Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pla.ti.num] | ڤلاتينوم

Definisi : (Kim) unsur logam berharga ber­warna putih kekelabuan, tidak kakis, diguna­kan sbg mangkin, utk membuat barang ke­mas, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pla.ti.num] | ڤلاتينوم

Definisi : logam berwarna putih keperak-perakan yg digunakan dlm penyaduran elektrik, utk barang-barang perhiasan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata platinum


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Persatuan kami akan menyambut ulang tahun yang ke-75 pada tahun ini. Carian saya mendapati istilah yang digunakan hanya Jubli Platinum untuk ulang tahun ke-70, jadi bagaimanakah istilah atau perkataan yang sesuai untuk disesuaikan pada logo atau pada buku cendera mata ulang tahun ke-75 tersebutBerdasarkan maklumat yang terakam dalam Kamus Dewan Perdana, perayaan jubli yang ada ialah jubli perak, jubli emas,  jubli intan dan jubli platinum. Oleh itu, untuk perayaan tahun selainnya, kami mencadangkan penggunaan tahun sambutan dikekalkan seperti Sambutan Ulang Tahun Jabatan Perangkaan Malaysia Ke-75.Lain-lain30.06.2025
Saya mohon istilah yang sesuai untuk kategori sekolah yang telah mencapai lebih 100 tahun. Adakah istilah Jubli Abad atau Jubli Centennial sesuai digunakan?

Perkataan "jubli" bermaksud perayaan untuk memperingati ulang tahun sesuatu peristiwa (hari perkahwinan, hari pertabalan raja dan lain-lain). Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 915. Berdasarkan rujukan dan carian kami, "Jubli Abad" atau "Jubli Centennial" tiada dalam maklumat kami. Hanya empat jubli yang ditemui, iaitu "jubli perak" (perayaan memperingati ulang tahun yang kedua puluh lima), "jubli emas" (perayaan memperingati ulang tahun yang kelima puluh), "jubli intan" (perayaan memperingati ulang tahun yang keenam puluh atau kadang-kadang ketujuh puluh lima) dan "jubli platinum" (perayaan memperingati ulang tahun yang ketujuh puluh). Cadangan yang boleh diberikan dalam konteks perayaan untuk memperingati ulang tahun ke-100 ialah "Sambutan Ulang Tahun Sekolah ke-100 Tahun"

Istilah13.06.2025
Bagi maksud sambutan 65 tahun (misalnya untuk sambutan 65 tahun penubuhan jabatan/agensi/syarikat), adakah frasa "Sambutan Jubli Nilam 65 Tahun" tepat pada konteks dan penggunaannya? Sekiranya tidak, adakah frasa/istilah alternatif lain yang bersesuaian untuk menggambarkan sambutan 65 tahun tersebut? Terima kasih.

Bagi maksud sambutan 65 tahun (misalnya untuk sambutan 65 tahun penubuhan jabatan/agensi/syarikat), frasa yang sesuai ialah Sambutan Ulang Tahun xxx (nama jabatan/agensi/syarikat) yang Ke-65.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, jubli bermaksud perayaan untuk memperingati ulang tahun sesuatu peristiwa (hari perkahwinan, hari pertabalan raja dan lain-lain).

Berdasarkan rujukan dan carian kami, jubli nilam tiada dalam maklumat kami. Hanya empat jubli yang ditemui, iaitu jubli perak (perayaan memperingati ulang tahun yang kedua puluh lima), jubli emas (perayaan memperingati ulang tahun yang kelima puluh), jubli intan (perayaan memperingati ulang tahun yang keenam puluh atau kadang-kadang ketujuh puluh lima) dan jubli platinum (perayaan memperingati ulang tahun yang ketujuh puluh).

Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (hlm.915, 2021) untuk maklumat lanjut.

Makna06.08.2024

Kembali ke atas