Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata plea


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Di Mahkamah ada proses 'plea' atau 'pengakuan' tertuduh apabila didbaca pertuduhan kepadanya samada dia mengaku keatas pertuduahan itu atau tidak, kalau dia tak mengaku bersalah dalam bahasa Inggeris di sebut "pleaded no guilty" dalam bahasa Melayunya "tidak mengaku bersalah" tetapi mengapa akbar melaporkan sebagai "mengaku tidak bersalah" dan ini sudah menjadi penerimaan umum. Setahu saya terjemahan mestilaah mengambil susurgalur bahasa Melayu bukan boleh "direct" terjemah macam ituUngkapan bahasa Inggeris yang digunakan ialah 'pleaded not guilty'. Terjemahan 'not guilty' ialah tidak bersalah. Oleh itu 'pleaded not guilty' diterjemahkan sebagai mengaku tidak bersalah.Penyemakan dan penterjemahan19.12.2007
Saya ingin bertanya mengenai istilah sesuai bagi Mitigation. Mitigation yang saya maksudkan ialah dari segi Undang-Undang. Rujukan untuk memahami maksud Mitigation https://www.kehakiman.gov.my/sites/default/files/2020-04/CRIMINAL%20PROCEEDING_Compressed_0.pdf (muka surat 2 di bawah tajuk "Plea of mitigation"), atau lampiran Fail yang saya sertakan, pada muka surat dan tajuk yang sama. Terima kasihPadanan bahasa Melayu bagi istilah mitigation ialah pengurangan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. Dalam bidang undang-undang, padanan bahasa Melayu bagi istilah mitigation of damage ialah pengurangan ganti rugi.


Istilah09.04.2023

Kembali ke atas