Salam sejahtera atau Selamat sejahtera? Terima kasih atas nasihat sebelum ini. Saya ingin tanya maksud prasarana. Adakah prasarana termasuk unit dan jabatan? Saya sedang buat tugasan tentang prasarana di Institut Pendidikan Guru dan pensyarah saya beritahu saya prasarana tidak termasuk dalam prasarana. Prasarana maksudnya ialah perkhidmatan asas yang dapat membangun sesuatu dan saya berpendapat jabatan atau unit di IPG ada beri perkhidmatan. Saya juga ingin tanya tentang perbezaan antara prasarana, kemudahan dan infrastruktur. Terima kasih. | · (1) Prasarana ialah keseluruhan kemudahan dan perkhidmatan asas seperti kemudahan pengangkutan dan perhubungan, bekalan kuasa elektrik yang perlu bagi pembangunan (pertumbuhan) dan kemajuan, infrastruktur. · (2) kemudahan sesuatu yang memudahkan atau mempermudah sesuatu usaha (kegiatan) perkhidmatan dan infrastruktur yang disediakan oleh pihak berkuasa atau kerajaan untuk keperluan orang ramai, seperti bekalan elektrik, jambatan, jalan raya. · (3) infrastruktur ialah kemudahan dan perkhidmatan asas seperti kemudahan pengangkutan, pendidikan, kesihatan bekalan kuasa elektrik, dan pelbagai kemudahan lain yg diperlukan untuk pembangunan dan pertumbuhan sesebuah negara, masyarakat, organisasi, prasarana. · Jelasnya, ketiga-tiga perkataan bersinonim antara satu sama lain, yang penting kata kunci kemudahan dan perkhidmatan asas. | Makna | 21.02.2014 |
Apakah perbezaan dari segi maksud Prasarana Maklumat Kritikal Negara dengan Prasarana Kritikal Maklumat Negara? Jika Critical National Information Infrastructure ingin diterjemah ke dalam Bahasa Melayu, apakah terjemahan yang betul? | Saudara, Cadangan padanan bahasa Melayu ialah Prasarana Maklumat Negara yang penting atau Prasarana Maklumat Penting Negara. | Makna | 06.08.2010 |
Assalamualaikum.. izin saya bertanya apakah maksud prasarana: kemudahan asas? Saya telah menerima tema ini sebagai tajuk dalam kerja kursus stpm tahun ini. Adakah contoh prasarana: kemudahan asas di sekolah seperti telefon awam,bilik darjah dan surau? Adakah prasarana ini hanya dikaitkan jalan raya kemudahan elektrik, dan pengangkutan? | Prasarana ialah keseluruhan kemudahan dan perkhidmatan asas seperti kemudahan pengangkutan dan perhubungan, bekalan kuasa elektrik dan lain-lain yang perlu bagi pembangunan dan kemajuan, atau disebut juga infrastruktur. | Tatabahasa | 18.12.2015 |
Assalammualaikum, mohon bantuan mengenai perkataan prasarana. Masalahnya ialah kami sedang melaksanakan kerja projek penulisan ilmiah untuk mata pelajaran Pengajian Am peringkat STPM. Tajuk yang diberi sekadar berbentuk tema iaitu, pengangkutan:prasarana. Jadi mohon bantuan menghuraikan cakupan prasarana dalam konteks ini adakah meliputi pengangkutan awam sahaja dan tidak boleh menyentuh pengangkutan peribadi seperti kereta atau motosikal? Kerjasama didahului dengan ucapan terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan, prasarana ialah keseluruhan kemudahan dan perkhidmatan asas (seperti kemudahan pengangkutan dan perhubungan, bekalan kuasa elektrik, dan sebagainya) yang perlu bagi pembangunan (pertumbuhan) dan kemajuan. Kemudahan asas ialah kemudahan yang disediakan untuk orang awam dan keperluan peribadi tidak termasuk dalam huraian berkenaan. | Makna | 12.04.2013 |
Adakah maksud prasarana sukan sama dengan infrastruktur sukan? | Maksud prasarana sukan sama dengan infrastruktur sukan. | Makna | 19.12.2019 |
Selamat sejahtera. Terima kasih atas nasihat sebelum ini. Saya memahami dalam prasarana ada kemudahan dan dalam kemudahan ada infrastruktur. Saya berpendapat infrastruktur lebih spesifik. Adakah konsep saya betul? Maafkan saya, bolehkah pihak DBP memberikan contoh-contoh konkrit bagi prasarana, kemudahan dan infrastruktur kerana saya masih tidak dapat memahaminya dengan jelas. Saya juga ingin mendapat kepastian adakah Unit dan jabatan tergolong dalam prasarana? 2. Saya juga ingin bertanya tentang prepaid top up machine dan washing machine dalam bahasa Melayu?Saya melayari internet menyatakan washing machine dalam bahasa Melayu ialah mesin basuh tetapi saya tidak pasti ia betul atau tidak dan prepaid top up machine untuk telefon bimbit saya tidak dapat cari terjemahannya dalam bahasa Melayu. Terima kasih. | 1. Kemudahan asas merujuk kemudahan utama seperti jalan raya, bekalan elektrin, air dan sebagainya. Dan, Kamus Dewan memberi takrifan yang sama untuk infrastruktur dan prasarana, iaitu kemudahan dan perkhidmatan asas seperti kemudahan pengangkutan, pendidikan, kesihatan, bekalan kuasa elektrik, dan pelbagai kemudahan lain yang diperlukan untuk pembangunan dan pertumbuhan sesebuah negara, masyarakat, dan organisasi. 2. Padanan bagi washing machine dan prepaid top up machine ialah mesin basuh dan mesin tambah nilai prabayar. | Tatabahasa | 01.03.2014 |
Selamat sejahtera, Saya ingin bertanya, adakah perkataan 'prasarana' merupakan salah satu perkataan yang menggunakan imbuhan pinjaman 'pra-'? Ataupun perkataan tersebut berdiri sendiri sebagai 'prasarana'? Terima kasih. | Selamat sejahtera. Perkataan prasana ialah kata nama yang berdiri sendiri. | Istilah | 19.05.2015 |
Perkataan "Talent Acquisition" dalam Bahasa Malaysia untuk diterjemahkan di dalam Borang Permohonan Pekerjaan Prasarana Malaysia Berhad. Borang tersebut dilampirkan untuk rujukan. | Secara terjemahan langsung terjemahan untuk “Talent Acquisition Unit” ialah “Unit Perolehan/Pemerolehan Bakat”. Mengambil kira maksud keseluruhan borang puan dan maksud yang difahami, kami mencadangkan “Unit Pembinaan Bakat”. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.12.2014 |
definisi sebenar kemudahan awam dan cara mengatasi gejala merosakkan kemudahan awam | Kemudahan awam bermaksud prasarana yang disediakan oleh pihak kerajaan di tempat awam seperti tandas, telefon, tong sampah, tempat berteduh bagi pejalan kaki dan lain-lain, yang ditempatkan di sepanjang lebuh raya atau jalan raya, padang permainan, dewan serbaguna, pasar, sekolah, dan pejabat kerajaan. Gejala merosakkan kemudahan awam boleh merugikan semua pihak. Rakyat harus menghargai kemudahan awam ini dan menjaganya dengan baik demi kebaikan bersama. Elakkan sikap vandalisme. | Makna | 09.02.2008 |
SALAM 1 MALAYSIA, adakah perkataan 'sekolah kurang beruntung' dalam ayat berikut sesuai digunakan? mohon cadangan lain daripada pihak tuan (jika ada): Lazimnya, sekolah kurang murid (SKM) sering dikaitkan dengan sekolah kurang beruntung (disadvantaged schools) kerana pelbagai masalah seperti kekurangan guru berkualiti, kekurangan prasarana berkualiti, persekitaran yang kurang kondusif, dan kekurangan sumber pengajaran dan pembelajaran. terima kasih | Kami mencadangkan disadvantaged school diterjemahkan kepada sekolah berkeperluan. | Istilah | 04.12.2015 |