Assalamualaikum, Adakah perkataan "policy" telah diserap ke dalam bahasa Melayu dan ejaannya adalah "polisi"? Terima kasih. | Perkataan policy diterjemahkan kepada polisi dalam bidang undang-undang dan ekonomi sahaja seperti pemegang polisi insurans {policy holder (insurance)}. Dalam bidang lain dan teks umum policy diterjemahkan kepada dasar seperti dasar penyelidikan (research policy). | Istilah | 04.10.2012 |
Salam Sejahtera, Saya ingin mendapatkan penggunaan Bahasa Malaysia yang tepat bagi perkataan berikut: 1. No Gift Policy 2. No Festive Gift Policy Terima kasih. | Untuk makluman, setiap terjemahan bergantung kepada konsep. Akan tetapi, jika diterjemah secara terus frasa yang diberi, pihak kami mencadangkan: 1. No Gift Policy = Polisi Tanpa Cenderamata 2. No Festive Gift Policy = Polisi Tanpa Cenderamata Semasa Perayaan | Penyemakan dan penterjemahan | 20.03.2017 |
Whistle Blower Policy | Dasar Pemberi Maklumat | Istilah | 17.08.2011 |
Salam sejahtera, Bolehkah "Archer policy" diterjemahkan sebagai "Dasar Archer"? Jika tidak, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Contoh ayat: RSA Archer® Policy Program Management provides the framework to help organizations establish a scalable and flexible environment to manage corporate and regulatory policies and ensure alignment with compliance obligations. This includes documentation of policies and standards, assigning ownership and mapping policies to key business areas and objectives. Sumber: https://community.rsa.com/docs/DOC-32957 Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih. | Menurut carian kami, ARCHER merupakan kata nama khas yang mempunyai tanda R. Ejaan nama tersebut dikekalkan. Penggunaan Dasar Archer boleh digunakan bagi padanan Archer Policy. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.01.2018 |
Apakah perkataan bahasa melayu yang sesuai untuk "high level policy paper" yang kebiasaannya dibentangkan di persidangan antarabangsa? Terima kasih. | Frasa bahasa Melayu yang sesuai untuk frasa "high level policy paper" ialah kertas polisi aras tinggi. Walau bagaimanapun, penggunaan bergantung kepada konteks penggunaan ayat. | Makna | 17.02.2020 |
mohon dapatkan istilah: -Continuous Professional Development -Job rotation -exit policy | job rotation - pusingan kerja continuous professional development - Untuk makluman tidak ada istilah khusus. Walau bagaimanapun, istilah professional development ada dalam pangkalan data kami, iaitu perkembangan profesional. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah perkembangan profesional berterusan. exit policy - tidak ada istilah khusus dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, kami ada istilah seperti exit criterion (kriteria keluar), exit interview (temu duga keluar). Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah polisi keluar. | Istilah | 01.07.2011 |
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang terjemahan yang sesuai bagi "Fraud Policy", adakah "Dasar Fraud" boleh digunakan? Jika tidak, sila berikan cadangan anda. Mohon bantuan pihak DBP. Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu untuk perkataan fraud ialah fraud dan penipuan. Lazimnya penggunaan fraud digunakan dalam bidang undang-undang. Oleh itu, padanan Dasar Fraud untuk Fraud Policy boleh diterima dalam bidang undang-undang. | Istilah | 29.12.2017 |
Saya mohon bantuan bagi menterjemahkan ayat pOLICY ini KE dalam Bahasa Malaysia. Terima Kasih " SARAWAK ENERGY BERHAD IS COMMITTED TO GENERATE AND SUPPLY ENERGY IN A RELIABLE AND EFFECIENT MANNER. IN CARRYING OUT OUR BUSINESS ACTIVITIES AND OPERATIONS AND IN ENSURING CUSTOMERS' SATISFACTION, WE PROMOTE ENVIRONMENTAL PROTECTION AND WORK SAFETY FOR EMPLOYEES AND THE PUBLIC. IN THIS RESPECT, WE ARE COMMITTED TO: COMPLIANCE WITH ENVIRONMENTAL, SAFETY AND HEALTH LEGISLATIONS AND OTHER REQUIREMENTS AS IMPOSED UNDER THE RELAVENT LAWS; PREVENTION OF INJURY AND ILL-HEALTH, POLLUTION OR OTHER ADVERSE IMPACT OF OUR ACTIVITIES THROUGH MANAGEMENT PROGRAMMES, OBJECTIVES AND TARGETS; PROVISION OF INFORMATION, INSTRUCTION, TRAINING, SUPERVISION AND RESOURCES FOR THE IMPROVEMENT OF ENVIRONMENT, SAFETY AND HEALTH PERFORMANCE; AND CONTINUAL IMPROVEMENT OF OUR ENVIRONMENTAL, SAFETY AND HEALTH MANAGEMENT SYSTEM THROUGH EFFECTIVE MANAGEMENT REVIEWS AND ENHANCEMENT. | Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan khidmat terjemahan. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak teks yang diterjemahkan (terhad kepada 100 perkataan). Oleh itu, tuan perlu menterjemah terlebih dahulu dan kami akan menyemak penggunaan bahasa Melayu dalam teks tersebut. | Lain-lain | 03.08.2012 |
Salam tuan/puan, Saya ingin bertanya tentang penterjemahan suatu istilah yang saya lihat seperti disalahterjemah di dalam akhbar. Ini adalah contoh ayat dari sebuah akhbar tempatan: “KPM (Kementerian Pendidikan) akan pastikan hal ini tidak berulang lagi selari dengan pelaksanaan zero reject policy (dasar penolakan sifar) yang diumumkan baru-baru ini.” Apakah istilah Bahasa Melayu bagi "zero reject policy"? Saya lihat akhbar-akhbar tempatan menterjemahnya sebagai dasar penolakan sifar, yang pada pendapat saya agak mengelirukan dan tidak bersesuaian dengan konteks kerana membawa maksud yang agak berbeza dengan apa yang dimaksudkan dalam situasi ini (situasi berkenaan seorang pelajar yang hampir tidak dibenarkan menduduki peperiksaan kerana tidak mempunyai kad pengenalan). Tetapi mungkin pihak tuan/puan mempunya pendapat berbeza. Harap boleh bantu. Terima kasih. | "Zero reject policy" boleh diterjemahkan sebagai dasar penolakan sifar. | Istilah | 21.11.2018 |
Salam sejahtera, mohon berikan cadangan terjemahan bagi "Privacy Policy" (polisi yang biasanya dinyatakan jika kita mengisi borang, untuk melindungi butir peribadi kita) dan sejenis warna, "medium green". Terima kasih | 1. Ruangan tersebut bukanlah suatu dasar, sebaliknya disebut "Maklumat Peribadi" yang perlu dilengkapkan apabila kita mengisi borang. 2. Medium bermaksud sederhana dan jika medium green diterjemahkan itulah warna hijau yang sebenarnya. Maka cukup sekadar kita menandakannya sebagai warna hijau kerana jika berlebihan hijaunya baharu disebut hijau pekat dan jika sebaliknya disebut hijau cair. | Istilah | 17.07.2012 |