Pertanyaan tentang penggunaan ayat bagi tujuan promosi : PROMOSI PEMBUKAAN POTONGAN 50% MESIN 'DRY CLEAN' KHAS UNTUK MUSLIM, MENCUCI BERSIH NAN SUCI. | Untuk tujuan pengiklanan kami cadangkan: PROMOSI PEMBUKAAN, POTONGAN 50% CUCIAN KERING DENGAN MESIN KHAS UNTUK MUSLIM, MENCUCI BERSIH DAN SUCI | Tatabahasa | 28.06.2011 |
Salam sejahtera, Adakah "latched cutout" boleh diterjemahkan kepada "potongan berselak"? Frasa dalam bidang kejuruteraan dan merupakan salah satu fungsi yang terdapat pada sesebuah jentera. Mohon cadangan dan pendapat DBP. Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu tersebut untuk perkataan “latched cutout” boleh diterima. | Istilah | 26.10.2018 |
Salam... apakah penjodoh bilangan yg paling sesuai utk perca2 kain.? | Perca ialah kepingan-kepingan (potongan) kecil kain sisa daripada jahitan, reja (carik) kain: dia membongkar-bongkar bakul jahitannya, mencari-cari ~ kain untuk membebat lukanya. Perkataan perca tidak memerlukan penjodoh bilangan. Tidak semua benda menerima penjodoh bilangan. | Tatabahasa | 25.02.2013 |
salam tuan soalan. Beberapa _________ timun diletakkan di atas hidangan nasi lemak. jawapan A. hirisan B. potongan B atau B yang mana tepat tuan | Jawapan yang tepat ialah Beberapa hirisan timun diletakkan di atas hidangan nasi lemak. | Tatabahasa | 29.10.2017 |
Apakah terjemahan bagi bentuk 'diamond'? | Merujuk Kamus Inggeris-Melayu Dewan, terjemahan bentuk diamond ialah bentuk potongan wajik. | Lain-lain | 25.06.2010 |
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bertanya apakah padanan bagi perkataan "cut" yang biasa digunakan oleh pengarah dalam penggambaran setelah mendapat potongan babak yang diinginkan? Terima kasih. | Tiada data berkaitan’cut’ khusus untuk bidang perfileman dalam data DBP. Mengikut konteks penggambaran filem, istilah ‘cut’ merujuk pada arahan daripada pengarah untuk memberhentikan penggambaran babak. Kami mencadangkan ‘cut’ diberikan padanan ‘berhenti’ atau ‘potong’. | Istilah | 14.12.2018 |
Hafiz Lija Nov 16th, 11:54am Salam Bagaimana nak beli majah DSISWA setiap bulan secara terus dgn DBP. Lebih kurang 150 sebulan. Ada potongan harga? | Sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476. | Lain-lain | 16.11.2015 |
Ali menggunakan secebis/secarik kain untuk membalut luka? adakah penjodoh bilangan cebis dengan carik membawa maksud yang sama? terima kasih. | Cebis sama maksudnya dengan carik, iaitu potongan kecil. Oleh itu, cebis dan carik kedua-duanya betul dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 16.06.2013 |
Saya ada satu pertanyaan mengenai penjodoh bilangan.Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk betik sekiranya betik itu dipotong.Adakah penggunaan penjodoh bilangan sepotong atau sejorong betik? terima kasih | Tiada penjodoh bilangan yang khusus untuk betik yang dipotong, begantung kepada jenis potongan tersebut. | Lain-lain | 13.03.2017 |
Alep Maleq SN 11.34 PTG Boleh sy tahu. Ada tak buku berkaitan negeri sembilan dijual di galeri DBP di festival buku antarabangsa pwtc? | Terima kasih Tuan. Sila datang ke reruai DBP di dalam Dewan Tun Hussein Onn di Pesta Buku Antarabangsa KL 2017. Ada potongan harga yang cukup istimewa. | Lain-lain | 01.05.2017 |