Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pong.kés] | ڤوڠکيس

Definisi : (pongkés) 1. sj bakul yg tohor utk mengisi dan mengangkat tanah (sampah dll), pengki; 2. sj alat (drpd rotan) yg leper utk menangkis pukulan dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pong.kés] | ڤوڠکيس

Definisi : /pongkés/ 1 bakul yg dibuat drpd rotan dll dan digunakan utk mengangkat sampah. 2 perisai yg dibuat drpd rotan utk menangkis pukulan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pongkes


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Alatan untuk menahan sampah ketika menyapu sampah sama ada pongkes, pencedok atau penadah sampah. Terima kasihBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pongkes bermaksud sejenis bakul yang tohor untuk mengisi dan mengangkat tanah (sampah dan lain-lain), pengki. Pencedok bermaksud 1. alat untuk mencedok  2. alat seakan-akan sudu bulat yang jeluk, biasanya digunakan untuk mencedok aiskrim, tembikai dan sebagainya. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, penadah sampah ialah padanan untuk bahasa Inggeris dustpan. Berdasarkan ayat yang diberikan, perkataan yang paling sesuai ialah penadah sampah.Makna11.05.2012
Sila nyatakan makna perkataan Pongkes/Pungkis kedalam bahasa Inggeris. Terima kasihDalam bahasa Inggeris perkataan ini bermaksud dustpan. Makna15.09.2008

Kembali ke atas