Thesis saya dalam bahasa inggeris ialah Influences of organizational culture as mediating factor for talent management in developing high potential talent pool. Ada beberapa istilah pengurusan yang agak janggal untuk saya definisikan dalam bahasa melayu dan ingin mohon bantuan pihak tuan. Istilah tersebut ialah 'mediating factor' ; talent management dan ; high potential talent pool. Terima kasih | Padanan mediating factor dalam bahasa Melayu ialah faktor perantaraan, talent management ialah pengurusan bakat dan high potential talent pool kami cadangkan diterjemahkan kepada kumpulan bakat yang berpotensi tinggi. | Istilah | 19.12.2012 |
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin mohon pencerahan yang mana satukah terjemahan yang betul untuk "...in exchange for lower potential return"? Adakah (a) "...sebagai pertukaran kepada potensi pulangan yang rendah"; atau (b) "...sebagai tukaran kepada potensi pulangan yang rendah"? Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu untuk "...in exchange for lower potential return" ialah "... sebagai pertukaran/tukaran untuk potensi pulangan yang rendah". | Makna | 04.10.2021 |
Tuan/Puan, Mohon untuk menerangkan apakah terjemahan 'potentially' di dalam ayat di bawah adalah betul. Sumber: What are the potential benefits? Sasaran: Apakah manfaat yang berpotensi? Sekian, terima kasih. | Perkataan berpotensi sebagai padanan bahasa Melayu bagi perkataan "potentially" dalam ayat tersebut betul. | Lain-lain | 22.06.2021 |
Salam Admin, Boleh mohon tolong check translation saya dari BI ke BM seperti butir di bawah:- 1. Enabling the differently-abled/Mengupayakan Orang Kelainan Upaya 2. Empowering Single Mothers/ Memperkasa Ibu Tunggal 3. Nurturing Potential/ Mengasah Bakat@Memupuk Potensi 4. Preserving cultures and legacies/Memelihara budaya dan warisan 5. Environmental conservation/ Memulihara Alam Sekitar 6. Gift of Sight/ Memberi peluang/harapan untuk melihat 7. Sharing knowledge beyond borders/Berkongsi pengetahuan melangkaui sempadan 8. Equipping Youth with Money Management Skills/Melengkapkan Belia dengan Kemahiran Pengurusan Kewangan 9. Celebrating diversity/Meraikan Kepelbagaian 10. Feeding the needy/Membantu golongan yang memerlukan Terima Kasih atas pertolongan En/Pn. | Cadangan terjemahan dalam bahasa Melayu yang diberikan boleh diterima kecuali sedikit pembetulan untuk no. 2, 3 dan 6 seperti yang berikut: 2. Empowering Single Mothers/ Memperkasakan Ibu Tunggal 3. Nurturing Potential/ Mengasah Bakat atau Memupuk Potensi 6. Gift of Sight/ Memberikan peluang/harapan untuk melihat Sekian. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.11.2017 |
Salam, saya ingin bertanya, adakah potensial wujud dalam Bahasa Melayu dan jikalau perkataan "prestasi" berasal dari Bahasa Inggeris, apakah perkataan asalnya dalam Bahasa Inggeris? Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu untuk "potential" ialah keupayaan atau potensi. Perkataan prestasi ialah padanan bahasa Melayu untuk perkataan bahasa Inggeris "performance". | Istilah | 24.10.2016 |
Apa istilah untuk sleeper agent? "A sleeper agent is a spy who is placed in a target country or organization not to undertake an immediate mission, but instead to act as a potential asset if activated." | Padanan bahasa Melayu bagi istilah sleeper agent ialah perisik lahu. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 08.04.2023 |
Assalamualaikum/Salam sejahtera. Saya mahu membuat pertanyaan mengenai perkataan Lead. Perkataan ini ialah istilah yang digunakan dalam pemasaran internet. Sebagai penerangan, berikut ialah maklumat yang saya jumpa di dalam laman sesawang: In a sales context, a lead refers to contact with a potential customer, also known as a “prospect”. Depending on the organisation, the definition of the term “lead” may vary. For some companies, a “lead” is a contact already determined to be a prospective customer, whereas other companies consider a “lead” to be any sales contact. Tetapi saya cuba buat carian, tiada terjemahan untuk perkataan tersebut (atau mungkin carian yang saya buat salah). Harap dapat maklum balas dari pihak anda. | Lead boleh diterjemahkan kepada pendulu, utama dan sebagainya bergantung pada konteks penggunaannya. Tuan boleh lihat http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=lead untuk maklumat lanjut. Berdasarkan konteks "lead" ialah individu yang lebih awal berada dalam kumpulan dengan membawa bakal pelanggan yang berpotensi. Sukar untuk diterjemahkan dalam satu perkataan khusus kecuali keterangan yang berkaitan dengan peranannya seperti pelanggan awal atau penghubung utama. | Penyemakan dan penterjemahan | 29.05.2019 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin mendapatkan bantuan cadangan terjemahan daripada pihak DBP untuk istilah "project stargate" ke dalam bahasa Melayu. Adakah sesuai jika saya menterjemahkannya menjadi "projek pagar angkasa" atau "projek pagar cakerawala"? Berikut saya lampirkan definisi bagi istilah "project stargate" sebagai rujukan pihak DBP: "Stargate Project was a secret U.S. Army unit established in 1978 at Fort Meade, Maryland, by the Defense Intelligence Agency (DIA) and SRI International (a California contractor) to investigate the potential for psychic phenomena in military and domestic intelligence applications." | Padanan bahasa Melayu bagi istilah Stargate Project ialah Projek Stargate. Padanan ini berdasarkan ciri semantik istilah Stargate itu sendiri yang merupakan kata nama khas. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 16.02.2023 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ingin mencari istilah yang tepat dalam bahasa melayu bagi PROOF OF CONCEPT (POC)..Adakah Pembuktian Konsep boleh merujuk tepat kepada POC... terima kasih A proof of concept (POC) or a proof of principle is a realization of a certain method or idea to demonstrate its feasibility, or a demonstration in principle, whose purpose is to verify that some concept or theory has the potential of being used. A proof of concept is usually small and may or may not be complete. | Cadangan terjemahan proof of concept kepada pembuktian konsep boleh diterima. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.06.2015 |