1. Polis akan menangkap kamu (kalau) Kamu melakukan kejahitan a) Polis akan menangkap kamu kalau melakukan kejahitan b) Polis akan menangkap kamu kalau kamu melakukan kejahitan. Jawapan a) atau b) yang betul | Jawapan yang betul ialah b) Polis akan menangkap kamu kalau kamu melakukan kejahatan | Tatabahasa | 27.04.2012 |
Adakah ayat berikt betul? 1) Bapa Mei Ling polis. 2) Bapa Mei Ling ialah polis. 3) Bapa Mei Ling ialah seorang polis. 4) Bapa Mei Ling adalah seorang polis. | 1) Bapa Mei Ling polis. - Betul 2) Bapa Mei Ling ialah polis. - Betul 3) Bapa Mei Ling ialah seorang polis. - Betul 4) Bapa Mei Ling adalah seorang polis. - Salah. Sepatutnya 'ialah'.
| Tatabahasa | 13.11.2009 |
1)Pasukan polis berkawad. Pasukan bomba berkawad.(dan) A)Pasukan polis dan pasukan bomba berkawad. B)Pasukan polis dan bomba berkawad. Jawapan yang mana satu betul? | Ayat yang betul ialah "Pasukan polis dan bomba berkawad." | Ejaan | 04.07.2013 |
Aspek makna akhiran -kan & -i Adakah ayat-ayat berikut gramatis? 1. Polis menemui kereta yang ditinggalkan penjenayah. 2. Polis menemukan kereta yang ditinggalkan penjenayah. Atas khidmat nasihat yang diberikan, didahului ucapan sesamudera terima kasih. | Dalam Kamus Dewan, menemui sama makna dengan menemukan iaitu berjumpa dengan apa yang dicari. Oleh itu, ayat 1 dan ayat 2 adalah betul. | Tatabahasa | 02.03.2009 |
Tuan, Adakah ayat-ayat dibawah betul? 1) Tugas polis trafik ialah mengawal lalu lintas. 2) Tugas polis trafik adalah untuk mengawal lalu lintas. 3) Pak Abu menjual barangannya dengan menjaja makanan. 4) Pak Abu menjual barangannya dengan harga yang murah. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: 2)Tugas polis trafik adalah untuk mengawal lalu lintas. 4) Pak Abu menjual barangannya dengan harga yang murah. | Tatabahasa | 20.03.2012 |
1)Polis telah (menemui/menemukan) kereta yang dicuri oleh perompak itu. 2)Perlawanan bola baling yang telah berlangsung sejak satu jam tadi terpaksa ditangguhkan sebab hari hujan. Tolong beritahu saya soalan tersebut mana salah.Terima kasih. | 1. Kedua-duanya betul kerana menemui juga bermaksud menemukan, iaitu berjumpa dengan apa yang dicari. 2. Ayat yang betul ialah Perlawanan bola baling yang telah berlangsung sejak satu jam tadi terpaksa ditangguhkan oleh sebab hari hujan. | Tatabahasa | 12.02.2012 |
Salam sejahtera tuan. Adakah ayat yang berikut gramatis: 1. Pasukan polis dan pasukan bomba telah tiba di tempat kejadian. Sekian terimakasih. | Ayat yang gramatis ialah Pasukan polis dan bomba telah tiba di tempat kejadian. | Tatabahasa | 03.08.2011 |
Apakah pekerjaan Encik Roslan? (1):Pekerjaan Encik Roslan ialah sebagai anggota polis trafik (2):Pekerjaan Encik Roslan sebagai seorang anggota polis trafik Manakah jawapan betul? kenapa? bukankah 'Encik Roslan bekerja sebagai anggota polis trafik' lebih sesuai? | Ayat yang lebih gramatis ialah Encik Roslan bekerja sebagai anggota polis trafik. | Tatabahasa | 06.08.2013 |
Kepada Tuan / Puan, Sila beri nasihat ayat ini betul atau salah. 1) Bapa Mei Ling polis. Terima Kasih. Yang Benar, Catherine Shee | Ayat itu betul, iaitu Bapa Mei Ling polis. | Tatabahasa | 11.11.2009 |
Saya ada beberapa soalan 1) Kawalan yang tegas dari mahkamah/ atau daripada mahkamah 2) dari parti memerintah/daripada parti memerintah 3) hak untuk berhimpun adalah lanjutan daripada hak untuk bercakap/ dari hak untuk bercakap 4)akibat dari tindakan polis/daripada tindakan polis 5) prokerajaan/pro-kerajaan 6)disalahguna/disalah guna kerjasama baik pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih | Ayat/frasa/ejaan yang betul ialah: 1) Kawalan yang tegas daripada mahkamah, 2) daripada parti memerintah, 3) hak untuk berhimpun adalah lanjutan daripada hak untuk bercakap, 4) akibat daripada tindakan polis, 5) prokerajaan, 6) disalah guna | Tatabahasa | 06.02.2011 |