pondok (usang / buruk) itu perlu diperbaiki secepata mungkin. yang manakah betul ? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, usang bermaksud 1. kering dan tidak berisi (padi), kersang (rambut, tembakau, dll); 2. sudah lama benar, lama terpakai atau tersimpan, manakala buruk pula bermaksud 1. tua dan rosak (busuk), tidak cantik. Oleh itu, kedua-dua ayat tersebut adalah betul. Namun penggunaannya dalam ayat bergantung pada konteks dan situasi. | Lain-lain | 10.03.2010 |
salam... saya ingin mengetahui penggunaan istilah yang betul.'Ali makan di dalam pondok' atau 'Ali makan di bawah pondok'. Di dalam atau di bawah? | Kedua-dua ayat tersebut betul mengikut konteks. Dalam ayat pertama, Ali makan ketika dia berada di dalam pondok. Dalam ayat kedua, Ali makan ketika dia berada di bawah pondok (dengan andaian bahawa ada ruang di bawah pondok itu). | Tatabahasa | 24.07.2012 |
Apakah jawapan yang paling tepat untuk soalan ini. Soalan 1: Pondok di kaki bukit itu tidak kelihatan dari jauh kerana di _______ kabus. A. dilindungi B diselubungi Soalan 2 : Mana satu yang betul? Para tamu atau para tetamu. | 1: Pondok di kaki bukit itu tidak kelihatan dari jauh kerana diselubungi kabus. 2: Para tamu atau para tetamu. Kedua-duanya betul, tamu ialah orang yang datang mengunjungi orang lain, manakala tetamu merujuk orang yang diundang (dijemput) untuk menghadiri jamuan. | Tatabahasa | 27.05.2009 |
1. nyatakan perbezaan antara bila dan apabila 2. Pondok ini adalah sumbangan PIBG. adakah penggunaan kata pemeri dalam ayat berikut betul ? | 1. Nyatakan perbezaan antara bila dan apabila? Bila digunakan dalam ayat tanya kerana 'bila' merupakan kata tanya. Apabila merupakan kata penghubung ayat berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat apabila bererti pada ketika, semasa, sewaktu, bilamana dan apakala. 2. Pondok ini adalah sumbangan PIBG. Kata ialah dan adalah merupakan kata pemeri. Kata pemeri 'ialah' menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri 'adalah' menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 263. Pondok ini sumbangan PIBG (tepat) | Tatabahasa | 01.09.2012 |
Datuk Midun sedang _____ durian ditepi pondok. A. membelah B. mengupas C. mencekah ( Soalan daripada soalan 2, m.s. 71, Buku Teks Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan, Tahun 4, DBP, 2006 ). | Jawapannya ialah C. mencekah. | Tatabahasa | 20.07.2009 |
Sila semak ayat-ayat berikut: 1. Selepas waktu sesi persekolahan, ibu bapa harus menunggu anak di pintu pagar sekolah atau di dalam petak merah yang berhampiran dengan pondok keselamatan sekolah. Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan kantin sekolah untuk membawa anak pulang. 2. Ibu bapa tidak digalakkan menggunakan bekas polistirena untuk menyimpan makanan kepada anak semasa kelas tambahan. 3. Ibu bapa bagi murid Tahun 1 Sesi Persekolahan 2012 harus datang ke Bilik Pentadbiran SJK(C) Yuk Choi untuk membuat Pengesahan Penempatan Murid Tahun 1 Sesi Persekolahan 2012. | 1. Selepas waktu sekolah, ibu bapa harus menunggu anak di pintu pagar sekolah atau di dalam petak merah yang berhampiran dengan pondok keselamatan sekolah. Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan kantin sekolah untuk membawa anak pulang. 2. Ibu bapa tidak digalakkan menggunakan bekas polistirena untuk menyimpan makanan yang diberikan kepada anak semasa kelas tambahan. 3. Ibu bapa murid Tahun 1 Sesi Persekolahan 2012 harus datang ke Bilik Pentadbiran SJK(C) Yuk Choi untuk membuat Pengesahan Penempatan Murid Tahun 1 Sesi Persekolahan 2012. | Tatabahasa | 22.07.2011 |
menjadi kembang | Menurut Kamus Dewan perkataan kembang bermaksud mengembang menjadi besar (panjang, terbuka, terbentang, dsb), kembang, berkembang: atap pondok itu drpd daun lontar yg ~ lebar; buruk dikembang pd orang banyak, elok dipilih sama seorang prb keburukan atau kerugian hendak dipertanggungkan bersama orang lain tetapi keuntungan diambil seorang diri; | Lain-lain | 06.08.2007 |
adakah perkataan kiosk (food kiosk) ada dalam istilah bahasa melayu? | Padanan bahasa Melayu bagi perkataan kiosk ialah kios, iaitu pondok kecil tempat menjual rokok, surat khabar, makanan dan lain-lain. | Lain-lain | 29.05.2010 |
Adakah ayat-ayat berikut gramatis? Andainya tidak,bagaimanakah hendak perbetulkannya: 1. Seorang pekerja yang rajin mengait buah-buahan manakala Ali memerhatikan dengan berdiri di tepi pekerja. 2. Seorang budak lelaki sedang duduk sambil berehat di pondok yang usang. 3. Dua orang pekerja yang bertopi mengangkat bakul yang penuh ke atas lori. 4. Razak menghulurkan cat kepada Kok Leong yang berada di atas tangga dengan berhati-hati. 5. Tiga orang ahli pengakap peralatan perkhemahan yang disuruh oleh Cikgu Rahim. 6. Seorang pengadil membunyikan wisel kepada para pemain supaya tidak bermain kasar. 7. Para penonton memberi sokongan kepada pasukan sekolah bersungguh-sungguh. | 1. Seorang pekerja yang rajin mengait buah-buahan, manakala Ali berdiri memerhatikannya. 2. Seorang budak lelaki sedang duduk berehat di pondok yang usang. 3. Dua orang pekerja yang bertopi mengangkat bakul yang penuh berisi ke atas lori. 4. Razak menghulurkan cat dengan berhati-hati kepada Kok Leong yang berada di atas tangga. 5. Tiga orang ahli pengakap membawa peralatan perkhemahan yang disuruh oleh Cikgu Rahim. 6. Seorang pengadil memberikan amaran kepada para pemain supaya tidak bermain kasar. 7. Para penonton memberi sokongan dengan bersungguh-sungguh kepada pasukan sekolah. | Tatabahasa | 02.07.2012 |
Info Kiosk diterjemah ke dalam Bahasa Malaysia (digunakan di paparan info digital di cawangan) | Info kiosk boleh diterjemahkan sebagai kios maklumat atau pondok maklumat. | Istilah | 22.09.2011 |