Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. person who plays a game, pemain: the Malaysian badminton ~s will be housed in this hostel, pemain-pemain badminton Malaysia akan ditempatkan di asrama ini; 2. person who plays musical instrument, pemain: she is our most talented guitar ~, dia ialah pemain gitar kami yg paling berbakat; 3. actor, pelakon: for tonight’s rehearsal, only the main ~s will be in full costume, utk raptai malam ini, hanya pelakon-pelakon utama sahaja yg perlu berpakaian lengkap. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata player

Peribahasa

479

Custom makes all things easy

Perkara yang sukar akan menjadi mudah, dan akhirnya kita menjadi mahir jika kita berlatih selalu dan sering melakukannya.

Alah bisa tegal biasa

''Do not despair. I know that this sport is not easy, but if you train hard, surely you will become a better player. Remember custom makes all things easy ,'' the coach said to the young talent.

''Jangan berputus asa. Saya tahu yang sukan itu bukan mudah tetapi kalau kamu berlatih bersungguh-sungguh, tentu kamu akan menjadi lebih handal. Ingat, alah bisa tegal biasa,'' kata si jurulatih kepada bakat muda itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa single-player dan multiplayer dalam bahasa Melayu?1. single player bermaksud "pemain perseorangan"
2. multi player bermaksud "pemain campuran"
Lain-lain17.09.2014
Apakah terjemahan bagi "gamer"? Conth ayat: Your gamer profile does not have the required details to purchase this game. Terima kasih.Perkataan gamer tiada dalam rujukan kami. Berdasakan ayat yang diberikan, "gamer" merujuk kepada "player". Perkataan "player" diterjemahkan kepada "pemain".Tatabahasa29.03.2013
regional player

Cadangan terjemahan ialan pemaian wilayah. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Bahasa Inggeris Melayu Dewan.

Istilah10.02.2009
Apakah terjemahan yang tepat untuk 'industry player'? Saya sering melihat akhbar menggunakan pemain industri. Pada hemat saya, penggerak industri kedengaran lebih baik kerana industri bukanlah satu permainan.Kami bersetuju cadangan tuan, penggerak industri atau penggiat industri lebih sesuai digunakan.Penyemakan dan penterjemahan28.06.2021
Apakah perkataan yang sesuai bagi "damage" dalam permainan video? Kebiasaannya, ia digunakan untuk pemain dan NPC dalam permainan video tersebut. Frasanya ialah "Player takes damage" atau "fall damage".

Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan maksud damage ialah “kerosakan”. Maksud ini boleh digunakan untuk merujuk pada keadaan damage yang digambarkan dalam permainan video. Jika watak atau peranan yang dimainkan oleh pemain dan non player character (NPC) adalah benda hidup, “kecederaan” juga boleh  dipadankan dengan damage. Namun ini bergantung pada kesesuaian  serta konsep dan konteks penggunaannya.

Lain-lain01.09.2021
Salam satu Malaysia Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Assist" dalam konteks bola sepak (sukan)? Contoh ayat - Penalty & Free Kick: NO ASSIST for the player who was fouled. Maksud: http://www.en.wikipedia.org/wiki/Assist_(football) Terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "assist" dalam bidang Sukan. Padanan bahasa Melayu untuk "assist" yang terdapat dalam pangkalan data kami ialah bantu atau bantuan.Istilah11.10.2013
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kami sedang menyediakan poster jawatan kosong dan mencari perkataan Bahasa Malaysia yang sesuai bagi frasa berikut: "Candidate with Positive Attitude, Team Player, Committed & Flexible are welcomed!" Mohon jasa baik DBP untuk memberi maklum balas mengenai frasa tersebut. Terima kasih.

Kami mencadangkan ayat “Calon yang memiliki sikap yang positif, semangat berpasukan, komited dan fleksibel digalakkan untuk memohon jawatan ini”

Penyemakan dan penterjemahan25.06.2020
Salam Sejahtera, Saya ingin meminta bantuan dari pihak Dewan Bahasa dan Pusaka untuk cadangan menterjemah bagi 'System Champion' dalam Bahasa Malaysia. Untuk pengetahuan pihak tuan, 'system champion' di sini bermaksud "The key player in a particular organization, is the most important people involved in it." Saya mengguna "sistem campian" tetapi dikatakan tidak sesuai, oleh demikian saya harap pihak Dewan Bahasa dan Pusaka boleh membantu saya memberi cadangan yang terbaik. Hasil kerjasama pihak tuan akan membantu dalam pegetahuan pendidikan dan penyelidik di masa depan. Dengan ini, saya dahului dengan ribuan terima kasih. Sekian, Deborah L. ParisCadangan untuk perkataan "System Champion" dalam bahasa Melayu mengikut huraian yang diberi: Jaguh SistemMakna24.04.2018
Boleh berikan istilah yang tepat bagi "sideload" Penerangan: Sideloading describes the process of transferring files between two local devices, in particular between a personal computer and a mobile device such as a mobile phone, smartphone, PDA, tablet, portable media player or e-reader.Cadangan terjemahan bagi sideload ialah "muat sisi"Makna12.04.2022
Saya ingin kepastian berkaitan tatabahasa beberapa ayat serta pertanyaan terjemahan yang akan saya kemukakan di bawah. 1. "Pada tahun 1942, pentadbiran British di Singapura telah menyerah kalah secara rasmi kepada / terhadap Jepun. Kata 'kepada' atau 'terhadap' yang lebih sesuai? 2. "Kedai itu beroperasi di bawah SOP yang ditetapkan" atau "Kedai itu beroperasi bawah SOP yang ditetapkan" Adakah SOP itu konkrit atau abstrak sebab saya keliru dengan penggunaan di kerana di digunakan menyatakan objek konkrit. SOP dikatakan konkrit? 3. Apakah terjemahan sesuai untuk "multiplayer mode" dan "single player mode". Ia merupakan istilah digunakan dalam permainan video.

1. Jawapan yang betul ialah Pada tahun 1942, pentadbiran British di Singapura telah menyerah kalah secara rasmi kepada Jepun

2.   Ya, SOP ialah konkrit. Oleh itu,  ayat yang betul ialah Kedai itu beroperasi di bawah SOP yang ditetapkan.

3. 
 Sehingga kini masih belum ada lagi istilah tersebut dalam data kami. Oleh yang sedemikian, sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaaan tuan/puan, kami mencadangkan multiplayer mode ialah mod berbilang  pemain, manakala single player mode ialah mod pemain tunggal.

Lain-lain16.10.2020

Kembali ke atas