Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.li.tik] | ڤوليتيک

Definisi : 1. = ilmu ~ ilmu (pengetahuan) bkn cara pemerintahan (dasar-dasar pemerintahan dll), ilmu siasah, ilmu kenegaraan: pentingnya pengetahuan ~ kpd setiap rakyat negara yg mengamalkan pemerintahan demokrasi sudah tidak dapat disangkal lagi; 2. segala sesuatu bkn pemerintahan sesebuah negara atau hubungannya dgn negara lain: dasar luar negeri kita adalah bebas tetapi menentang penjajahan dlm ~ antarabangsa; diayah ~ penyebaran pengetahuan (ajaran) politik; parti ~ pertubuhan yg bergiat dlm bidang politik; tokoh ~ ahli politik yg terkemuka (terkenal); 3. kelicikan, muslihat, tipu muslihat; ~ parti kegiatan politik yg dijalankan utk, melalui atau oleh parti: beliau telah diberi peluang berkecimpung dlm kegiatan ~ parti walaupun pengalamannya masih cetek; ~ wang kegiatan menyogokkan atau memberi­kan wang oleh ahli politik kpd kumpulan orang atau individu tertentu utk mendapatkan sokongan, terutamanya utk pemilihan sesua­tu jawatan penting dlm parti dsb; berpolitik mengambil bahagian dlm politik, menjalankan (mengamalkan) politik: keadilan ~ adalah subjektif; mempolitikkan memasukkan ke dlm urusan politik, menjadikan sbg urusan politik, menjadikan (sesuatu) kelihatan ada kaitannya dgn politik: Menteri Pendidikan telah menjelaskan bahawa banyak pihak telah ~ isu-isu tersebut tanpa memahami perkara yg sebenar yg akan dijalankan oleh kerajaan; kepolitikan perihal politik; pempolitikan perbuatan mempolitikkan sesuatu perkara (isu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[po.li.tik] | ڤوليتيک

Definisi : 1, = ilmu ~ ilmu ttg cara pemerintahan; ilmu kenegaraan; ilmu siasah: Sewaktu masih bersekolah lagi, dia gemar sekali membaca buku-buku ~. 2 segala yg berhubung dgn pemerintahan sesebuah negara serta perhubungannya dgn negara lain: parti ~. 3 kegiatan yg bertujuan utk menaikkan status seseorang atau utk menambah kuasa seseorang dlm sesuatu organisasi dsb berbanding dgn yg berdasarkan prinsip yg benar. ~ wang kegiatan menyogokkan wang oleh ahli politik kpd kumpulan orang tertentu utk mendapatkan sokongan, terutamanya dlm pilihan raya, utk pemilihan sesuatu jawatan penting dlm parti dsb. berpolitik mengambil bahagian dlm urusan politik; menjalankan politik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
politik (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan siasah, kenegaraan, kerajaan, pemerintahan, pentadbiran negara.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah yang dimaksudkan dengan politik perterjemahan? kerana makna politik itu berlainan dalam fahaman saya, jadi apabila digabungkan dua perkataan ini, saya jadi kurang jelas dengan maknanya.Politik penterjemahan merujuk peranan bahasa (bahasa utama yang digunakan oleh sesuatu komuniti) apabila membuat pentafsiran isu, teori atau istilah politik. Oleh sebab itu, dapat dilihat beberapa istilah politik berdasarkan bahasa sesuatu etnik yang kemudian diterima umum, seperti coup d'etat (bahasa Perancis yang bermaksud rampasan kuasa).Makna29.06.2014
Dalam laman web PRPM, terjemahan kepada Real Politics adalah hakikat politik. adakah ia tepat, atau seharusnya menggunakan istilah "Politik Sebenar"? atau Real politik?Padanan bahasa Melayu bagi istilah realpolitik ialah realpolitik. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.
Istilah20.04.2024
definisi laras bahasa politik & kujuruteraanDalam Kamus Dewan laras ialah variasi bahasa berdasarkan penggunaannya atau disebut juga ragam bahasa. Oleh itu, laras bahasa politik ialah ragam bahasa politik dan laras bahasa kejuruteraan ialah ragam bahasa kejuruteraan.Makna19.07.2008
DEFINISI LARAS BAHASA KEJURUTERAAN & POLITIKDalam Kamus Dewan laras ialah variasi bahasa berdasarkan penggunaannya atau disebut juga ragam bahasa. Oleh itu, laras bahasa politik ialah ragam bahasa politik dan laras bahasa kejuruteraan ialah ragam bahasa kejuruteraan.Lain-lain19.07.2008
APAKAH DEFINISI JENIS LARAS BAHASA POLITIK DAN JENIS LARAS BAHASA KEJURUTERAANDalam Kamus Dewan laras ialah variasi bahasa berdasarkan penggunaannya atau disebut juga ragam bahasa. Oleh itu, laras bahasa politik ialah ragam bahasa politik dan laras bahasa kejuruteraan ialah ragam bahasa kejuruteraan.Makna19.07.2008
apa makna politik

Untuk membantu saudara menyelesaikan persoalan tersebut, saudara  boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) http://prpm.dbp.gov.my untuk mencari maklumat. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Saudara hendaklah memasukkan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain25.10.2010
Sila jelaskan ayat yang mana betul? 1. Makalah/buku ini adalah mengenai dengan riwayat hidup seorang tokoh politik yang terkenal. 2. Makalah/buku ini adalah mengenai seorang tokoh politik yang terkenal.

Ayat yang betul ialahMakalah/buku ini mengenai seorang tokoh politik yang terkenal.”

Tatabahasa24.01.2022
Adakah perkataan "poli" dalam "politik" ialah imbuhan pinjaman?Ya, pada asalnya perkataan politik berasal daripada bahasa Yunani tetapi tidak pada awalan "poli" ini yang produktif dalam pembentukan kata untuk peristilahan, manakala untuk kata umum imbuhan "poli" membawa maksud "banyak"  digunakan bagi menerangkan maksud jamak. Istilah28.10.2018
Sejak tahun 2008 saya mula melihat berlaku satu tradisi baru dalam menggunakan gelaran 'Tuan' pada nama seseorang terutama sekali dikalangan ahli politik yang mendapat jawatan menerusi lantikan politik. contoh : Tuan Lim Gong Gon, Ahli Majlis Perbandaran Kota Lama. YB. Tuan Ali bin Kalim, Exco kerajaan negeri YB. Tuan Lim Guang In, Menteri Persekutuan Adakah penggunaan 'Tuan' dibolehkan? Atau sepatutnya digunakan 'Encik' Contoh : YAB Encik Ghaffar Baba, Timbalan Perdana Menteri MalaysiaBerdasarkan Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014, Panggilan Hormat dan Kaedah Penggunaannya, gelaran bagi Ahli Parlimen ialah YB, seperti YB Ali bin Kalim dan bagi yang bukan Ahli Parlimen gelarannya ialah Encik, seperti Encik Lim Gong Gon. Tiada pekeliling tentang pemakaian gelaran/sapaan tuan bagi penjawat jawatan melalui lantikan politik.Lain-lain11.03.2022
Selamat pagi. Saya ingin bertanya kepada DBP bahawa adakah 'Bersekutu Bertambah Mutu' dalam ayat 'Semangat kebangsaan tersebut terbukti apabila mereka sanggup bergabung parti dalam suatu wadah politik nasional untuk kepentingan perpaduan bangsa sesuai dengan slogan Bersatu Teguh, Bercerai Roboh dan Bersekutu Bertambah Mutu.' ialah peribahasa dan apakah maksudnya dan juga maksud bagi frasa 'dalam suatu wadah politik'. Terima Kasih. (ayat tersebut dipetik daripada buku yang berjudul Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia daripada A. Aziz Derman dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2001. ) Terima Kasih.Dari aspek bahasa, frasa "Bersekutu Bertambah Mutu" betul dan slogan tersebut telah mantap penggunaannya bagi sebuah organisasi. Tidak ada maksud "dalam satu wadah politik" dalam data kami, apa yang dapat kami bantu adalah dengan memberi maksud kata demi kata, dan kata yang agak sukar difahami ialah wadah yang bermaksud medan. Maka frasa tersebut bolehlah diungkapkan sebagai "dalam satu medan politik". Untuk mendapatkan tafsiran yang lain tentang maksud frasa-frasa berkenaan seperti dari aspek sains politik, tuan boleh merujuk buku atau makalah yang berkaitan dengan aspek berkenaan.Tatabahasa04.12.2014
12345678910...

Kembali ke atas