Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[plum] | ڤلوم

Definisi : sj tumbuhan (pokok) yg buahnya ber­bentuk bujur atau bulat, berbiji keras dgn isinya lembut dan masam-masam manis, Prunus spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[plum] | ڤلوم

Definisi : beberapa jenis pokok renek atau buahnya (buahnya berkulit licin dan boleh dimakan), Prunus spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata plum


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah istilah "Plum blossom" dalam Bahasa Melayu?Cherry blossom (sakura) dan plum blossom (ume) tergolong dalam famili tumbuhan yang sama. (Dalam kurungan ialah nama pokok dalam bahasa Jepun). Untuk cherry blossom, istilahnya ialah bunga sakura. Oleh itu, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk plum blossom ialah bunga ume.Istilah13.02.2018
Hi, Apakah translasi yang sesuai digunakan untuk ayat berikut: 1. We are served with condiments such as preserved plum, tartar sauce and preserved chillies. Apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk " condiments" dalam ayat atas itu? Terima kasih.Terjemahan condiment ialah perasa.Penyemakan dan penterjemahan26.04.2018

Kembali ke atas