apa yang dimaksudkan dengan plenari? contoh ayat: sidang plenari | Kata 'plenari' tidak terdapat dalam Kamus Dewan. Berdasarkan penggunaan semasa, kata tersebut mungkin membawa maksud 'pleno'. Contoh: "Sidang Pleno" pleno bermaksud: rapat (sidang) ~ rapat atau sidang yg lengkap drpd seluruh anggota. | Makna | 04.11.2008 |
2 Soalan: 1. Apakah maksud rapat umum? Ayat "ramai menyertai rapat umum untuk menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan"...adalah betul? 2. Apakah kata adjektif yang boleh digunakan untuk mengambarkan ayam? Adakah ayat ini betul, "Oleh sebab ayam Pak Zahir sihat, ramai membeli ayam daripadanya." Jawapan yang diberikan dalam buku ialah salah atas penggunaan perkataan sihat. | Sdr. Piong Sin Yee terima kasih kerana menghubungi KNBDBP kerapatan perkumpulan, perhimpunan (utk membicarakan sesuatu), majlis, mesyuarat, sidang: ~ selesai lebih cepat drpd yg diduga; ~ anggota Id sidang yg dihadiri oleh ahli-ahli perkumpulan; ~ besar Id perhimpunan agung; ~ kilat sidang yg diadakan dgn tiba-tiba (mendadak) sahaja, sidang tergempar; ~ lengkap (pleno) Id sidang yg dihadiri oleh segenap bahagian dll, sidang pleno; ~ raksasa (samudera) rapat besar utk orang ramai (biasanya diadakan di padang atau lapangan yg luas); ~ terbuka rapat yg boleh dikunjungi oleh sesiapa sahaja (bukan utk ahli semata-mata); ~ tertutup rapat yg hanya utk para anggota; ~ umum rapat utk semua orang; jadi ayat ini betul kata adjektif yang boleh digunakan bagi ayam antaranya ialah ayam segar, kukus, salai. ayat yang diberikan tidaklah berapa tepat, biasanya ayam dikaitkan dengan segar/. | Makna | 12.09.2009 |