Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata points


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Adakah "titik stok" boleh digunakan bagi terjemahan "stock points"? Jika tidak, boleh berikan pendapat anda? Mohon pendapat dan bantuan DBP. Terima kasih.Tidak ada maklumat tentang titik stok atau stock points dalam pangkalan data kami. Lihat pelbagai terjemahan perkataan stocks dan points mengikut bidang penggunaannya dalam points">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=points dan http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=stocks. Kami berpandangan dalam bidang penterjemahan, penterjemah lebih memahami dan dapat menghasilkan terjemahan yang tepat berdasarkan konteks penggunaan perkataan tersebut. Apa yang dapat kami bantu adalah dengan menyemak penggunaan sesuatu kata dari aspek binaan kata terjemahan tersebut ke dalam bahasa Melayu.Penyemakan dan penterjemahan17.02.2015
Salam sejahtera. Bolehkah saya tahu, terjemahan yang sesuai bagi istilah "unique selling points atau USPs", yang digunakan dalam bidang perniagaan. Terima kasih.Tidak ada maklumat tentang unique selling points dalam pangkalan data kami. Sila jelaskan maksud points dalam konteks frasa tersebut untuk kami mencadangkan terjemahan yang sesuai.Penyemakan dan penterjemahan26.05.2015
Apa terjemahan dan singakatan untuk "all-points bulletin (APB)"? Terima kasih.Padanan bagi istilah 'all-points bulletin' ialah buletin semua hal. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. Istilah23.07.2022
Assalamualaikum. Soalan saya, apakah terjemahan yang tepat bagi 'bullet points'? Contoh ayat: Hasil daripada kajian rintis ini pengkaji hanya perlu menambah prompts dalam bentuk bullet points pada soalan 'bagaimanakah anda membesarkan anak autisme?'.Cadangan terjemahan yang sesuai bagi "bullet point" ialah simbol tanda peluru Makna13.07.2021
Bolehkan tuan memberikan terjemahan rasmi bagi perkataan-perkataan berikut? 1. Lock In Period 2. Cash Back 3. Reward Points 4. Air Miles 5. ComplimentaryMaklumat yang ada dalam sumber rujukan kami ialah: Cash Back - wang tunai dikembalikan, Reward Points - mata ganjaran, dan Complimentary - pujian atau hadiah ikhlas.Penyemakan dan penterjemahan06.09.2017
Apakah maksud pain point dalam ayat berikut? Business pain points affect a company's bottom line and must be solved in order for them to grow. Terima kasih.

Mengikut carian, tiada istilah yang khusus untuk perkataan “pain point”. Namun begitu, berdasarkan analisis maksud, “pain point” boleh dipadanankan sebagai masalah utama.

Istilah06.11.2018
Salam sejahtera Saya ingin mendapatkan padanan dalam Bahasa Melayu yang sesuai bagi perkataan-perkataan berikut: 1. Waste Watcher 2. Waste Watcher Business Support 3. Emitter of CO2 gas 4. Different points of preparation 5. Leftovers and trimmings 6. Waste insights and Waste Trends 7. False transactions 8. High sensitivity 9. Dummy weight to enact waste 10. Spoilage area 11. Choose applicable item/category Untuk pengetahuan puan, ini adalah dalam konteks pembuangan sisa makanan dan tentang mesin yang merekod dan mengira pembuangan sisa makanan. Terima kasih.Kami mencadangkan padanan seperti berikut:

1) "Waste Watcher": Pemerhati Sisa Buangan

2) "Waste Watcher Business Support": Penyokong Perniagaan Pemerhati Sisa Buangan

3) "Emitter of CO2 gas": Pemancar Gas Karbon Dioksida

4) "Different points of preparation": Pelbagai Jenis Penyediaan

5) "Leftovers and trimmings": Baki dan Reja

6) "Waste insights and Waste Trends": Tinjauan dan Kecenderungan Sisa Buangan

7) "False transactions": Urus Niaga Palsu/Transaksi Palsu

8) "High sensitivity": Kepekaan Tinggi

9) "Dummy weight to enact waste": Berat Palsu untuk Menghasilkan Sisa Buangan 

10) "Spoilage area": Kawasan Perosak

11) "Choose applicable item/category": Pilih Kategori/Barangan Boleh Guna


Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. 
Istilah16.07.2021
Apa terjemahan Melayu 'unmute'? Konteks biasa penggunaan dalam pertemuan maya di Zoom dan sebagainya. Contoh, 'You can unmute yourself and present your points'. Terima kasih saya dahulukan.Kami mencadangkan "unmute" diterjemahkan sebagai "nyahsenyap". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah24.06.2022
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan “type face” dan “type body”? Sebagai contoh seperti di bawah ini: peruntukan seperti yang berikut: “Size and colour of letters 13. (1) Where the size of letters to be used in labels is prescribed in these Regulations by reference to a minimum number of points, the reference shall be deemed to be a reference to height of the lower case letter of the type face or if the wording is all in capital letters, the height of the capital letters in type face irrespective of the height of type body. Saiz dan warna huruf 13. (1) Jika saiz huruf yang hendak digunakan pada label ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan ini dengan sebutan mengenai nombor poin minimum, maka sebutan itu hendaklah disifatkan sebagai sebutan mengenai ketinggian huruf kecil mengikut muka taip atau jika perkataan itu dalam huruf besar kesemuanya, ketinggian huruf besar itu mengikut muka taip walau apa pun ketinggian isi taipnya.”. Adakah padanan “jenis huruf” adalah lebih sesuai digunakan bagi “type face” dalam konteks ayat ini.Kami mencadangkan padanan terjemahan seperti berikut:

1. Type face: rupa taip, muka taip atau jenis huruf.

2. Type body: badan taip, isi taip atau jenis taip.

Semua padanan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. 
Istilah28.05.2021
Apakah padanan bagi "head-up display (HUD)" dalam bidang teknologi maklumat (IT) dan permainan video (VG)?
Ketika ini, hanya bidang kejuruteraan kapal terbang dan aeroangkasa mempunyai padanan untuk HUD iaitu 'papar pandu' tetapi dalam bidang IT dan VG, padanan tersebut mungkin berasa janggal kerana HUD tidak semestinya digunakan untuk dipaparkan ketika pandu.
Hal ini kerana HUD dalam bidang IT dan VG merujuk kepada kaedah di mana maklumat ditunjukkan secara visual kepada pemain permainan video sebagai sebahagian daripada antaramuka pengguna permainan.
Selalunya HUD dalam permainan video digunakan untuk menunjukkan pilihan item atau senjata, nyawa, masa permainan, keupayaan pemain, menu, penjalanan permainan (seperti mata pengalaman / experience points), kekuatan senjata sedang digunakan, jumlah peluru yang ada, mesej tutorial, sarikata, jarak sesuatu kawasan dituju dan lain-lain.
Padanan yang sesuai bagi head-up display dalam biadang aeroangkasa dan kejuruteraan kapal terbang ialah papar pandu. Mengikut keterangan yang tuan/puan memberikan, dalam data kami istilah yang dimaksudkan tuan/puan ialah HMD (head mounted display) yang bermaksud HMD (paparan lekap kepala) dalam bidang teknologi maklumat  yang memberikan huraian sistem paparan yang dipakai di kepala seperti gogel yang memberi ilusi monitor yang terapung. HMD digunakan dalam aplikasi realiti maya.Makna25.05.2017

Kembali ke atas