Boleh tak sesiapa beritahu definisi dipratikan? | Tiada istilah "dipratikan". Walau bagaimanapun, terdapat istilah "praktik" yang membawa maksud: 1. perbuatan melaksanakan teori (keyakinan dll), pelaksanaan: biarpun cinta pd teorinya tidak dibatasi oleh kaya miskin, tetapi pd ~nya begitu; 2. perihal melakukan (menjalankan) pekerjaan profesional (doktor, peguam dll): sudah bertahun-tahun dia membuka ~; mempraktikkan menjalankan spt yg tersebut dlm teori dll, melaksanakan, mengamalkan, melakukan: sekarang mereka cuba ~ apa yg mereka pelajari di Pusat Latihan Perguruan dahulu. | Makna | 26.02.2014 |
apakah makna linguistik terapan? | Secara umumnya, linguistik terapan ialah ilmu bahasa yang berusaha menerapkan hasil penelitian dalam bidang linguistik untuk keperluan praktik. Bidang Linguistik Terapan mencakupi bidang pengajaran bahasa, penerjemahan, leksikolografi, fonetik terapan, sosiolinguistik terapan, pembinaan bahasa internasional, pembinaan bahasa khusus, linguistik medis, grafologi, dan mekanolinguistik. | Makna | 22.09.2014 |
Adakah ccra penulisan bagi rincian berikut harus bermula dengan huruf besar atau tidak? contohnya susunan berikut bagi. a. dan b. Adakah frasa pertama selepas a. huruf besar atau tidak? 3.1 Tanggungjawab Pengurusan Universiti 3.1.1 Pengurusan Universiti akan memberi komitmen, seberapa praktik yang boleh bagi: a. menyediakan dan seberapa kerap yang sesuai mengkaji semula pernyataan bertulis dasar berkenaan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja. b. memastikan sumber disediakan untuk membangun, melaksana, menyenggara dan menambah baik keselamatan dan kesihatan di USIM. Sumber yang dimaksudkan termasuklah sumber manusia, kewangan, latihan, kemudahan infrastruktur dan teknologi. | Berdasarkan Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023) halaman 50 dan 119, setiap huruf awal hendaklah menggunakan huruf besar. Tanda titik bertindih (:) digunakan sebagai penanda untuk memperkenalkan atau menambah keterangan. Cara penulisan yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 3.1 Tanggungjawab Pengurusan Universiti 3.1.1 Pengurusan Universiti akan memberikan komitmen, seberapa praktik yang boleh bagi: a. Menyediakan dan seberapa kerap yang sesuai mengkaji semula pernyataan bertulis dasar berkenaan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja. b. Memastikan sumber disediakan untuk membangun ..... | Tatabahasa | 02.04.2024 |
Sememangnya diketahui, PCA adalah satu daripada teknik statistik yang telah banyak diaplikasi dalam bidang mampatan data imej. Soalan : Betulkan penggunaan "Sememangnya diketahui" dan "diaplikasi", atau apakah perkataan yang lebih sesuai atau tepat? | "Sememangnya diketahui" boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut di atas. Manakala "diaplikasi" sepatutnya "diaplikasikan" dan sesuai dalam konteks ini kerana maksudnya ialah "digunakan secara praktik atau amali". | Tatabahasa | 03.07.2007 |