1)askm,soalan saya yang mana hendakdigunakan peti pos@peti surat.didalam pejabat pos terdapat peti surat yang terdapat pada dinding pejabat pos.klu ditepi jln peti peti surat yg brwrna merah dipanggil peti surat,ttp ddlam pjbt pos trdapat peti pada dinding pjbt pos untuk mngeposkan surat.apayg prlu kt panggil peti pos,peti surat atau ada prkataanlain...trma ksih hrp dpt bantu | peti surat | Istilah | 28.07.2010 |
Mana satukah di antara istilah berikut yang betul,untuk digunakan dalam penulisan kajian tindakan ilmiah: i) ujian pra atau pra ujian ii)ujian pos atau pos ujian Terima kasih. | Frasa yang betul ialah i)praujian ii) ujian pos | Istilah | 05.07.2009 |
Adakah ayat "Borang yang dikemukakan melalui pos" bermaksud borang dihantar melalui pejabat pos sahaja atau bermaksud borang dihantar melalui pejabat pos dan perkhidmatan pengiriman cepat (courier service) sahaja. STK | Penghantaran sesuatu benda melalui perkhidmatan kiriman cepat juga dikira sebagai penghantaran melalui pos. | Istilah | 16.03.2010 |
Bagaimanakah cara saya ingin mengepos jawatan? Adakah melalui pos laju atau ada cara lain? | Salam puan budiman, Borang permohonan jawatan kosong yang telah lengkap diisi perlulah dihantar secara pos atau hantar tangan ke alamat: Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur (u.p: Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia) | Lain-lain | 22.06.2019 |
RHB dan Maybank merupakan dua buah............ yang menyediakan khidmat perbankan di cawangan Pos yang terpilih. soalan saya, apakah jawapannya? bank atau institusi | RHB dan Maybank merupakan dua buah institusi perbankan yang menyediakan perkhidmatan di cawangan Pos yang terpilih. | Tatabahasa | 20.12.2012 |
Salam dan terima kasih kerana membantu. Istilah "dependent locality" merujuk kepada sesuatu nama bandar kecil atau kampung yang kadang kala dimasukkan dalam alamat apabila tempat penghantaran berada di luar sempadan bandar pos utama yang digunakan bagi tujuan pos. Manakala istilah "double dependent locality" pula merujuk kepada sesuatu taman perniagaan, kawasan perindustrian atau perkampungan desa yang lebih kecil daripada "dependent locality", yang kadang kala dimasukkan dalam alamat. Apakah istilah yang sesuai untuk "dependent locality" dan "double dependent locality"? Bolehkah "kawasan sandaran" dan "kawasan sandaran berganda" masing-masing diterima? Sekali lagi, terima kasih. | Istilah “dependent locality” dan “double dependent locality” secara teorinya tidak dilaksanakan di Malaysia. Oleh sebab itu, padanan yang sesuai dan paling hampir menepati konsep ini ialah istilah di alamat. Namun, kini konsep ini jarang digunakan dalam sistem penghantaran melalui pos. | Istilah | 18.12.2019 |
RHB dan Maybank merupakan dua buah ........... yang menyediakan khidmat perbankan di cawangan Pos yang terpilih. Soalan saya, apakah jawapan yang sebenarnya tanpa mengubah ayat-ayat tersebut. Jawapan yang diberikan iaitu Bank atau Institusi, saya harap pihak tuan dapat menyelesaikan masalah saya ini dengan ucapan jutaan terima kasih. sekian. | RHB dan Maybank merupakan dua buah institusi yang menyediakan khidmat perbankan di cawangan Pos yang terpilih.
| Tatabahasa | 21.12.2012 |
Berdasarkan gambar yang disertakan, apakah jawapan yang paling tepat bagi soalan 1? 1. Pejabat pos itu terletak di ___ jalan itu. A. seberang B. pinggir C.hujung D. hadapan Apakah jawapan paling tepat bagi soalan yang kedua ? Mengapakah jawapan tersebut dipilih? 2. "Jika begitu, biarlah ___ membawa diri ke Bentang," kata Hang Setia. A. patik B. aku C. saya D. hamba Sekian, terima kasih. | 1. Pejabat pos itu terletak di pinggir jalan itu. Lihat visual, bangunan itu terletak di pinggir jalan. 2. "Jika begitu, biarlah hamba membawa diri ke Bentang," kata Hang Setia. | Tatabahasa | 24.04.2015 |
apakah bentuk jamak (plural) yang betul bagi perkataan berganda, seperti 'pasar raya besar' (hypermarkets), 'pejabat pos' (post offices) dll. Adakah ia pasar-pasar raya besar' atau pasar raya-pasar raya besar' 'pasar raya besar-pasar raya besar'?. Terima kasih. Mohd Halimi Karim | Bagi kata majmuk yang dieja sebagai dua perkataan, bahagian awal kata sahaja yang digandakan. Cth. pasar-pasar raya besar; pejabat-pejabat pos. | Tatabahasa | 01.04.2008 |
E White Graphic Sep 21st, 12:02pm Saya adalah syarikat grafik di Ipoh. Mahu tanya tentang beberapa perkatan inggeris translate Bahasa Malaysia. accounting system pos system f & b system solfware authorised dealer amat berharap pihak dewan bahasa dan pustaka menjawab pertanyaan saya. | Salam Sejahtera. Cadangan kami: 1. accounting system = sistem perakaunan 2. post system = sistem pos 3. f & b system = sistem f & b 4. software = perisian 5. authorises dealer = pengedar sah Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.09.2015 |