Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : . abbrev hlm, ms. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : abbrev on behalf of,b.p, b/p., bp. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pp


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah "Polypropylene (PP)" dalam bahasa Melayu ialah "polipropilena (PP)" ? Atau saya boleh guna Polypropylene dalam kontek Bahasa Melayu?Padanan bahasa Melayu bagi istilah poypropylena ialah polipropilena.Istilah17.03.2014
DBP, Terima kasih atas makluman tersebut. Menerusi pemerhatian, terdapat surat-surat, terutamanya surat rasmi khusus yang mempunyai kepala surat ketua agensi/menteri, rujukan fail dan tarikh ditulis di ruang atas sebelah kiri. Apakah pandangan DBP terhadap amalan yang tidak mematuhi PP Bil. 5/2007? Adakah surat sebegini dikecualikan daripada PP tersebut? Sekian, terima kasih. NgooGaris panduan penulisan surat rasmi kerajaan adalah seperti yang terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 tahun 2007. Pihak DBP  menggalakkan jabatan dan agensi awam mematuhi garis panduan ini. Pihak DBP bersedia untuk memberikan kursus penyediaan surat rasmi supaya penulisan surat rasmi lebih berkualiti dari segi penggunaan bahasa dan format.Lain-lain13.10.2010
Muhammad Idris Sep 28th, 11:45am saya dah email kat e-mel pp@dbp.gov.my tapi belum ada jawapan tersebut email di hantar pada Sep 22, 2015 at 11:02 AMJika pertanyaan tuan berkaitan pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Untuk makluman tuan, permohonan pada 22 September 2015 telah diselesaikan.Lain-lain28.09.2015
Bagaimana menulis rujukan berikut: Alison, L.J., Snook, B. and Stein, K.L., 2001, 'Unobtrusive Measurement: Using Police Information for Forensic Research', Qualitative Research, vol. 1, no. 2, pp.241-54 ke dalam B Malaysia. Terima kasih.

 

Sdr. Liza, 

Dalam Bahasa Melayu, penulisan bibliografi yang saudara berikan itu ialah seperti yang berikut:

Alison, L.J., Snook, B. dan Stein, K.L., 2001. Unobtrusive Measurement: Using Police Information for Forencis Research. Kajian Kualitatif, jil.1, bil. 2, hlm. 241-54.

(Selepas hlm. 241-54, mohon masukkan kajian kualitatif ini dilakukan di mana - masukkan tempatnya, contoh:

hlm. 241-54. Jabatan Kajian Forensik, Universiti Malaya.

 

 

 

Lain-lain12.01.2010
Tuan, Apakah perbezaan antara gelaran Dato' dengan Datuk? Saya pernah membaca Nahu Melayu Mutakhir oleh Asmah Haji Omar yang mengatakan bahawa Dato' ialah gelaran daripada Sultan-sultan [ Negeri-negeri Bersekutu dan Tidak Bersekutu] manakala Datuk ialah gelaran dari peringkat Persekutuan dan negeri-negeri Selat seperti PP, Melaka, Sabah dan Sarawak. Adakah benar? Sekian, terima kasih.Kenyataan saudara adalah betul, Dato' ialah gelaran daripada Sultan, manakala Datuk ialah gelaran daripada Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri PP, Melaka, Sabah dan Sarawak. Lain-lain03.06.2010
Penggunaan tanda garis miring "/" dalam surat rasmi kerajaan. Saya dimaklumkan bahawa tidak perlu jarak antara dua perkataan (contoh: tuan/puan). Walau bagaimanapun, saya melihat didalam pekeliling dan surat rasmi kerajaan, terdapat jarak selepas tanda garis miring (contoh: PP 10/2017 "10. Pegawai dalam skim perkhidmatan tertentu yang memperuntukkan syarat kemahiran khas/ lesen khas/ sijil kemahiran/ ujian kemahiran/ sijil kecekapan untuk kenaikan pangkat ..."). Mohon pencerahan pihak DBP berhubung perkara ini.Benar, tanda garis miring (/) tidak memerlukan jarak antara dua perkataan. Menurut buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, penggunaan tanda ini seperti yang berikut:

        a) Nombor rujukan surat rasmi.
                  DBP/173/14/4 K.3 (68)

        b) Sebagai pengganti kata dan, atau dan per ataupun dipakai semasa menulis nombor alamat.
                  Tun/Tan Sri/Datuk/Tuan/Puan
                  Kos cetak RM3.00/naskhah
                  22, Jalan AU 1A/3H, Taman Keramat Permai    
Tatabahasa09.04.2018
Adakah cara penulisan bibliografi sebegini betul? Chua, T. E. (1991). Managing coastal resources for sustainable development: the ASEAN initiative. Dalam T.E. Chua & L. F. Scura (Eds.). Managing ASEAN’s coastal resources for sustainable development: Roles of policymakers, scientists, donors, media and communities (pp. 21-35). Phillipines: ICLARM. Dalam Muzzneena, A. M. et. al., Kepentingan Rangka Perundangan dan Peraturan Dalam Pemeliharaan dan Pengurusan Paya Bakau di Malaysia. Dalam R. Omar (Ed.). (2002). Proceeding of The Regional Symposium on Environment and Natural Resources (Vol. 1: 612-619). 10-11th April 2002. Malaysia: Hotel Renaissance Kuala Lumpur.

Contoh bibliografi yang diberikan terlalu panjang dan agak sukar untuk dipecah-pecahkan. Sehubungan dengan itu, diberikan beberapa contoh yang mungkin boleh dijadikan panduan.

        1.        Buku:
                
Farid M. Onn, 1980. Bunga-bunga Suci. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2.      Karya Editor:

Anwar Ridhwan (ed.), 1976. Di Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Malaysia 1957-1972. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3.      Majalah

Kemala. “Gagasan Hadiah Sastera ASEAN” dlm. Dewan Sastera 21:3, hlm. 142-43, Mac 1977.

4.      Kertas Kerja

Othman Puteh, 1991. “Cerpen-cerpen Karya Pengarang Pahang”. Kertas Kerja dalam Simposium Darul Makmur Dua. Bandar Pusat Jengka, Pahang, 1-2 Februari 1991.

 

Untuk lebih jelas, boleh rujuk Buku Gaya Dewan, halaman 170.

Lain-lain08.07.2015
Abrar Sabawi Dec 26th, 3:49am Salam,adakah saya boleh dapatkan buku keluaran dbp secara online?Untuk maklumat yang berkaitan mohon hubungi Encik Abdul Khalid bin Mohd Diah, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian 03-89611836, 012-3176678 atau e-mel pp@dbp.gov.my.Lain-lain26.12.2014
Tansri Azizi Jan 24th, 6:05pm DBP masih ada stok buku sastera politik dan masyarakat tulisan Abdul rahman embong terbitan thun 2014Untuk maklumat yang berkaitan mohon hubungi Encik Abdul Khalid bin Mohd Diah, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian 03-89611836, 012-3176678 atau e-mel pp@dbp.gov.my.Lain-lain24.01.2015
Saya guru buku teks SMK Taman Molek Johor Bahru. Saya ingin membuat aduan berkaitan buku yang diterima pada 1 Januari 2015 bertajuk SEJAMBAK BAKTI TINGKATAN 1(F051123) tidak cukup muka surat. Jumlah buku yang bermasalah ini sebanyak 46 buah. Saya berharap pihak tuan dapat mengambil tindakan segera memandangkan jumlah buku yang bermasalah ini melibatkan 46 orang pelajar. Sekian terima kasih.

Untuk maklumat yang berkaitan mohon hubungi Encik Abdul Khalid bin Mohd Diah, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian 03-89611836, 012-3176678 atau e-mel pp@dbp.gov.my">pp@dbp.gov.my.

Lain-lain14.01.2015
1234

Kembali ke atas