APAKAH PENGERTIAN LESBIAN,GAY,TOMBOY DAN PONDAN DARI SUDUT BAHASA GENDER. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, lesbian ialah perempuan yg mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya, perempuan homoseksual. Gay ialah lelaki yg mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya, lelaki homoseksual. Merujuk istilah, tomboy ialah ala lelaki. Pondan pula ialah laki-laki yg lebih bersifat keperempuanan, banci, kedi. Untuk mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan. | Makna | 26.08.2008 |
Apakah qenderqueer dalam bahasa Melayu? Samakah maksudnya dengan pondan? | Padanan bagi istilah qenderqueer dalam bahasa Melayu ialah genderkuira. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 22.02.2025 |
Salam DBP, Saya ingin memohon pertanyaan mengenai ejaan sebenar bagi perkataan-perkataan di bawah ini: 'beria-ia' atau 'bereya' 'bapuk' atau 'bapok' 'kenitkan mata' atau 'kenyitkan mata' Terima kasih. | Menurut data kami, ejaan yang betul ialah i. beria-ia ii. bapuk (bahasa percakapan laki-laki yang lebih bersifat keperempuanan, pondan.) iii. kenyitkan mata | Lain-lain | 10.03.2019 |