Assalamualaikum.. Yang manakah betul? portal e-pembelajaran interaktif Portal E-Pembelajaran Interaktif Portal e-Pembelajaran Interaktif Portal E-pembelajaran Interaktif PORTAL E-PEMBELAJARAN INTERAKTIF PORTAL e-PEMBELAJARAN INTERAKTIF PORTAL E-pembelajaran INTERAKTIF Terima kasih ya | Penggunaan yang betul ialah portal e-pembelajaran interaktif. | Tatabahasa | 28.03.2019 |
Portal Pembelajaran Interaktif atau Portal Pemelajaran Interaktif? | Salam sejahtera, Tuan, Perkataan yang betul ialah Portal Pembelajaran Interaktif. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 09.04.2019 |
Yang mana betul "Laman Portal Rasmi" atau Portal Rasmi ? | Frasa yang betul ialah "Portal Rasmi". | Istilah | 08.10.2014 |
Adakah penggunaan perkataan 'pada' betul dalam perenggan ini ? Keperluan teknikal bagi pembangunan Portal dan Dashboard adalah pada LAMPIRAN B3-3: TECHNICAL REQUIREMENTS 1GovEA PORTAL AND 1GovEA DASHBOARD DEVELOPMENT | Penggunaan kata sendi nama pada dalam ayat adalah betul. Keperluan teknikal bagi pembangunan portal dan Dashboard adalah pada LAMPIRAN B3-3: TECHNICAL REQUIREMENTS 1GovEA PORTAL AND 1GovEA DASHBOARD DEVELOPMENT | Tatabahasa | 27.12.2014 |
ADAKAH PORTAL DBP INI MENYEDIAKAN APLIKASI YANG MEMBOLEHKAN PENGGUNA MENCARI DAN MEMUAT TURUN JURNAL, ARTIKEL ATAU YANG SEUMPAMANYA? | Ya, antara dokumen yang boleh dimuat turun ialah brosur, pedoman dan pedoman bahasa serta borang. | Lain-lain | 07.10.2010 |
Padanan Perkataan | 1. Daftar sebagai pengguna 1Malaysia ID untuk mengakses portal PDRM. 2. Dafatar sebagai pengguna 1Malaysia ID untuk mengakses portal PDRM secara maksimum. 3. Daftar sebagai pengguna 1Malaysia ID untuk mendapat akses maksimum. pihak tuan boleh memilih salah satu yang difikirkan paling sesuai dan bertepatan dengan maklumat yang ingin disampaikan. sekiranya tidak sesuai, tuan boleh menghubungi saya untuk perbincangan lanjut. | Tatabahasa | 27.08.2014 |
Suzana Mohamed Ali Jun 1st, 11:34am Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Tuan-puan yang budiman, adakah sistem portal prpm.dbp.gov.my sedang terganggu? Saya telah cuba akses portal tersebut sejak minggu lepas lagi tetapi tak boleh. Terima kasih. | Aduan tuan kami salurkan ke Bahagian Sistem Maklumat DBP untuk tindakan selanjutnya. | Lain-lain | 01.06.2015 |
Maaf, saya masih belum berpuas hati sebab saya temui penggunaan perkataan gambarajah satu perkataan dalam portal DPB (seperti dilampirkan). Adakah boleh digunakan pada hal-hal @ situasi tertentu. Jika boleh, bila? | Ejaan yang betul ialah gambar rajah. Untuk pengetahuan saudara, ejaan gambar rajah dalam portal DBP seperti yang dilampirkan ialah istilah lama dan pada ketika itu ejaan gambar rajah dieja rapat. Setelah sistem ejaan baru diperkenalkan, ejaan yang betulnya ialah dua patah perkataan. | Istilah | 12.12.2008 |
Andi Muhammad Anas TUES 11:32 Assalamualaikum tumpang tanya. bagaimana saya nak dapatkan pengesahan banner saya untuk kelulusan majlis daerah? | Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP” (bukannya Khidmat Nasihat Bahasa) melalui laman web kami www.prpm.dbp.gov.my, klik e-Perkhidmatan dan klik portal berkenaan. | Lain-lain | 24.01.2017 |
sejarah menuju kemerdekaan | Sdr. boleh lawati Portal Merdeka 50 Tahun yang memberi maklumat terperinci serta interaktif sejarah kemerdekaan di laman Arkib Negara Malaysia http://www.arkib.gov.my | Lain-lain | 10.09.2007 |