Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : dokumen yg mengandungi kontrak insurans; ~ insurans dokumen perjanjian yg mengandungi syarat-syarat perlindungan insurans. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata polisi II


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya telah meneliti makna dasar dan makna polisi seperti berikut; Dasar: (ii) pendirian yg menjadi asas segala tindakan (sikap, keputusan, dll), polisi. Manakala Polisi: (i) rancangan tindakan yg telah dipersetujui secara rasmi sbg asas untuk membuat atau melaksanakan sesuatu keputusan, dasar. Saya dapati makna kedua-duanya adalah hampir sama dan dalam makna dasar, ada dinyatakan perkataan polisi. Begitu juga dengan dalam makna polisi, ada dinyatakan perkataan dasar. Persoalan saya, bolehkah saya katakan dasar dan polisi ini adalah perkara yang sama? Tambahan pula, dasar dalam bahasa inggeris adalah "Policy". Terima kasih.Kami bersetuju dengan pandangan tuan, yang menyatakan bahawa perkataan dasar dan polisi ini mempunyai makna yang hampir sama. Terima kasih.Lain-lain28.07.2020
Perbezaan Garis Panduan / Dasar / Polisi dan susunan keutamaan.

1.  Makna garis panduan: (i) panduan atau petunjuk-petunjuk yg perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dsb.) yg boleh dijadikan panduan atau pegangan.

2.  Makna dasar: (i) pertimbangan (cara, sistem, dll) yg pokok bkn sesuatu, asas, prinsip, teras; (ii) pendirian yg menjadi asas segala tindakan (sikap, keputusan, dll), polisi; (iii) yg menjadi bahagian (faktor) terpenting, asas, pokok.

3.  Makna polisi (i) rancangan tindakan yg telah dipersetujui secara rasmi sbg asas untuk membuat atau melaksanakan sesuatu keputusan, dasar; (ii) dokumen yg mengandungi kontrak insurans.

 

Daripada makna yang telah dihuraikan, maka sewajarnya susunan keutamaan ialah (i) DASAR; (ii) POLISI; dan (iii) GARIS PANDUAN.

Makna30.12.2016
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bertanya apakah istilah bahasa Melayu yang betul untuk "zero entry cost" dan "“zero moving cost” (rujukan: dokumen polisi Prohibited Business Conduct Bank Negara Malaysia)? Terima kasih.

Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan bahasa Melayu bagi perkataan zero entry cost dan zero moving cost. Oleh itu, sekiranya bersesuaian dengan konsep atau bidang yang dimaksudkan, kami mencadangkan terjemahan seperti yang berikut:

        i.        Zero entry cost: kos kemasukan sifar

       ii.        Zero moving cost: kos pemindahan sifar

Penyemakan dan penterjemahan23.07.2019
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan khidmat nasihat pihak tuan/puan tentang beberapa padanan terjemahan berikut: (1) The National Law Popularization Office (popularization di sini merujuk kepada usaha untuk memperluaskan pengetahuan undang-undang dalam kalangan masyarakat umum); (2) "issued" by.... (issued di sini merujuk kepada 'issue' sesuatu dasar atau polisi atau pelan....maksud dalam teks sumbernya ialah "dicetak dan diedarkan" ) bolehkah diterjemahkan sebagai "dikeluarkan oleh...." atau "diedarkan oleh...."? ; (3) National Food and Drug Safety Plan (Drug di sini merujuk kepada 'ubat-ubatan') Bolehkah diterjemahkan sebagai "Perancangan Keselamatan Makanan dan Drug Negara"? Sekian, terima kasih.Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

i) The National Law Popularization Office – Pejabat Popularisasi Undang-undang Kebangsaan
ii) issued - diterbitkan
iii) National Food and Drug Safety Plan - Pelan Keselamatan Makanan dan Ubatan Kebangsaan

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain08.06.2021

Kembali ke atas