Kenapa susah sangat nak angkat call???!!! Ada orang kerja ke x?! Saya dah call Customer Service 03-2147 9000 tak dapat, Call pengawai pon sama 03-2147 9692 03-2147 9691 03-2147 9108 call bahagian technical pon sama 03-2147 9389 (Saufi) 03-2147 9377 (Pn Rajavi) Call saya semula! 019-3366 819 | Pihak kami memohon maaf kerana pada tarikh tersebut Bahagian kami sedang mengadakan Mesyuarat Bahagian. Tiada pegawai di tempat ketika itu. Itu sebabnya panggilan puan tidak berjawab. Pihak kami akan cuba menghubungi puan semula. Terima kasih. | Lain-lain | 30.08.2016 |
saya ingin bertanya satu soalan ....buat masa ini,masih ada jawatan kosong atau pon tidak di DBP? | Terima kasih di atas minat yang sdr tunjukkan terhadap DBP. Dimaklumkan DBP akan mengiklankan beberapa jawatan kosong dalam masa terdekat ini. Iklan tersebut akan disiarkan melalui laman web DBP dan juga melalui akhbar atempatan. Sila layari laman kami dari masa ke masa dan melihat akhbar tempatan berbahasa Melayu khususnya pada hujung minggu. Iklan akan dibuka selama 21 hari dari tarikh iklan disiarkan. | Lain-lain | 26.04.2008 |
Assalamualaikum.. saya kurang pasti dengan perkataan "Takziah" adakah perkataan tersebut hanya boleh diucap kpda keluarga yang kehilangan anggota seperti meninggal dunia?atau pon sebab2 lain selain meninggal dunia? Terima Kasih. | takziah, bermakna penyataan turut bersedih (berdukacita), belasungkawa. Perkataan ini bukan sahaja digunakan untuk kematian, tetapi juga menyatakan kesedihan dan dukacita. Terima kasih. | Makna | 16.01.2007 |
Nur Shafadila Gulam : Isu ejaan betul dan salah. Dbp ni makin mengada2.. Bersempang bagai pula.. Bahasa melayu senang jd susah.. Sedangkan surat menyurat atau penggunaan BM dlm kerajaan pon dh jd tunggang langgang jd nya... Tak mo la asyik buat pindaan.. Ihh mcm2 Dbp ni.. | Semua bahasa di dunia ini mempunyai peraturan dan hukum tatabahasa yang membentuk kata dan mengawal sistem nahunya. Apa yang lebih penting jati diri kita sebagai rakyat Malaysia, rasa cinta akan bahasa kebangsaan kita dan sekali gus berusaha untuk mempelajari dan mematuhi peraturan bahasa yang ada, khususnya dalam konteks rasmi. | Lain-lain | 27.02.2015 |
Ahmad Solehin Oct 7th, 9:07pm Salam admin kat mana saya boleh dapatkan buku2 hikayat melayu klasik Ahmad Solehin Oct 7th, 9:07pm Even saya search dlm dbp punya page pon x jumpa Ahmad Solehin Oct 7th, 9:08pm Hanya yg ada hikayat hang tuah Ahmad Solehin Oct 7th, 9:08pm Adakah hikayat2 yg lain dah "pupus" di pasaran | Buku terbitan DBP boleh dibeli di Kedai Buku DBP atau mana-mana kedai buku di seluruh Negara. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. selain itu, semua majalah dan buku-buku terbitan DBP boleh dibeli secara dalam talian pada laman yang berikut : • bukudbp.com • lazada.com.my • 11street.com • Facebook : dbpniaga • alamdbp.myshopify.com , dan buku-buku terbitan DBP boleh diperoleh di Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Menjelang setahun DBP mengambil alih fungsi pemasaran yang diswastakan, terbitan terpilih DBP sudah berada di MPH, Pasar Raya Besar Mydin, Kedai Buku 1Malaysia, myNews.com, BORDERS, Times, Popular, Kinokuniya dan Tesco. DBP juga telah dan akan melantik wakil-wakil penjual di seluruh negara. Di samping itu, DBP juga mempunyai Kedai Buku Bergerak yang dikenali sebagai Ujana Buku DBP selain tiga buah Kedai Buku DBP. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman http://niaga.dbp.my atau hubungi telefon 0341012328 atau e-mel pp@dbp.gov.my Terima kasih | Lain-lain | 07.10.2015 |