Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pra.ma.tang] | ڤراماتڠ

Definisi : 1. lahir tidak cukup bulan (bkn bayi): bayi ~; 2. dicairkan atau dijual sebelum tempoh yg ditetapkan (bkn saham, insurans dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pramatang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perkataan yang sesuai untuk digantikan dengan perkataan "fragile" seperti di dalam ayat di bawah. Bayi pramatang mempunyai kulit yang agak “fragile” di mana ia sangat mudah menyerap.Salam sejahtera,

Puan,

Berdasarkan konteks ayat yang diberikan, "fragile" boleh diterjemah kepada lemah seperti ayat dibawah:

Bayi pramatang mempunyai kulit yang agak lemah di mana ia sangat mudah menyerap.

Untuk maklumat lanjut sila layari http://prpm.dbp.gov.my/ .

Sekian, terima kasih.
Makna13.06.2017
Terjemahan: 1. Premature Case 2. Premature DeathUntuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "premature death" ialah kematian pramatang. Walau bagaimanapun,  tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "premature case". Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah kes pramatang.Istilah14.05.2013
ejaan yang betul: 'pra-matang' atau 'pra matang'Ejaan yang betul ialah pramatangEjaan16.02.2014
inkubatorMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna inkubator ialah alat pemanas utk mengerami dan menetaskan telur secara artifisial; 2. alat utk membantu bayi yg baru lahir pramatang berada dlm persekitaran dan pd suhu yg sesuai dan terkawal.Makna22.04.2009

Kembali ke atas