Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Pengajian Jarak Jauh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pjj


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamu alaikum, saya pelajar master Bahasa Melayu yang sedang belajar di UPM secara PJJ. Untuk makluman tuan, saya tinggal di sabah dan agak sukar untuk membuat rujukan rujukan terutama berkaitan dengan DBP. Saya ingin mendapatkan bahan berkaitan dengan Peranan DBP dalam proses perkembangandan memartabatkan Bahasa Melayu. sekian dan terima kasih. MUSTARI MOHAMED SAID.DBP telah melaksanakan perancangan jangka panjang dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Usaha pemartabatan ini bermula dari peringkat perancangan bahasa, pembinaan bahasa dan pengembangan bahasa. DBP telah menerbitkan kamus seperti Kamus Dewan dan Kamus Inggeris -  Melayu Dewan, buku istilah pelbagai bidang ilmu, buku teks, ensiklopedia, buku rujukan umum, novel dan banyak lagi.  Bahasa Melayu mampu memainkan peranan sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan bahasa komunikasi sosial. Dalam peringkat pengembangan, DBP melaksanakan program peneguhan bahasa seperti taklimat bahasa kepada ketua-ketua dan pegawai kerajaan negeri, mengiktiraf penggunaan bahasa yang betul dalam laporan, iklan, lirik dan sebagainya, menganjurkan forum dan debat, menerbitkan bahan rujukan bahasa seperti  lembar bahasa, khidmat nasihat bahasa, dan mengadakan kursus penataran bahasa. Pemartabatan bahsa Melayu merangkumi bidang bahasa, sastera dan penerbitan. DBP juga mengadakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara setiap tahun yang bertujuan menanamkan sikap megah bahasa di kalangan rakyat dan membantu masyarakat menyelesaikan masalah bahasa.

Saudara juga boleh merujuk bahan ini.: 1. Peranan DBP lebih tegas dan jelas oleh Awang Sariyan [diwawancara oleh Adnan Abd. Majid] Dewan Masyarakat 01/07/2004 . 2. Permasalahan dalam pembangunan bahasa Melayu sebagai asas pembangunan negara bangsa Malaysia oleh Ismail Dahaman Dewan Bahasa 01/07/2001 . 3. DBP akan terus mainkan peranan Utusan Malaysia 06/01/1988 4. DBP kembangkan peranannya oleh Nor Sedek Ismail Utusan Malaysia 11/11/1994 . 5. Peranan DBP sebagai penasihat bahasa AGHA Utusan Malaysia 01/03/1996 6. Citra : Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia = Citra : Institute of Language and Literature Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2003 . 7. CITRA : Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2002 . 8. Citra DBP 40 tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1996
Lain-lain01.03.2013
SALAM...Saya berhajar sangat untuk mendapatkan maklumat untuk menyiapkan tugasan saya sebagai plajar PJJ... SOALAN TUGASAN: BERIKAN DEFINISI DAN KONSEP KATA TUGAS BERPANDUKAN LIMA ORANG AHLI BAHASA/AKADEMIK. BOLEHKAH PIHAK TUAN MEMBERIKAN 5 ORG AHLI BAHASA TERSEBUT UTK MENGHURAIKAN MAKSUD KATA TUGAS. TERIMA KASIH.Untuk melihat pendapat ahli bahasa tentang sesuatu konsep, maka rujuklah buku yang dikarangnya. Contohnya buku Tatabahasa Dewan disusun oleh empat orang tokoh bahasa, iaitu Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim, Dr. Farid Onn, Prof. Dr. Hashim Haji Musa  dan Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood. Buku Nahu Mutakhir dikarang oleh Prof. Emeritus. Dato' Dr. Asmah Haji Omar. Saudara boleh melihat persamaan dan perbezaan antara tokoh-tokoh bahasa tersebut dan perlu diingat penyusun buku Tatabahasa Dewan bersetuju dengan konsep tatabahasa yang dijadikan pegangan oleh kebanyakan ahli bahasa. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan saudara boleh rujuk buku karya tokoh bahasa yang lain juga.Tatabahasa01.10.2012

Kembali ke atas