soalan 4 : sepucuk @ selaras senapang ? Soalan 5 : sebiji @ sebutir telur ? Terima kasih............. | 1. Bergantung pada digunakan untuk menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, halaman 275. 2. Bergantung pada keputusan pengadil. 3. Sepucuk pistol 4. Selaras senapang 5. Kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 11.05.2010 |
maksud pertandingan | Pertandingan membawa maksud; perihal bertanding, perlawanan (bola dll), perlumbaan (berlari, berenang, dll), peraduan: satu ~ menembak dgn menggunakan pistol akan diadakan di Jalan Padang Tembak; 2. perihal bersaing, perlumbaan (utk mencapai kejayaan dll), persaingan; 3. perbandingan. | Makna | 24.04.2009 |
mohon penerangan dan contoh tentang kata nama konkrit dan penjodoh bilangan (aras murid tahun 4) | Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat seperti rumah, guru dan pistol. Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan untuk membilang kata nama konkrit seperti sebuah rumah, seorang guru dan sepucuk pistol. | Tatabahasa | 17.03.2014 |
Penjodoh Bilangan senapang ialah pucuk atau laras? kalau dalam latihan ada dua pilihan iaitu pucuk dan laras, apakah jawapan yang patut dipilih? terima kasih | Jawapan yang tepat ialah selaras senapang, sepucuk digunakan untuk pistol. | Tatabahasa | 05.03.2014 |
Salam, apakah terjemahan untuk perkataan "stun gun" dan "stun belt". Terima kasih. | Untuk makluman puan, istiah stun gun dan stun belt tiada dalam data kami. Walau bagaimanapun, cadangan kami untuk istilah stun gun ialah pistol pegun manakala stunt belt ialah tali pinggang pegun. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.10.2014 |
Sila nyatakan penjodoh bilangan yang lebih sesuai untuk ayat berikut: PENGAWAL KESELAMATAN ITU BERSENJATAKAN SE__________SENAPANG. pilihan yang diberi adalah PUCUK DAN LARAS. Terimakasih. | Sdr. Roy, Jawapan yang tepat ialah selaras senapang, sepucuk digunakan untuk pistol | Tatabahasa | 01.12.2010 |