adakah perkataan mata-mata mempunyai maksud yang sama dengan penyiasat? | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat mata-mata bermaksud polis, Polis bermaksud pasukan yang menjaga keamanan negara dan penguatkuasaan undang-undang. Penyiasat pula bermaksud orang yang menyiasat atau menyelidik. Walau bagaimanapun mata-mata atau polis menjadi penyiasat apabila melaksanakan kerja-kerja penyiasatan sesuatu kes. | Makna | 08.03.2008 |
Perkataan BM yang sesuai untuk Police Patrolman: i. Pegawai Peronda Polis; ii. Anggota Polis Peronda; atau iii. Anggota Peronda Polis? Sekian, terima kasih. paulchai@audit.gov.my | Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, padanan bahasa Melayu bagi istilah patrolman ialah polis peronda. Pada pandangan kami, istilah yang sesuai ialah anggota polis peronda, namun, penggunaan polis peronda sudah mantap tanpa penambahan perkataan anggota atau pegawai. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.07.2014 |
Adakah ayat berikt betul? 1) Bapa Mei Ling polis. 2) Bapa Mei Ling ialah polis. 3) Bapa Mei Ling ialah seorang polis. 4) Bapa Mei Ling adalah seorang polis. | 1) Bapa Mei Ling polis. - Betul 2) Bapa Mei Ling ialah polis. - Betul 3) Bapa Mei Ling ialah seorang polis. - Betul 4) Bapa Mei Ling adalah seorang polis. - Salah. Sepatutnya 'ialah'.
| Tatabahasa | 13.11.2009 |
Tepatkah penggunaan nama "Repot Polis" pada laporan polis yang biasa digunakan oleh Polis Diraja Malaysia? | penggunaan yang tepat ialah laporan polis. | Tatabahasa | 20.04.2008 |
Manakah yang betul? 'polis inspektor' atau 'inspektor polis' terima kasih. | Yang betul ialah inspektor polis. | Tatabahasa | 19.01.2009 |
Salam sejahtera, dari pihak polis atau daripada pihak polis? Sekian, terima kasih. | Penggunaan yang betul ialah daripada pihak polis. | Tatabahasa | 18.03.2020 |
1)Pasukan polis berkawad. Pasukan bomba berkawad.(dan) A)Pasukan polis dan pasukan bomba berkawad. B)Pasukan polis dan bomba berkawad. Jawapan yang mana satu betul? | Ayat yang betul ialah "Pasukan polis dan bomba berkawad." | Ejaan | 04.07.2013 |
1. Polis akan menangkap kamu (kalau) Kamu melakukan kejahitan a) Polis akan menangkap kamu kalau melakukan kejahitan b) Polis akan menangkap kamu kalau kamu melakukan kejahitan. Jawapan a) atau b) yang betul | Jawapan yang betul ialah b) Polis akan menangkap kamu kalau kamu melakukan kejahatan | Tatabahasa | 27.04.2012 |
Sila tanya. Ayat yang manakah betul? Ayah seorang polis. atau Ayah ialah seorang polis. atau Ayah adalah seorang polis. Terima kasih. | Tuan, Memadai sekiranya ditulis "Ayah seorang polis" sahaja. Terima kasih. | Tatabahasa | 15.02.2016 |
Polis masyarakat bagaikan /bagai ...... | ....bagaikan..... | Tatabahasa | 30.05.2011 |