Contoh Ayat: Bersama-sama ini dikepilkan borang permohanan pertukaran pegawai dari politeknik ini untuk tindakan tuan selanjutnya. Soalan: adakah perkataan politeknik dalam ayat diatas ditulis dengan betul atau 'p'nya perlu ditulis dengan huruf besar. Terima kasih | Dalam contoh ayat yang saudara sertakan, perkataan Politeknik perlu ditulis dengan huruf besar kerana merujuk nama khas politeknik tersebut. Sekiranya saudara menyebut secara umum, perlu ditulis dengan huruf kecil. Contoh. Saya bercadang untuk menyambung pelajaran di politeknik. Dalam hal ini, politeknik ditulis dengan huruf kecil kerana disebut secara umum sahaja, tidak ditujukan kepada mana-mana politeknik. | Ejaan | 11.05.2009 |
asalam...saya ingin bertanya adakah boleh sekiranya kita mengeja POLiTEKNik dimana huruf besar dan huruf kecil digabungkan ..jika dilihat huruf i adalah kecil...saya bertanya perkara ini kerana saya dapati politeknik telah menggunakan ejaan sebegini pada "letter head" setiap surat rasmi...wasalam | Bentuk ejaan yang betul ialah POLITEKNIK (keseluruhan perkataan ditulis dengan huruf besar) atau Politeknik seperti ejaan Politeknik Ungku Omar. | Ejaan | 04.05.2012 |
Pihak Politeknik ibrahim Sultan ingin menerbitkan sebuah buku selewat lewatnya April 2013. Kami ingin bantuan khidmat pihak tuan untuk memberikan satu bengkel penulisan buku kepada pensyarah-pensyarah yang terlibat. Mohon berikan khidmat nasihat dari pihak tuan. Sekian terima kasih | Sila kemukakan surat permohonan rasmi kepada: Ketua, Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 KUALA LUMPUR.
| Lain-lain | 25.10.2012 |
mohon pihak DBP untuk membuat semakan untuk kandungan teks bunting yang akan digunakan oleh pihak politeknik sempena promosi pertandingan FIRA 2013. bersama ini dilampirkan visual bunting tersebut. terima kasih | Perkataan bahasa Melayu dalam gegantung yang dilampirkan adalah betul. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan sijil pengesahan iklan, layari www.prpm.dbp.gov.my, klik "e-Perkhidmatan" dan klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 02.08.2013 |