saya ingin bertanya terjemahan bagai perkataan di bawah: 1) plant-based meat 2) plant-based luncheon 3) luncheon meat terima kasih atas kesudian pihak tuan untuk membantu. terima kasih banyak. | Kami mencadangkan padanan seperti berikut: 1) "Plant-based meat": Daging berasaskan tumbuh-tumbuhan 2) "Plant-based luncheon": Hidangan berasaskan tumbuh-tumbuhan atau lunceon berasaskan tumbuh-tumbuhan 3) "Luncheon meat": Daging lunceon atau daging jamuan tengah hari | Istilah | 07.01.2021 |
ELECTRICAL PLANT ROOM | BILIK LOJI ELEKTRIK | Istilah | 03.03.2011 |
saya ingin bertanya translation ENG ke BM untuk ayat berikut: 1. plant-based luncheon 2. spicy palnt-based luncheon 3. plant-based minced meat with bean paste terima kasih atas kesudian pihak Tuan untuk membantu. | Berikut merupakan padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang dinyatakan: 1. plant-based luncheon: hidangan berasaskan tumbuhan 2. spicy plant-based luncheon: hidangan berasaskan tumbuhan berempah 3. plant-based minced meat with bean paste: daging kisar berasaskan tumbuhan dengan pes kacang/ daging kisar organik dengan taucu Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat. | Makna | 25.05.2021 |
plant family: Piperaceae terjemahan bahasa malaysianya? adakah tumbuhan keluarga | Terjemahan untuk Plant Family dalam bidang perhutanan dan biologi ialah Famili Tumbuhan | Istilah | 23.05.2014 |
saya ingin bertanyakan translation bagi "PLANT BASED MINCED MEAT". Seperti dibawah, pilihan manakah yang lebih sesuai untuk digunakan. terima kasih. 1) DAGING KISAR BERASASKAN TUMBUHAN atau 2) DAGING CINCANG BERASASKAN TUMBUHAN. | Cadangan terjemahan bagi "PLANT BASED MINCED MEAT" ialah DAGING KISAR BERASASKAN TUMBUHAN | Makna | 10.05.2021 |
SALAM SATU MALAYSIA. SAYA INGIN BERTANYAKAN BAHASA TERJEMAHAN BAGI "BATCHING PLANT" YANG SERING DIGUNA PAKAI SEBAGAI ALAT MEMBANCUH SIMEN. ADAKAH TERJEMAHAN NYA IALAH MESIN PEMBANCUH SIMEN? | Saudara, Padanan bahasa Melayu bagi perkataan 'batching plant' yang digunakan dalam bidang kejuruteraan ialah loji pengelompokan. | Istilah | 12.10.2010 |
Terjemahan English-BM mana yang lebih sesuai. English:What will happen to the plant if you give it too much water?BM1:Apakah yang akan terjadi kepada tumbuhan jika kamu memberi terlalu banyak air? BM2:Apakah akan terjadi jika kamu memberi air yang terlalu banyak kepada tumbuhan? | Salam sejahtera, Jawapan 1 (BM1) lebih sesuai kerana menepati maksud ayat dalam bahasa Inggeris. Jawapan BM2 pula menepati ayat " What will happen if you give too much water to the plant". Untuk lebih tepat lagi kata kerja "give" boleh diberi padanan dalam BM "siram" atau "menyiram" bergantung kepada konteks ayat tersebut. Contohnya, "Apakah yang akan terjadi kepada tumbuhan jika kamu menyiram terlalu banyak air?" Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat DBP. | Lain-lain | 24.03.2010 |
Salam Tuan/Puan, saya ingin bertanya berkaitan translation dalam bahasa Melayu bagi perkataan berikut: 1. Air dried noodles 2. Plant-based noodles 3. Air dried broad noodles 4. Air dried slim noodles Perkataan ini adalah utk pelabelan makanan. Diharap pihak Tuan/Puan dapat membantu pihak kami. Sekian, terima kasih. Yg benar, Nurleeyana Khalil | Cadangan padanan terjemahan yang sesuai adalah seperti yang berikut: 1. Air dried noodles: Mi kering 2. Plant-based noodles: Mi berasaskan tumbuhan 3. Air dried broad noodles: Mi lebar kering 4. Air dried slim noodles: Mi halus kering Walau bagaimanapun, cadangan padanan terjemahan ini bergantung pada konteks dan penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.06.2023 |
saya ingin bertanya terjemahan untuk PLANT-BASED MINCED MEAT WITH BEAN PASTE. terima kasih sudi membantu. | Padanan dalam bahasa Melayu ialah Daging kisar berasaskan tumbuhan dengan pes kacang. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.05.2021 |
Bagaimana perlu saya menterjemahkan 'paddy plant'? adakah 'pokok padi' atau 'pohon padi'? Yang mana satukah lebih sesuai? | Puan, Padanan bahasa Melayu bagi istilah tersebut ialah pokok padi. | Istilah | 26.07.2010 |