saya ingin bertanyakan soalan berkaitan perkara berikut:- Faculty of Plantation And Agrotechnology atau Faculty of Plantation and Agrotechnology yang mana satu betul (and/And) jika pihak kami ingin menggunakan nama tersebut. Terima kasih | Dalam penulisan, lazimnya kata hubung dieja dalam huruf kecil kecuali seluruh teks dalam huruf besar. Dalam hal ini, boleh ditulis Faculty of Plantation and Agrotechnology atau FACULTY OF PLANTATION AND AGROTECHNOLOGY. | Ejaan | 30.07.2018 |
Saya ingin mendapat pandangan & nasihat mengenai cadangan menyedia atau menamakan suatu projek. Sebagai contoh suatu projek membina kemudahan tapak pelupusan telah dicadangkan di atas kawasan tapak ladang kelapa sawit yang telah diambil alih. Maklumat & situasi perkara ini adalah seperti berikut. Lokasi : Tanah Merah, Port Dickson, Negeri Sembilan Pemilik Tanah Asal : Sime Darby Plantation Bhd. Kegunaan Tanah Asal : Ladang kelapa sawit (dinamakan sebagai Ladang Tanah Merah (Tanah Merah Plantation) Tanah Diambil Alih Bagi Tujuan : Cadangan Projek Tapak Pelupusan Sanitari Oleh itu, antara (a) & (b) dibawah, manakah cadangan nama projek/kemudahan yang lebih tepat atau sewajarnya digunakan bagi menyediakan kemudahan berkaitan tapak pelupusan sanitari? a) Projek Tapak Pelupusan Sanitari Di Ladang Tanah Merah, Port Dickson; atau b) Projek Tapak Pelupusan Sanitari Di Tanah Merah, Port Dickson. Sekian, terima kasih. | Pada pandangan kami, cadangan nama projek yang tepat ialah Projek Tapak Pelupusan Sanitari di Tanah Merah, Port Dickson. Berdasarkan penerangan tuan, Ladang Tanah Merah digunakan untuk penanaman kelapa sawit pada kegunaan asal. Bagi kegunaan pelupusan sanitari, aktiviti berbeza dengan kelapa sawit. Penggunaan perkataan Ladang Tanah Merah tidak sesuai digunakan melainkan nama tersebut merupakan nama khas yang sudah didaftarkan atau digazetkan.. | Tatabahasa | 02.09.2014 |