pohon penjelasan : 1. antara nilai murni yang ada di dalam petikan.... atau 2. antara nilai murni yang ada dalam petikan... imbuhan di perlu hadir atau tidak.. | Ayat yang betul ialah "antara nilai murni yang ada dalam petikan". | Tatabahasa | 29.04.2015 |
Salam sejahtera. Pohon pencerahan. 1. Haiwan yang manakah lebih banyak? 2. Yang manakah haiwan lebih banyak? Manakah satu bentuk soalan lebih tepat? Terima kasih. | Soalan yang tepat ialah "Haiwan yang manakah lebih banyak?" | Tatabahasa | 13.12.2017 |
Salam sejahtera? Pohon pencerahan. 1. Manakah bola yang lebih besar? 2. Yang manakah bolah lebih besar? 3. Bola yang manakah lebih besar? Manakah soalan diatas lebih tepat? Terima kasih | Salam sejahtera, Tuan, Soalan yang tepat ialah (1) dan (3). Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 14.12.2017 |
Salam sejahtera. Pohon pencerahan. 1. Manakah yang lebih banyak? Ayam atau itik? 2. Yang manakah lebih banyak? Ayam atau itik? 3. Manakah yang paling banyak? Ayam atau itik? Soalan yang manakah lebih tepat? Terima kasih. | Salam sejahtera, Tuan, Soalan yang paling tepat ialah (1) dan (3). Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 14.12.2017 |
Adakah betul dan gramatis ayat- ayat berikut ? 1. Dia memagari perkarangan rumahnya. 2. Pohon -pohon buluh memagari kawasan rumahnya. 3. Dia memagarkan pohon- pohon buluh di kawasan rumahnya. | Berdasarkan soalan, Ayat 2 dan 3 betul. Berikut definisi dan contoh ayat agar lebih memahami penggunaan perkataan tersebut. 1. memagar bermaksud membuat pagar di; mendirikan pagar. Contoh ayat: Dia memagar kawasan rumahnya. 2. memagarkan bermaksud menjadikan sesuatu sebagai pagar; memasang sesuatu sebagai pagar. Contoh ayat: Pak Abu memagarkan buluh di keliling kebunnya. 3. memagari bermaksud menjadi (seperti) pagar pada; mengelilingi sesuatu seperti pagar. contoh ayat: Pokok-pokok puding memagari kawasan rumahnya. | Tatabahasa | 12.12.2012 |
1) Apakah yang salah dalam ayat "Pohon-pohon di taman itu tinggi-tinggi belaka"? Adakah dua kata berganda dibenarkan dalam satu ayat? 2) Adakah penggunaan terdapat dalam ayat berikut betul? "Kawasan rumah itu terdapat jalinan jalan raya yang sistematik." Terima kasih banyak-banyak! | 1. Untuk membentuk ayat yang gramatis, hanya satu kata ganda wujud dalam ayat tersebut. Penggunaan dua kata ganda menjadikannya lewah dan penggunaan kata yang lewah dalam pembinaan ayat perlu dielakkan. Ayat yang gramatis ialah Pohon-pohon di taman itu tinggi belaka atau Pohon di taman itu tinggi-tinggi. 2. Penggunaan perkataan 'terdapat' dalam ayat tersebut betul, tetapi perlu ada kata sendi nama pada frasa 'Di kawasan rumah'. | Tatabahasa | 27.02.2012 |
Tuan, Ayat berikut dirujuk. Mana satu lebih tepat? 1. Pohon dapatkan maklumat... 2. Mohon dapatkan maklumat... STK. | Perkataan pohon dan mohon mempunyai persamaan makna kerana perkataan pohon selain bermaksud pokok, juga mempunyai maksud meminta dgn halus (dengan hormat). Walau bagaimanapun, untuk ayat yang lebih gramatis, elok digunakan perkataan mohon. Contoh: Mohon dapatkan maklumat ... dan mohon kerjasama pihak tuan ... | Tatabahasa | 11.02.2011 |
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Batu ialah objek yang padu. 2. Beliau seorang pakar mata. 3. Kadar pembiakan lalat amat tinggi. 4. Penari itu sedang berlatih / melatih tarian baharu. 5. Pengali dalam 3x5 ialah 5. 6. Aktiviti sudah sampai ke penghujung. 7. Ibu menyidai baju pada / di penyidai. 8. Pohon / Pohon-pohon buah-buahan di dusun datuk berbuah lebat. 9. Adik panas radang sejak malam tadi. 10. Rakyat negara kita hidup secara aman dan damai. Terima kasih. | Ayat yang disenaraikan ini betul, iaitu: 1. Batu ialah objek yang padu. 2. Beliau seorang pakar mata. 3. Kadar pembiakan lalat amat tinggi. 4. Penari itu sedang berlatih tarian baharu. 5. Pengali dalam 3x5 ialah 3. 6. Aktiviti ... sudah sampai ke penghujung. 7. Ibu menyidai baju pada penyidai. 8. Pohon buah-buahan di dusun datuk berbuah lebat. 9. Adik panas badan sejak malam tadi. 10. Rakyat negara kita hidup secara aman dan damai. | Tatabahasa | 11.03.2013 |
1. Pepohon buluh? 2. Jejari tingkap itu sudah berpaku. (adakah ayat ini betul?) | Pepohon bermakna pohon-pohon. Ayat jejari tingkap itu sudah berpaku adalah betul. Jejari bermasud kisi-kisi pada jendela. | Lain-lain | 22.07.2014 |
Adakah 'pohon' merupakan perkataan penjodoh bilangan? 1) Sebatang pokok rambutan atau sepohon pokok rambutan? 2) Apakah perbezaan di antara sebatang pokok dan sepohon pokok? | Pohon penjodoh bilangan untuk dahan pokok kayu. Contohnya: sepohon (kayu) ara. Sebatang penjodoh bilangan untuk pokok. Contoh: Dia bersandar pada sebatang pokok. | Tatabahasa | 13.05.2011 |