| Apakah maksud (usu in pl) yang terdalam dalam PRPM? | (usu in pl) merujuk kepada (usually in plural) menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan. | Lain-lain | 20.02.2019 |
| Salam sejahtera Tuan; Bagaimanakah mengenal pasti sama ada digraf atau konsonan bergabung dalam sesuatu perkataan? ng, ny, st, sw, pl, pr, br, bl, sl, kl, kr Sekian terima kasih. | Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy. Kadangkala digraf dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mepunyai digraf ialah nganga, nyamuk, lubang, khabar, pisang dan syampu. Konsonan bergabung atau konsosnan rangkap pula ialah huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh konsonan bergabung ialah kompleks, terminal dan konkrit. Tuan boleh merujuk majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka seperti Dewan Bahasa dan Pelita Bahasa untuk rujukan lanjut berkenaan isu-isu tatabahasa terkini. | Tatabahasa | 19.02.2014 |
| Salam sejahtera, Bolehkah saya mengetahui apakah maksud "PI" di dalam definisi maklumat kata dalam carian umum DBP. Contoh seperti di bawah: [te.ra] | ترا Definisi : (téra) Kd, Pl pandai, bijak. (Kamus Dewan Edisi Keempat) Definisi perkataan-perkataan lain yang mempunyai singkatan "PI" ialah seperti pemo, sentak II, dll. Suatu masa dulu saya pernah bertanya di manakah perlu dicari senarai singkatannya, dan diberi tahu boleh didapati dari buku GAYA DEWAN EDISI KETIGA, di bawah tajuk SINGKATAN DAN AKRONIM. Lampiran PDF juga telah diberi, akan tetapi senarainya tidak lengkap dan lebih pada singkatan nama sahaja. Bantuan tuan/puan amat dihargai. Terima kasih. | PI ialah kependekan bagi Perlis. Saya lampirkan di sini senarai kependekan yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat untuk rujukan tuan. Harap membantu. | Makna | 05.05.2020 |
| Apakah istilah BM yang berlainan bagi 'feet' dan 'legs' ? Ayatnya begini: the disease may affect the ........ and the bones of the feet and legs'. | Dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan, feet: pl of FOOT. Manakala leg: (limb of man, animal) kaki. Istilah 'feet' merujuk kepada bahagian kaki dari buku lali ke bawah manakala istilah 'leg' merujuk kepada bahagian kaki dari pangkal paha hingga ke buku lali. | Makna | 31.03.2011 |
| Apakah perbezaan antara digraf dan konsonan berganding? Mohon diberi beberapa contoh. Terima Kasih | Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy. Kadangkala digraf dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mepunyai digraf ialah nganga, nyamuk, lubang, khabar, pisang dan syampu. Konsonan bergabung atau konsonan rangkap pula ialah huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh konsonan bergabung ialah kompleks, terminal dan konkrit. Tuan boleh merujuk majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka seperti Dewan Bahasa dan Pelita Bahasa untuk rujukan lanjut berkenaan isu-isu tatabahasa terkini. | Tatabahasa | 23.05.2014 |
| Standard, stor, kompleks, konkrit berasal dari bahasa inggeris, phonic inggeris kr, st.... ialah consonant blends. Kenapa konkrit dalam jelasan DBP ialah dipisahkan oleh n,k , kalau ikut bahasa inggeris sepatutnya ialah kr. adakah konsonan bergabung sama dengan bahasa inggeris consonant blends saya amat keliru. http://blog.maketaketeach.com/teaching-blends-and-digraphs/#_ | Pihak kami telah merujuk Munsyi Dewan berkenaan permasalahan bahasa ini. Sebarang perkembangan terkini mengenai digraf dan konsonan bergabung akan kami maklumkan kepada pihak puan. Sehingga kini, dalam data kami, konsonan bergabung atau konsosnan rangkap pula ialah huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh konsonan bergabung ialah kompleks, terminal dan konkrit.
| Tatabahasa | 14.05.2014 |
| Apakah perbezaan antara "digraf"dan"kosonan bergabung"?Sekian terima kasih. | Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy. Kadangkala digraf dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mepunyai digraf ialah nganga, nyamuk, lubang, khabar, pisang dan syampu. Konsonan bergabung atau konsonan rangkap pula ialah huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh konsonan bergabung ialah kompleks, terminal dan konkrit. Tuan boleh merujuk majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka seperti Dewan Bahasa dan Pelita Bahasa untuk rujukan lanjut berkenaan isu-isu tatabahasa terkini. | Tatabahasa | 06.05.2014 |
| "Apakah perbezaan antara 'digraf' dan "konsonan bergabung'?" Adakah digraf sama dengan konsonan bergabung? Jawapan yang diberikan pada 06.05.2014 dan jawapan yang diberikan pada 12.09.2011 adalah bercanggah/konflik dan mengelirukan. Terima kasih. | Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy. Kadangkala digraf dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mepunyai digraf ialah nganga, nyamuk, lubang, khabar, pisang dan syampu. Konsonan bergabung atau konsonan rangkap pula ialah huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh konsonan bergabung ialah kompleks, terminal dan konkrit. Puan boleh merujuk majalah Pelita Bahasa November 2013 untuk rujukan kekeliruan ini. | Tatabahasa | 06.01.2015 |
| saya keliru tentang konsonan bergabung ? kastam, sedap , lazat ,enak dan harum ? konsonan bergabung atau tidak ? konkrit ialah konsonan bergabung , adakah sebab n,k dipisahkan 2 suku kata kon krit ? | Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy, kh dan gh. Digraf juga dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mepunyai digraf ialah nganga, nyamuk, naskhah, ghaib, lubang, khabar, pisang dan syampu. Konsonan bergabung atau konsosnan rangkap pula ialah huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh konsonan bergabung ialah kompleks, terminal dan konkrit.
| Tatabahasa | 13.05.2014 |
| jawapan bagi perbezaan digraf dengan konsonan bergabung yang diberikan oleh http://prpm.dbp.gov.my/ amat mengelirukan kerana dinyatakan kedua-duanya adalah hampir sama. Adakah digraf hanya melibatkan ng, ny, kh dan sy manakala konsonan bergabung melibatkan gabungan dua konsonan selain daripada digraf (seperti dr, pr, kr, tr, sk, kl, .....) Senarai perkataan / contoh-contoh perkataan bagi kedua-dua komponen ? Terima kasih. | Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy, kh dan gh. Digraf juga dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mepunyai digraf ialah nganga, nyamuk, naskhah, ghaib, lubang, khabar, pisang dan syampu. Konsonan bergabung atau konsosnan rangkap pula ialah huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh konsonan bergabung ialah kompleks, terminal dan konkrit.
| Tatabahasa | 06.05.2014 |