Terima kasih atas maklum balas pada 3/4/09. Sebenarnya saya perlukan istilah BM bagi "post mortem". Ada pihak menggunakan istilah "kajian impak", bolehkah diterima? T. kasih. | Istilah post mortem dalam bahasa Melayu dalam konteks yang saudara maksudkan ialah pascanilai. | Istilah | 06.04.2009 |
Salam Tahun Baharu, 1. Apakah beza frasa 'institusi keluarga' dan 'institusi kekeluargaan'? 2. Maksud 'post-mortem' dalam terjemahan BM, apa? 3. Maksud 'band', 'deskriptor', dan 'evidens' dalam terjemahan BM, apa? 4. Pakar IT mengatakan bahawa istilah 'laman sesawang' adalah tidak tepat untuk merujuk kepada 'laman web'. Pendapat tuan? 5. Kata 'diam' dan 'istirahat' tergolong dalam kata apa? 6. Bagaimanakah cara untuk membina ayat yang gramatis dengan menggunakan kata hubung pancangan komplemen 'untuk'? Sekian, terima kasih. | 1. Keluarga bermaksud sanak saudara, manakala kekeluargaan ialah hal yang berkaitan dengan keluarga atau hubungan sebagai anggota dalam sesuatu keluarga. Oleh itu, frasa yang betul ialah institusi kekeluargaan. 2. Perkataan post-mortem diterima pakai dalam konteks pemeriksaan dan pembedahan mayat untuk menentukan sebab-sebab kematian, manakala dalam konteks yang berbeza post-mortem diterjemahkan kepada pascanilai bagi mendapatkan maklumat untuk dibuat penambahbaikkan setelah sesuatu projek dilaksanakan. 3. Band diterjemahkan kepada kumpulan, descriptor ialah penerang, dan evidence ialah bukti atau keterangan. Untuk maklumat lanjut rujuk www.prpm.dbp.gov.my. 4. Laman sesawang' ialah pilihan lain kepada istilah 'laman web'. Ketepatan istilah ini telah dibincangkan oleh pakar bidang dan dipersetujui. Dalam pelaksanaan pengguna boleh memilih salah satu daripadanya. 5. Diam dan istirahat ialah kata kerja 6. Contoh ayat komplemen ialah Cikgu itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin. Untuk membina ayat yang gramatis dengan menggunakan kata hubung pancangan komplemen sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, halaman 253. | Tatabahasa | 13.01.2013 |
Salam 1Malaysia, Apakah istilah yang sesuai untuk post mortem ujian dan peperiksaan dalam bahasa Melayu? Istilah bedah siasat tidak sesuai digunakan dalam konteks ini. Terima kasih. | Post mortem selalu digunakan bagi tujuan untuk melihat sama ada sesuatu projek itu telah mendapat kejayaan atau sebaliknya. Dalam konteks ujian dan peperiksaan bahasa Melayu, kami cadangkan pascanilai, contohnya pascanilai projek A. | Makna | 09.11.2009 |