| Saya ingin bertanya penterjemahan bagi perkataan "community policing". Hasil pembacaan saya ada yang menggunakan istilah "kepolisan masyarakat", ada yang menggunakan istilah"kepolisan komuniti" dan ada juga yang menggunakan istilah "kepolisian masyarakat". Bagi pihak DBP apakah penggunaan atau istilah rasmi untuk perkataan "community policing" dalam bahasa Melayu. Harap pihak tuan dapat membantu kemusykilan saya. Terima kasih. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah khusus untuk community policing dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah bahasa Melayu untuk policing, iaitu pengawasan. Oleh itu, padanan istilah yang kami cadangkan ialah pengawasan komuniti atau pengawasan masyarakat. | Istilah | 19.09.2011 |
| Apakah terjemahan sesuai untuk "legitimacy of policing"? | Terjemahan dalam bahasa Melayu untuk legitimacy of policing ialah keabsahan pengawasan, keabsahan keselamatan atau keabsahan penjagaan. Tuan boleh menggunakan salah satu daripada terjemahan yang tersebut mengikut konteks yang tuan maksudkan. | Istilah | 14.10.2021 |