Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pra.mu.ga.ri] | ڤراموݢاري

Definisi : pelayan kapal terbang (perem­puan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pra.mu.ga.ri] | ڤراموݢاري

Definisi : wanita yg bertugas melayan penumpang dlm kapal terbang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pramugari


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Etika pemakaian pramugari. Etika pakaian pramugari. Mana satu yang betul?Penggunaan yang betul ialah Etika pakaian pramugari.Tatabahasa06.08.2018
Etika pemakaian pramugari. Etika pakaian pramugari. Yang mana satu betul.Penggunaan yang betul ialah Etika pakaian pramugari.Tatabahasa06.08.2018
Pramugari itu meletakkan pelbagai cenderamata di atas troli lalu ditolak di dalam pesawat. Betulkan penggunaan perkataan "di dalam pesawat" itu? Atau ke dalam pesawat? Yang mana satukah ayat yang lebih tepat? Mohon pencerahan daripada pihak DBP? Terima kasih.Frasa ke dalam lebih sesuai digunakan untuk frasa nama yang menunjukkan pergerakan kepadanya. Oleh itu, ayat yang sesuai ialah Pramugari itu meletakkan pelbagai cenderamata di atas troli lalu ditolak ke dalam pesawat. Tatabahasa30.10.2020

Kembali ke atas