Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata positioning


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah kata singkatan GPS (Global Positioning System) sah dalam Bahasa Malaysia?Terjemahan bagi GPS (Global Positioning System) dalam bidang aeroangkasa ialah sistem kedudukan global manakala dalam bidang geografi ialah sistem penentududukan sejagat. Singkatan GPS boleh digunakan dalam bahasa Melayu.Tatabahasa15.05.2017
Terjemahan "Strategic Positioning", kalau mengikut DBP ialah "Peletakan Strategik". Akan tetapi, carian google menunjukkan bahawa istilah ini jarang digunakan. Terjemahan yang sering digunakan ialah "Penempatan Strategik". Soalan saya, adakah "Penempatan Strategik" juga terjemahan yang betul untuk "Strategic Positioning"?

Menurut Kamus Dewan Perdana makna penempatan ialah perbuatan atau proses menempati atau menempatkan seseorang atau sesesuatu. Maksud ini boleh juga digunakan untuk merujuk pada perkataan”peletakan” dalam frasa “peletakan strategik”. Sekiranya maksud ini bersesuaian dengan konsep dan konteks "Strategic Positioning" padanan terjemahan frasa “penempatan strategik” juga boleh digunakan.

Penyemakan dan penterjemahan16.06.2023
saya ingin mendapatkan makna istilah yang tepat dalam bahasa malaysia tentang: 1. i-pad 2. e-book 3. touch screen mobile phone 4. GPS (global positioning system) 5. PDA (personal digital assistant) 6. digital photo frame terima kasihPadanan bahasa Melayu untuk istilah yang dikemukakan adalah seperti yang berikut: 
1.  i-pad - i-pad 
2. e-book - e-buku
3. touch screen mobile phone - telefon bimbit skrin sentuh
4. GPS (global positioning system) - sistem kedudukan sejagat (GPS)
5. PDA (personal digital assistant) - pembantu digital peribadi (PDA)
6. digital photo frame - bingkai gambar digital
Istilah16.05.2012

Kembali ke atas