Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata point


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Point of Interest" serta singkatannya? "Point of Interest" disingkatkan (abbrev) sebagai "POI". "Point of Interest" ialah jargon GPS yang terkenal. Menurut Wikipedia, "Point of Interest" ialah titik lokasi tertentu yang seseorang dapati berguna atau menarik. Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Point_of_interest Mohon penjelasan pihak DBP. Terima kasih.Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "point of interest"  ialah tempat menarik. Untuk makluman puan juga, tidak terdapat singkatan bahasa Melayu yang khusus untuk istilah tersebut.Istilah20.11.2013
Saya nak tanye IT term "mount point"? - A mount point is a directory in a file system where additional information is logically connected from a storage location outside the operating system’s root drive and partition.Istilah "mount point" dalam belum ada dalam bahasa kebangsaan. Walau bagaimanapun, sebagai permulaan kami cadangkan titik lekapan sebagai satu cadangan.Penyemakan dan penterjemahan22.05.2018
Maafkan kerana banyak bertanya. Saya ingin tahu istilah "national focal point" dalam Bahasa Melayu. Saya lihat begitu banyak laman web kerajaan yang menggunakan istilah focal point. Contohnya "ECC bertindak sebagai focal point kepada pejabat KPDNHEP Negeri dan Cawangan dalam aspek arahan, tindakan." Apakah isitilah yang lebih sesuai untuk menggantikannya? Saya juga melihat rata-ratanya memisahkan focal point dan pusat rujukan. Jadi, saya menyangka bhawa focal point dan pusat rujukan itu tidak sama.Cadangan terjemahan yang sesuai bagi national focal point ialah "tumpuan utama nasional"Makna19.05.2022
Frasa ini dalam BM - entry point

Entry point boleh bermaksud:

a) Titik permulaan atau titik masukan  (komputer, kejuruteraan dan ubat)

b) ketika cecah ((berenang) - Pendidikan Jasmani)

Istilah01.07.2011
Berikutan dengan soalan saya pada 27 Jun, berdasarkan carian saya, "grammar point" is not a grammatical term. It merely means "grammar issue. Ada yang berpendapat bahawa "It seems then, that a "grammar point" is simply an aspect of grammar which is illustrated by a certain sentence, and "the most likely grammar point" of a sentence is that grammatical aspect of English which the sentence seems to be illustrating." Kalau begitu, adakah betul jika "grammar point" diterjemah sebagai "titik tatabahasa"? Atau ia boleh diterjemah sebagai "Aspek tatabahasa"?Padanan bahasa Melayu untuk "grammar point" ialah aspek tatabahasa bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Makna28.06.2022
Tolong jelaskan secara ringkas tentang 1. Ayat gramatis 2. Ayat majmuk 3. Ayat Aktif 4. Ayat pasif 5. Ejaan yang betul, powerpoint, power point atau Power point. Terima kasih.1. Ayat gramatis ialah ayat yang dibina mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa.
2. Ayat majmuk ialah ayat besar yang terdiri daripada dua ayat kecil atau lebih.
3. Ayat Aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.
4. Ayat pasif  ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.
5. Ejaan yang betul ialah powerpoint atau tuan boleh juga menggunakan slaid persembahan.
Tatabahasa29.11.2013
Apakah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada istilah 'point form'? Contohnya dalam ayat " Jika kamu tiada masa untuk menulis jawapan di dalam perenggan, kamu boleh menulis jawapan (dalam bentuk) point form"Terjemahan yang dicadangkan untuk "point form" ialah isi penting.Istilah29.03.2016
Saya ingin bertanya mengenai terjemahan BM yang sesuai untuk frasa "rapid point-of-care test" (disiplin perubatan). Contoh ayat: rapid point-of-care test that can diagnose covid-19 infection while you wait during healthcare visit. Terima kasihUntuk frasa "rapid point-of-care test" pihak kami mencadangkan dalam bahasa Melayu sebagai "ujian titik penjagaan pantas".Makna08.09.2020
FREE 20 POINT INSPECTION (CAR SERVICE) best translation in Bahasa Melayu?Terjemahan yang dicadangkan ialah PEMERIKSAAN PERCUMA UNTUK 20 TEMPAT (SERVIS KERETA)Penyemakan dan penterjemahan03.06.2016
Saya ada dua pertanyaan: i)Boleh saya tahu mengapa set-top box diterjemahkan sebagai kotak atas set dan bukan kotak set atas? ii) Apakah terjemahan yang sebaiknya bagi "TV point" atau "cable TV point"? Terima kasihDalam data kami, terdapat dua padanan bagi istilah tersebut, iaitu
-top box kotak set-atas Teknologi Maklumat Tiada Kotak stesen televisyen berbayar yang diletakkan di atas televisyen pengguna seperti stesen televisyen berbayar yang berasaskan kabel, Internet atau satelit. Fungsi kotak ini adalah untuk mengekod dan menyahkod isyarat video yang dihantar oleh stesen penyedia televisyen berbayar. Contohnya, kotak set-atas yang dibekalkan oleh ASTRO kepada pelanggannya.

set-top box kotak atas set Teknologi Maklumat Tiada Komputer rangkaian di rumah yang menggunakan televisyen sebagai monitor untuk mencapai perkhidmatan Internet.

Kedua-dua istilah tersebut digunakan bagi konsep yang berbeza. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=set+atas dan   boleh menghubungi Ketua Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk maklumat lanjut.
Penyemakan dan penterjemahan05.08.2014
1234

Kembali ke atas